Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, January 21, 2010

syukur alhamdulillah.....


21 Januari 2010 genap la setahun usia blog IKHWAN HADI'S JOURNEY. x sangka dah setahun rupanye ibu mencatat perkembangan dan aktiviti hadi, walaupun bukan la dibuat secara harian. ibu menulis di blog ni sebagai diari @ jurnal untuk hadi dengan harapan hadi satu hari nanti hadi juga dapat menulis di blog ini & dapat melihat semula kehidupannya semenjak lahir.

sekarang pun hadi suka tengok blog ni sebab byk gambar2 hadi kat sini. hadi siap gelak2 tengok gambar dia. setiap kali ibu pegang laptop, hadi pun mula la tersenyum2 berjalan @ merangkak datang pada ibu. sebab dia tau ada gambar dia dalam laptop ni. jadi dia nak tengok la gambar dia. pandai betul anak ibu ni.

okla, nanti hadi dah pandai menulis, ibu ajarkan macam mana nak buat entry k. mana tau kalau hadi dapat belajar overseas, bleh la ibu & babah baca blog hadi & tau perkembangan hadi :-)

Wednesday, January 13, 2010

hadi @ alor gajah & ayer keroh

khamis lepas (7 Jan 2010), emak kepada kawan ibu meninggal dunia di batu pahat. Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

Sayangnyer ibu tak dapat pergi tengok pengebumiannya di alor gajah, sebab pagi 8 Jan 2010 tu ibu sepatutnya ada meeting. tapi tunggu punya tunggu, last minute meeting tak jadi. ibu plak rasa tak senang hati kalau tak dapat pergi ziarah sebab kawan ibu tu memang la baik sangat orangnyer. jadi di saat dia bersedih, nak tak nak ibu kena jugak jumpa dia.

ibu pun bg tau kat babah nak pegi tahlil arwah lepas isya' 8 Jan 2010 tu. babah pun setuju & memandangkan alor gajah tu jauh, babah pun setuju supaya kita bermalam di a famosa resort. a famosa ni kira paling dekat la dengan rumah nenek kawan ibu tu. tapi lain kali ibu tak nak stay dah kat a famosa ni. x best langsung! biliknye x berapa bersih especially toilet & bath room dia. dulu masa pegi sini, rasanya x la teruk biliknye mcm ni.

dalam pukul 6 petang, kita pun bertolak la ke alor gajah. nenek dan atuk pun ikut sekali. nenek siap mintak kawan dia gantikan keja pagi sabtu tu (9 Jan 2010)sebab nak ikut jalan2 ke melaka. sampai a famosa dalam pukul 7.30 malam. ibu & babah siap2 la nak gi tahlil. hadi tinggal dgn nenek & atuk kat hotel. bukan apa, hadi ni mulut kan bising. takut ganggu org bertahlil nanti :-)

esoknya, sebelum balik kita pergi zoo melaka, ayer keroh. dulu masa gi zoo negara macam tak puas & tak best. tiket masuk pun murah sangat compare dengan zoo negara. lagi pun puas hati la jalan2 kat zoo melaka ni.






lepas gi zoo melaka, kita pun bertolak balik tapi singgah kejap kat pangkalan balak. dapat la hadi mandi laut untuk pertama kalinya. mula2 bila ibu berdirikan hadi kat gigi air, hadi takut bila air laut tu sampai ke kaki. tapi lama2 bila babah bawa hadi mandi, bukan main suka lagi. atuk siap bawa hadi pergi ke tengah laut lagi. ibu x dapat join la atas sebab2 yg x dapat dielakkan :-) next time ibu join k & kita bawa pelampung untuk hadi ye!




Monday, January 11, 2010

PRETTY ZAZA BABYFACE CONTEST


Nama: IKHWAN HADI BIN SYED HAZNI
Umur: 14 bulan
Jantina: Lelaki

Ibu nak masuk satu lagi contest untuk hadi.Contest kali ni anjuran prettyzaa untuk kanak2 1 hingga 6 tahun. Memandangkan prettyzaa pun tengah sibuk cari participant di kalangan baby boy, ibu pun submit la gambar hadi ni untuk contest tu.

Seronok gak meriahkan contest ni...Untuk blogger2 yang berminat sertai contest ni boleh la lawat ke sini

Sunday, January 10, 2010

hadi @14th months



hadi dah pun masuk 14 bulan, tapi masih malas nak jalan lagi. risau la ibu. bulan depan nak jumpa dr. koshy balik untuk injection. nanti takkan hadi nak berdukung lagi masuk bilik dr. koshy. manja sangat la hadi ni.

dah 14 bulan ni, ini lah perkembangan hadi:-

* hadi dah boleh jalan dengan berpaut kat sofa @ meja;
* dah pandai tunjuk dengan jari;
* mulut makin riuh;
* suka tampar orang lagi2 kalau tengah geram;
* dah tak nak makan bubur nasi;
* dah boleh sebut perkataan babah @ ayah.
* dah pandai cari babah bila babah outstation;
* dah pandai mengecak makanan orang;
* bila ibu pakai tudung, mula la x senang duduk. sebab nak ikut ibu keluar.

walau pun hadi ni dah pandai sebut babah @ ayah, ibu x tau la dia faham ke apa yang dia sebut tu. dah la tu, ikut suka ati dia je. kejap panggil babah, kejap panggil ayah. whatever la hadi :-)

hadi ni paling suka tengok iklan kat tv. kalau dengar je muzik iklan kat tv, bleh berhenti la buat apa2 yg dia tengah buat. paling x tahan kalau tengah suapkan makanan. letih la nak tunggu dia concentrate tengok iklan kat tv.

tidur pun dah makin lasak. selalu la ibu & babah kena sepak (tangan) @ sepak (kaki)masa tidur. kejap kat tepi ibu, kejap kat kaki ibu, kejap kat perut babah. merata la si hadi ni merayap masa tidur. dah bagi seluas2 kawasan pun macam x cukup tempat lagi. nasib baik la tidur kat atas tilam yang babah tarik ke lantai. kalau tidur atas katil, sure hadi dah berapa kali jatuh ke lantai.

Monday, January 4, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009


Nama: IKHWAN HADI BIN SYED HAZNI
Tarikh Lahir: 10 November 2008

Untuk kali ni, MomBloggersPlanet buka peluang untuk 6 orang lagi baby untuk bersama-sama 14 orang baby lain yang telah menang untuk bertanding Cutest Baby of The Planet 2009. Untuk yang berminat boleh la masuk pertandingan ni kat sini.

Jadi, ibu pun pilih gambar ni untuk sertai pertandingan kali ni. InsyaAllah...moga2 adalah rezeki hadi kali ni :-)

Friday, January 1, 2010

playground


hadi cukup suka naik buaian cawat, sampai x nak turun dari buaian kat playground tu. bila ada masa pagi @ petang, babah @ ibu bawa hadi pegi playground. kesian kat hadi, kalau hari keja, ibu & babah x dapat bawa hadi jalan2 ke playground. selalu nenek & atuk bawa hadi jalan2 dengan doraemon keliling perumahan atuk & nenek je.


sambil main kat playground, hadi suka tengok budak2 lain main. hadi ni memang suka berkawan, tapi main kasar skit la. sebab kat rumah nenek normah, kawan2 semua umur 2 @ 3 tahun. semua tengah lasak2, hadi pun ikut sekali la lasaknyer :-) x pe la yang penting hadi sihat & x lebam @ jatuh sana-sini.