Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, March 24, 2009

Hadi demam....




sabtu lepas jumpa doktor utk injection pneumococal hadi second time. tapi disebabkan hadi demam, doktor koshy tunda ke next week. doktor koshy minta bt blood test hadi. sebab mukanya kemerah2an. kesiannya tgk hadi bila staf demc tu ambik darah dia. kena cucuk kat cari kecik hadi yang comel dan tembam tu. apa lagi melalak la baby ibu. kesiannya, tapi untuk kebaikan hadi jugak.

doktor koshy kata hadi kena demam virus & dia kata denggi pun satu virus. apa lagi ibu & abah pun risau la. tapi insyaAllah, ibu rasa demam biasa je la. tapi doktor koshy mintak datang balik isnin ni (23/3/2009) kalau demam hadi x baik lagi.

Ini la pertama kali hadi demam. Perut pun x sedap sebab dah 2 hari x buang air besar. Kesian baby ibu. nasib baik pak ngah bagi ubat bontot untuk bagi hadi buang air besar. x lama lepas nenek masukkan ubat tu, hadi pun buang air besar. baru la ibu nampak hadi lega & perut pun x keras lagi.

minum susu pun x selera. selama ni kalau batuk ke selsema ke, susu minum gak. kali ni demam x nak plak minum susu. minum pun selalu x abis. last2nyer asyik gigit puting. agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi kot. nenek kata demam nak meniarap & tumbuh gigi. nasib baik la isnin pagi tu, hadi dah x demam lagi. ibu siap beli termometer digital nak check suhu badan hadi. kalau hadi demam lagi doktor koshy kata kena drip untuk masuk air. ala...ibu & abah x sanggup la tengok. nak nangis rasanya. tapi nasib baik dah sihat walaupun susah ibu & abah nak bagi hadi makan ubat.

kesian baby ibu & abah...susut sikit la badan hadi agaknye ya.

0 comments: