Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, November 16, 2009

follow up check

ari ni hadi ada follow up check dengan doktor fadzillah. syukur alhamdullillah...doktor kata hadi dah ok. x de lagi bunyi kahak, so hadi x perlu lagi makan ubat2 yang doktor bagi tu. cuma kena habiskan ubat singular tu.

ramai yang kata hadi ni sakit / demam sebab nak kurangkan berat badan. jadi boleh la jalan lepas ni.

komen ibu: x de maknanyer. seminggu kuar hospital,berat naik dari 10kg kpd 10.5kg :-)hadi pun masih belum boleh berjalan. kesimpulannya, hadi ni manja sangat & malas nak jalan lagi. he..he.he.. ni babah la ni, manjakan sangat. tapi bukan babah je kan? nenek & atuk & ibu pun sama. mana taknye..3 tahun punya tunggu :-)

Sunday, November 15, 2009

something fishy going on :-)


disebabkan hujan yang x berhenti2, ibu & babah bawa hadi pergi tengok ikan dekat tasik shah alam. kak long, kak ngah & nenek pun ikut sama. ni 1st time hadi pergi sini, kak long & kak ngah dah banyak kali pergi. tapi biasa la, kecoh macam x pernah datang sini tengok ikan2 tu.

kak long & kak ngah sempat lagi makan aiskrim, hujan2 ni


cantik2 jugak ikan2 & akuarium yang ada. berminat jugak nak bela ikan kat umah. tapi bila ibu mengenangkan yang kita ni pagi2 gelap lagi dah kluar umah & lepas maghrib baru sampai umah, rasanya nanti dulu la bab2 bela ikan ni.

nanti la ye hadi...ibu tau hadi suka tengok fish. sebab petang2 selalu atuk bawa duduk tepi kolam & tengok ikan makan. nanti kita ajak babah pergi Aquaria plak ye :-) bleh naik lrt bawah tanah skali.

Saturday, November 14, 2009

playtime...

ari ni kita pergi tesco extra sebab dah lama x pergi situ dan nak beli susu hadi dengan hadiah untuk ofismate ibu yang baru dapat baby. lagipun dapat la bagi hadi main2 kat situ. maklum la musim hujan, nak pergi tasik / playground x boleh.

kat tesco extra tu ada playland untuk kanak2. kira murah gak sebab, sekali main satu token je. satu token harganye RM1. murah le banding kalau gi funfair. mula2 main, hadi blur je, sebab baru terjaga dari tidur. hadi pun x berapa berani main kat situ sebab banyak sangat pergerakan dan bunyi muzik.



yang hadi suka bila naik cawan berpusing. bukan main relax lagi dia, sambil tengok keliling. sampai 2 kali ibu bagi hadi naik cawan berpusing. ok la, lain kali kita pergi lagi ye :-)

Tuesday, November 10, 2009

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA...IKHWAN HADI !


SYUKUR ALHAMDULILLAH...hari ni umur hadi genap 1 tahun. ibu & babah doakan yang terbaik untuk hadi di masa hadapan. semoga menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat. sihat tubun badan dan sentiasa diberikan hidayat oleh ALLAH s.w.t.--AMIN--

ada beberapa perancangan ibu & babah untuk pastikan hadi mendapat yang terbaik yang mampu ibu & babah berikan.

contohnya bila umur hadi masuk 3 tahun, ibu & babah:-
a) nak hantar hadi follow smart reader's, KUMON's & music class;
b) weekend hantar hadi gi belajar swimming;

bila hadi dah masuk sekolah plak, ibu & babah bercadang nak hantar ke sekolah yang ada penekanan subjek sekolah biasa & sekolah agama. jadi hadi boleh kejar ilmu dunia & akhirat.

adik2 hadi pun akan ikut perancangan yang sama. supaya takde yang kata ibu & babah ni pilih kasih :-)

p/s: ibu & babah pun rasa tiba la masanye nak tambah lagi bilangan ahli keluarga kita :-)

hadi admitted @ DEMC

hmm...setelah beberapa hari demam & buat neb di DEMC, hadi masih demam & batuk pun makin kuat. malam2 susah nak tidur. akhirnya, khamis lepas paksu hantar ibu untuk bawa hadi ke DEMC jumpa dr. roliza. sebab doktor koshy sedang bercuti. dr. roliza syorkan hadi diadmitted ke wad sebab bunyi di bahagian dada kuat. ibu setuju je dgn cadangan doktor tu. sebab ibu dah tak tau nak buat camne. hadi dah tak nak makan, susu pun x nak minum. risau ibu & babah dibuatnya.

hadi masa mula-mula admitted, tengahari 5/11/2009

so, ibu pun cancel la nak masuk ofis petang tu, sebab kesihatan hadi lebih penting. ibu nak temankan baby ibu yang sakit ni.

nasib baik la babah dah buatkan insurans untuk hadi. itupun lepas berkali2 ibu suruh. syukur alhamdullillah...insurans cover 99.99% kos. babah kena top up dalam RM200 je. so, dapat la hadi duduk bilik yang selesa. mula2 hadi kena duduk bilik double. tapi ibu tau hadi x boleh tahan duduk bilik double. bukan apa, susah nak tidur sebab kawasan limited. hadi mana boleh tidur atas katil. mesti nak kena bentang toto dan tidur kat lantai. tambahan plak, buaian tak ada. lepas tu kena berkongsi tv plak. hadi kalau ada tv susah nak tido. sakit2 pun nak jugak tengok tv especially iklan.

malam pertama, hadi pun dapat la tukar ke bilik Emerald. Selesa sangat la. untuk tempoh 5 hari berkampung di DEMC. malam tu jugak doktor masuk jarum kat tangan kanan hadi untuk masukkan antibiotik & air. kesian ibu tengok, tangan hadi kena balut dua2 belah. sebelah kiri dibalut jugak sebab takut hadi tarik balutan kat tangan kanan tu. dah macam transformers @ robocop dah ibu tengok tangan hadi.


Sepanjang 5 hari tu, hadi kena neb setiap 3 / 4 / 6 jam sekali, kena check peratus aliran oksigen dalam badan, kena check suhu badan, makan ubat2 ikut time, masuk air dalam badan sebab kurang minum & makan, masuk antibiotik dan hari jumaat (6/11/2009) plak mula buat fisio. masa fisio ni la ibu & babah tak tahan. tak sanggup tengok hadi kena tepuk kuat2 dan kena sedut kahak guna tiub. nasib la ibu & babah x di bagi masuk bilik fisio. kalau x mahunye ibu & babah yang menangis lagi teruk dari hadi. tapi ibu & babah tabahkan la hati. sebab ini la caranyer nak keluarkan kahak yang banyak. hadi pun meraung & menangis bukan main lagi setiap kali makan ubat, buat fisio & ambik neb.

disebabkan hadi ni lasak, ari sabtu tu nurse x dapat masukkan antibiotik dan air dalam badan hadi sebab jarum kat tangan hadi dah tercabut. x sanggup ibu & babah tengok darah yang banyak kat tangan kanan hadi tu. nasib baik la doktor kata x perlu masuk air lagi, kalau x kena la cari urat kat tangan kiri plak. adoi...x sanggup la ibu. bila dah buka balutan kat dua2 belah tangan, hadi pun mula la lasak. sakit tapi macam tak sakit. sabtu (7/11/2009), hadi dah mula nak makan & minum susu. senang skit hati ibu. ibu pun buatkan la bubur nasi dengan carrot, kentang, daun sup & isi ikan siakap. suka betul hadi makan, walaupun x banyak macam biasa. hari sabtu, hadi kena buat fisio 2 kali, pagi & petang. doktor kata bunyi kat dada pun dah ok. cuma ada sikit2 kat belakang badan.

syukur alhamdullillah...hadi dah mula minum susu & makan lebih banyak berbanding beberapa hari ni. dah mula senyum lebar dan ketawa besar walaupun suara dah nak hilang :-)

isnin (9/11/2009), doktor fadzillah pun benarkan hadi keluar hospital. so, sekarang hadi kena sambung makan ubat ikut time sebab batuk ada lagi sikit2. hadi pun kena buat follow up dengan doktor fadzillah 16/11/2000 ni.

terima kasih la pada nurse2 tingkat 4, doktor roliza & doktor fadzillah kat DEMC atas layanan dan perkhidmatan yang baik sepanjang hadi berada di DEMC.

Wednesday, November 4, 2009

hadi demam + batuk + selsema + cirit birit


alahai...kesian betul kat anak ibu & babah ni. nape la bleh kena semua penyakit ni serentak. nak makan pun hadi x de selera. mana taknye batuk teruk. kurus la anak ibu & babah ni nanti. apa agaknyer yg bleh naikkan selera hadi ye. nanti ibu buatkan sup ikan la ye. nak makan bubur nasi hadi x nak.

kali ni hadi batuk teruk. sampai kena ambik neb kat DEMC selama 2 hari. neb plak 3 kali sehari. punya la hadi meraung kena neb. bukan sakit pun. meraung pun bukan keluar airmata. dok membebel & mengadu rupanyer. sian baby ye. sabar la sayang. sihat nanti ibu & babah bawa jalan2 ok. dr. koshy plak suspect hadi kena asma. hishhh..risau betul ibu. harapnyer x de apa2 la.

hari ni babah cuti sebab nak jaga hadi. maklum le bila sakit hadi ni mula la nak melepek je kat orang. x sampai hati ibu & babah nak tinggal kan kat baby sitter.