Lilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

12 Zulkaedah 1430H...



Ari ni genap la hadi 1 tahun ikut kalendar Islam. pejam celik...pejam celik, dah setahun si hadi ni. cepat betul masa berlalu. kali ni sambut birthday hadi tahun Islam sebab 10/11 jatuh hari isnin. susah la skit nak celebrate, jatuh ari kerja.

Sebab hadi baru 1 tahun & x faham apa2 pun lg, ibu & babah buat simple je. Beli kek, KFC, belon, topi party & buat sesi berenang2 di laman je :-) InsyaAllah tahun depan kita buat lagi meriah ye sayang!


Walau pun hadi dah masuk 1 tahun, tapi x pandai jalan lagi. mana x nya, badan kusss semangat. Campur plak dengan malas & manja, nampaknye merangkak je la si hadi buat masa ni.

Itu pun ibu x tau la macam mana lasaknye kalau boleh berjalan nanti. Sekarang pun dah cukup lasak. Siap makan kertas & getah ikat rambut lagi. macam2 la hadi ni.


0 comments: