Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, March 30, 2009

ahad yang santai

semalam plak ibu, abah, hadi & nenek gi pasar tani kat stadium shah alam. pukul 9 lebih baru nak pegi, apa lagi panas bukan main la masa tu.

saja je pergi, nak sarapan kat situ & jamu mata dengan barang2 jualan. nenek sempat la beli pucuk paku untuk makan malam, beli pokok limau kasturi & baja.

ibu ingat nak beli tudung atau baju. tapi kesian tengok hadi kepanasan & hari pun nak hujan. tapi bila on d way nak balik, ternampak plak ada satu baju yg cute & sesuai untuk hadi. harganye pun murah, RM10 je. apa lagi sempat gak la ibu sambar baju tu.

comel x baju ni? kat baju ada tulis "b is for bear" & "b is for baseball".



malamnya, hadi habiskan masa main2 dengan abah, atuk & nenek. seronoknya hadi kalau ibu & abah cuti ye. bleh bawa jalan2 dan layan hadi main2 ye.

shopping & jalan-jalan

sabtu lepas (28/3/2009), hadi ada appointment cucuk pneumococal dgn dr khosy. ni second dose rasanya. lepas appointment, gi hantar barang kat umah baru. yelah, kalau x penuh la umah nenek dgn barang2 kita.


lepas hantar barang gi ambik nenek kat umah. sebab nak blanje nenek makan johnny's kat jusco, bukit raja. nenek suka makan johnny's. abah pun suka gak. sambil tunggu order sampai, si hadi ni dok dlm strollernya. apa lagi main selimut & isap jari je la kejanya.

x sangka plak masa pergi tu, jusco tengah sale gila2. apa lagi kena dgn timing la, baru dapat gaji. ibu pun beli la langsir 2 pasang untuk 2 bilik kecil kat umah baru.

pas tu jalan2 jumpa plak carpet & langsir yang sesuai untuk bilik hadi. ibu & abah suka sgt dengan carpet hadi tu. hadi pun bkn main suka lagi, sebab colour & gambar2 yang ada kat carpet tu.


ada satu lagi yang ibu & abah beli kat hadi. kan ari tu ibu & abah ada janji nak beli sluar mandi hadi. ini la dia, sluar mandi hadi. bleh la hadi pakai bila kita mandi swimming pool @ kat tepi pantai nanti kan? comel betul sluar tu. abah yang pilih, dia kata nampak macho pakai sluar macam tu. apa kata abah yg pakai:-) kuang..kuang..kuang..

Friday, March 27, 2009

butterfly...

cantik x header blog ni? ada sebabnya ibu pilih pic butterfly yg mengelip2 tu. ibu & abah berdoa semoga hadi membesar dan menjadi insan yang BERIMAN, BERJAYA, BERPELAJARAN dan BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA & NEGARA. Patriotik plak ibu ni.

umpama rama-rama, yang asalnya hanya kepompong yang hodoh tetapi akhirnya membesar menjadi rama-rama yang berwarna-warni dan dapat terbang tinggi.

ibu & abah doakan yang terbaik untuk IKHWAN HADI.

moga hadi menyinar dalam kehidupan macam rama-rama kat atas tu. BLINK..BLINK...

Thursday, March 26, 2009

hadi on mag cover...



ngantuknya mata sebab dah dua ari hadi tido pukul 2 pagi. nape baby? tengah lasak & nak tunjuk skill meniarap ye.

ari ni ibu gatal tangan skit. ibu terjumpa back ground yang comel untuk blogspot ni. ibu pilih yg ada gambar hot balloon. yelah, terkilan sebab x dapat bawa hadi last weekend gi tgk hot ballon. hadi kan demam masa tu. so, ibu tampal kat sini je la gambarnye. moga2 tahun depan ada la lagi fiesta hot ballon kat m'sia ni.

sambil2 browse internet, terjumpa plak web page magmypic.com. apa lagi ibu pun dengan pantasnya membuat cover magazine dengan pics hadi. Amacam ok x, babah? :-)

Wednesday, March 25, 2009

ye!!ye!!hadi dah pandai meniarap






walau pun hadi demam, hadi practise gak meniarap. alhamdulillah...akhirnya hadi bleh meniarap. sampaikan abah nak tido pun x dapat. sebab hadi meniarap & main2 kat atas katil. nampaknya lepas ni hadi kena tido dalam baby cot @ kita kena tido atas lantai beralaskan toto. hadi tido lasaknye...macam ibu la [abah yg kata :-)] ni le aksi2 hadi. siap menangis lagi kalau x dapat pusing.

Tuesday, March 24, 2009

hadi berendam...




13 - 15 Mac lepas, ibu ada bengkel SKT kat holiday villa hotel & suites, subang jaya. jadi ibu bawak abah & hadi sekali. sabtu plak nenek dgn kak long & kak ngah datang nak mandi swimming pool. tapi disebabkan hujan, ahad pagi baru bleh mandi kat swimming pool.

bestnyer hotel ni. biliknyer besar sungguh & swimming pool pun banyak (ada 5 saiz swimming pool). apa lagi last day kat hotel, ibu pun join abah, kak long, kak ngah & haziq mandi.

mula-mula ibu letakkan kaki hadi kat tepi swimming pool, hadi menangis. tak tahan air sejuk kot. jadi hadi lepak dengan nenek kat kerusi bawah pokok. tapi ibu x puas hati. ibu cuba lagi basahkan kaki hadi dengan air swimming pool. pun hadi menangis lagi. yelah hadi x pernah mandi air sejuk. selalu mandi air suam. nenek pun cuba gak beberapa kali nak basahkan kaki hadi.

lepas tu mak ngah suruh cuba dukung hadi kat dalam swimming pool sekejap walaupun hadi menangis. dengan harapan hadi nangis kejap je. memang betul la. x lama lepas nangis, hadi pun senyap je. dah mula seronok dapat berendam kot. hadi asyik tengok air kolam. agaknya sebab airnya cerah & boleh nampak kaki hadi & air berkocak. lepas tu, abah pun dukung hadi sambil jalan-jalan kat dalam swimming pool. apa lagi, ibu pun ambik la gambar hadi mandi swimming pool. comelnyer anak ibu.

nanti ibu belikan seluar mandi kat hadi ye. x delah telanjang bulat je hadi. lain kali boleh la kita mandi swimming pool lagi atau cuba kat tepi pantai plak ye abah.

Hadi demam....




sabtu lepas jumpa doktor utk injection pneumococal hadi second time. tapi disebabkan hadi demam, doktor koshy tunda ke next week. doktor koshy minta bt blood test hadi. sebab mukanya kemerah2an. kesiannya tgk hadi bila staf demc tu ambik darah dia. kena cucuk kat cari kecik hadi yang comel dan tembam tu. apa lagi melalak la baby ibu. kesiannya, tapi untuk kebaikan hadi jugak.

doktor koshy kata hadi kena demam virus & dia kata denggi pun satu virus. apa lagi ibu & abah pun risau la. tapi insyaAllah, ibu rasa demam biasa je la. tapi doktor koshy mintak datang balik isnin ni (23/3/2009) kalau demam hadi x baik lagi.

Ini la pertama kali hadi demam. Perut pun x sedap sebab dah 2 hari x buang air besar. Kesian baby ibu. nasib baik pak ngah bagi ubat bontot untuk bagi hadi buang air besar. x lama lepas nenek masukkan ubat tu, hadi pun buang air besar. baru la ibu nampak hadi lega & perut pun x keras lagi.

minum susu pun x selera. selama ni kalau batuk ke selsema ke, susu minum gak. kali ni demam x nak plak minum susu. minum pun selalu x abis. last2nyer asyik gigit puting. agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi kot. nenek kata demam nak meniarap & tumbuh gigi. nasib baik la isnin pagi tu, hadi dah x demam lagi. ibu siap beli termometer digital nak check suhu badan hadi. kalau hadi demam lagi doktor koshy kata kena drip untuk masuk air. ala...ibu & abah x sanggup la tengok. nak nangis rasanya. tapi nasib baik dah sihat walaupun susah ibu & abah nak bagi hadi makan ubat.

kesian baby ibu & abah...susut sikit la badan hadi agaknye ya.