Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, April 26, 2011

gelegata

gelegata??? rasanya ramai yg tau kan apa tu gelegata. ala naik macam gatal2 warna merah kat badan. x tau la macam mana hadi bleh kena plak masa kat umah babysitter. kesian tengoknye, sebab muka naik sembab. babysitternye plak, terlebih pandai gi sapu minyak. ingat si hadi kena gigit nyamuk @ serangga ke. sabor je la. dah tua & anak pun ramai, bleh x tau macam mana nak treat bila kena gelgata ni. sakit hati gak aku nengoknye.

sib baik masa hadi kena tu ibu tengah EL sebab selsema teruk. so, ambik la hadi bawa balik umah nenek pastu mandikan dulu. sebab nak buang minyak2 yg disapu dek babysitter tu. pastu ambik bedak sejuk tepek2 kan kat tempat yang ada gelgata tu. sib baik la hadi x kisah kena sapu bedak sejuk tu. kalau x, parah la nak main kejar2 dulu. selain bedak sejuk, bleh gak sapukan kapur makan tu. tapi takut melecet plak kalau pakai kan kat budak2 sebab kulit dia org kan lembut & halus.

sian hadi....2 @ 3 hari lepas tu dah ok dah. tapi kena selalu la sapu bedak sejuk tu.

Saturday, April 16, 2011

hadi @ the office

nak tak nak kena la bawa hadi gi ofis ibu @ babah memandangkan hadi x sihat. ibu & babah plak payah nak cuti sebab keja tengah melambak. nenek normah plak, time2 ni la nak sakit pun. dah tau darah tinggi, gi makan nangka lagi. x pasal2 dah kena tahan wad.

gini la gayanye bila hadi ke ofis....

ni plak kat pantry ofis babah...bukan main lagi makan biskut ye ;-)


peramahnye bukan main hadi ni...habis semua orang dikacaunye. merata ceruk ofis tu dia ronda. x larat kekadang ibu & babah nak kejar 2 jaga sepanjang masa. sib baik la ada ofismate yg rajin melayan.

Monday, April 11, 2011

RIO

memandangkan hadi pun dah baik demam. selera pun dah makin ok. ibu & babah tunaikan la janji nak bawa hadi gi tengok cerita bird 'RIO' sambil makan popcorn.

ni muka budak baru baik demam nak gi jalan2.

dok pesat2 lagi masa ni, sebab baru bangun tido.

tengok la tu, suka bukan main dapat keluar jalan2.

popcorn seperti biasa hadi yang conquer.

seronok ibu & babah tengok hadi suka. siap goyang & gelak2 lagi tengok citer RIO.

Friday, April 8, 2011

pity hadi..

ini la rupanye bila dah demam & tekak plak sakit. makan minum x lalu. masuk la air kosong @ susu @ makanan, mesti keluar balik. tengok la tu, sempat lagi bergurau dengan ibu sebelum tido :-))

isnin dah bawa gi ofis ibu, selasa babah plak ambik MC nak jaga hadi. petangnya bila ibu balik nampak hadi macam dah sihat. tapi pagi rabu masa nak siap2 pergi kerja hadi muntah lagi. lagipun malam tadi kepala hadi masih panas lagi. so, ibu EL la nampaknya. x sampai hati nak hantar hadi ke rumah nenek normah.

ni siap melepek kat ibu. nak tido kat celah ketiak ibu. .

close up skit.tengok la dagu pun dah runcing, pipi plak dah leper je. sian hadi.

dalam demam2 tu sibuk mintak nak makan popcorn. i.e nak mintak bawa gi tengok wayang la tu. sebab dia selalu tgk iklan kartun RIO tu masa dok kat rumah. hadi dah sihat nanti, ibu & babah bawa gi tengok citer RIO ok sayang!

Tuesday, April 5, 2011

infection kat tonsil

Jumaat malam kepala hadi mula panas, nak demam dah la tu. tapi badan x la panas pulak. So, bagi je la makan ubat demam. Esok pagi pergi DEMC ambik ubat. Almaklum la ubat yang ada tu saki baki last time hadi demam.

Dapat gak la jumpa dr. koshy walau pun patient dia punye la ramai dok tunggu giliran. Sampai kat hospital hadi ala2 sihat je nampaknye. biasala kalau bawa keluar @ jalan2 sihat je. Bila sampai umah @ masuk kereta je mula la melepek kat babah @ ibu.

Dr. koshy kata tekak hadi merah skit, tapi x de infection sebab dada ok je. x de bunyi apa2. Tapi balik makan ubat demam pun macam x jalan je. Kepala memang panas betul. Bila letak ubat kat buntut tu baru le ada respon skit. Itu pun sekejap je. Lepas tu panas balik badannye. Hari ahad dah mula muntah2 ada la dekat 3 @ 4 kali. Makan, minum @ susu pun x berapa nak. Minum air putih & air barli nak bagi sejuk badan pun, kejap lagi muntah balik.

Sudahnye pagi isnin, bawa gi DEMC skali lagi. sampai kat sana, nurse ambik suhu dah kena masuk ubat kat buntut lagi. Pastu doktor kata tonsil dah mula kena infection. So, dapat la antibiotik. Bila dah makan antibiotik tu nampak la ok skit. Ada la selera makan & x muntah2 lagi dah.

So, ibu decide, bawa hadi gi ofis je. Sampai kat ofis mula la main & sepah2 kan bilik. Bila bosan sibuk dok ajak ibu bawa dia jalan2 keliling ofis. Masa tu kepala panas lagi, badan & kaki sejuk. Tu yang larat lagi dok main.

Ni dah ari Selasa, pagi tadi dah muntah balik plak. Adoiii..lama plak kali ni hadi demam. Kesian ibu tengok. Dah lembik & susut nampak badan hadi. Cepat la sembuh sayang ye. Sihat nanti, ibu & babah bawa pergi tengok kartun kat wayang sambil makan popcorn ye

Friday, April 1, 2011

bila dah penat...

hadi ni memang hyperactive...bila dah penat lepas berlari @ melompat sana sini, ini la kesudahannya.


paling x tahan..seksinye :-)))

kekadang babah pun terlibat sama @ menjadi mangsa keadaan


apa kerja dua beranak ni???

sabtu lepas singgah ke Klang Parade. Nak cari barang2 untuk baby. Yelah dah 7 bulan. ini pun dah semput gak nak jalan2. Dah 8 bulan nanti x larat dah nak mencari2 barang ni.

dok sibuk2 cari barang baby, babahnye dok layan hadi yg berlari sana sini & main sorok2 belakang kain baju yg bergantung. sudahnye...babah jumpa satu solution nak bagi hadi ni statik kat satu tempat.

cuba tengok dua beranak ni. apa yg dia org buat tu???

iya...babahnye dah belikan set pensil color & buku warna ben 10. disebabkan x de tempat duduk kat situ, kat kaki patung tu la jadi tempat mewarnanye. hahahaha...kesian babah puas la melayan hadi ni.