Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, February 20, 2014

LAST DAY HADI @ CIC PRESINT 18 PUTRAJAYA

 

Last day Hadi di CIC tu buat la celebrate hari jadi dia. Kali ni dia dah pesan awal2 nak kek gambar hotwheels. Aku belikan jugak la sebijik kek untuk ucap cikgu-cikgu yang mengajar & mengasuh Hadi di CIC selama 2 tahun dia kat situ.


Kali ni macam tak berapa happy je Hadi sambut hari jadi kalau bandingkan dengan tahun sebelumnya. Kesian...sedih kot last dia di CIC


Tak sabar masing-masing nak makan kek. Kelam kabut teacher nak potongkan & bahagi2kan kek





Bagi goodies bag untuk kawan2.

Ini pulak 2nd cake untuk sambut di rumah nenek. Pun berebut dengan Hana & sepupu2nya bab nak tiup lilin punya pasal.

Alhamdulillah...kedua-dua cake ni sedap. Krim tak terlalu manis dan colorful sungguh. Sesiapa yang nak order tu boleh tengok di FB Helly's Dessert.

Tuesday, October 16, 2012

TAK DENGAR CAKAP MEMANG LA JADI CAMNI

Ni angkara terlalu seronok...malam2 sibuk dok lari atas jalan tar. Lukanye sikit, tapi darahnye punya la banyak. meleleh sampai ke mulut. Memula ibu tengok, ingatkan darah keluar dari hidung. Ingatkan dah nak kena jahit la luka, tapi bila dah bersihkan tengok2 kecil je lukanya. Jadi, dah bersihkan sapu iodin bagi kering luka satu malam.


Ni gambar malam kejadian lepas dirawat ibu. Boleh senyum lebar lagi..Tak makan saman betul


Tuesday, September 18, 2012

HADI @ KIDSZANIA..3 GAMBAR PHOTOGRAPHER KIDSZANIA

3 keping RM50. Mahal la kan?? Tapi untuk kenangan beli la jugak.

Apasal la gitu gaya senyum nye

Hehehe...comelnyer la anak ibu ni

Amboiii seriusnya nak padamkan api. Eh..termasuk plak gambar ibu kat belakang tengah ambik gambar hadi. Tu yang pakai tudung pink :-)

HADI @ KIDSZANIA

Cuti panjang sempena raya, ibu & babah bawa Hadi & Hana pergi Kidszania. Dah lama Hadi ajak pergi sejak ikut trip sekolah ari tu. Sebab time cuti sekolah, so nak masuk Kidszania ni ada 2 sesi. Sesi pagi & petang. Sesi pagi dah penuh, jadi kita beli tiket sesi petang. Sementara nak tunggu sesi petang tu, kita pergi tengok wayang dulu kat e-Curve. Tengok cerita Sammy 2.

Sempat la Hadi bergambar dulu dengan kartun kegemaran no.1 Hadi....



Thomas  la sape lagi....

Ok nak naik Thomas plak
Sebelum tu kat luar sempat la bergambar dengan bas mini kat stesen minyak olok2...
Hadi nak masuk dalam bas tu. Tapi sayangnya bas berkunci plak.
Habis tengok wayang...check in kat Kidszania plak

Check in kat Kaunter Air Asia..dapat cheque 50 kidszo

Cash kan cheque kat CIMB

Tengok la tu...bukan bleh suruh menunggu skit. Ni masa queue nak jadi ahli bomba

Ok..pakai baju bomba dulu

Dengar briefing dulu..Tapi sempat pandang2 ibu kat luar.
Ok...fire engine nak bergerak ke tempat kejadian. Hadi dah naik fire engine kat belakang

Hotel tengah terbakar...
Hadi bertungkus lumus padamkan api...Helmet dah hampir nak terlucut hihihi

Ok dah abis kerja..balik ke balai semula

Dah buka baju bomba, beratur plak ambik gaji.


Yeahhhh dah dapat gaji
Lepas pergi kerja kat TNB plak...Hadi yang paling kecik, nasib baik la abang2 kat situ baik.

Tengok video tentang macam mana elektrik terbentuk..Ntah faham ke tidak si Hadi tu :-) 

Dah pakai helmet, bersedia nak pergi bertugas

Disebabkan tak larat disuruh pegang toolbox, abang kat TNB olok2 tu bagi Hadi pegang lampu ni

Budak2 dok tengok camne orang TNB bertugas betulkan lampu yang rosak

Hadi dapat la merasa panjat tangga skit.
Habis kerja ni pun, dapat gaji jugak. Last kerja yang hadi belajar buat, isi minyak kereta.

Dengar briefing dulu...Ala keciknye anak ibu

Ok..tengah isi minyak kereta

Close up skit...
Ok...dengan bayaran masuk RM55, Hadi buat tiga kerja je. Huh x berbaloi ibu rasa. Ibu suruh Hadi jadi doktor, polis, kerja kilang oreo etc etc..tapi Hadi kata malas la nak kerja ibu. Abis camne nak dapat gaji. Kalau x de gaji, camne nak beli mainan sayang oiiiii.

Sudahnye main kat tempat budak2 bawah 4 tahun dengan Hana


Cukup..cukup sudah...cukup sampai di sini saja...

Oh baby baby..jangan kau marah, sebab ku tolak

Keretapi memang x boleh dipisahkan dengan Hadi

Wednesday, August 8, 2012

BILA KENA BUAT HOMEWORK

Gini la gayanya bila disuruh buat homework...

Mula-mula ok je
Lepas tu jeling-jeling skit cerita kat TV
Baru berapa baris, dah mula lentok liuk
X best plak dok kat meja. Ambik bantal plak
Ibu mintak tolong babah tengok2 kan Hadi buat kerja sekolah..Tapi kesudahannya..2x5 5x2 Dok layan TV pulak

Saturday, May 26, 2012

Hadi on Holiday

Pleaseee bukannya PEACE..Hadi naik oplane

Friday, May 11, 2012

Trip to Kidszania

Tunggu bas..
Head count
Teacher dok tanya kalau2 ada sesiapa nak pergi toilet dulu. Hadi x ambik pot pun sebab pakai pampers lagi hihihi
Memula dapat surat offer untuk pergi Kidszania ni ibu macam excited la. Sebab memang ada niat nak bawa Hadi pergi sana. Tapi belum ada masa lagi nak pergi. Lepas tu macam x berapa berani plak nak bagi Hadi ikut teacher pergi Kidszania dengan kawan2. Iyalah..Hadi ni kalau dibawa berjalan dengan ibu & babah pun, aktifnya x terlayan. Ini kan pula teacher nak jaga dengan kawan2 Hadi yang ramai tu. 

Amboi sukanye..teacher suruh beratur berdua2. Tapi Hadi macam biasa la mana bleh dok diam. Ibu kena tunggu jugak sampai Hadi naik bas. memula ingat Hadi la yang paling kecik ikut trip ni. Tapi rupanye ada yang lebih cute. Tengok gegirl yg pakai tudung pink tu. Supercute kan??
 Pastu pergi plak naik bas yang CIC charter. Uishhh risau sangat2 la. Dalam kereta pun Hadi bukan mau duduk diam. Ini kan pulak naik bas.

Babai Hadi...Camne la gamaknye anak aku dalam bas tu. Sabar je la ye teacher
Tapi sebab kesian plak kalau Hadi x dapat pergi. Nanti kawan2 cerita macam2 Hadi dengar je. Sedih plak nanti. Jadinya, ibu pun bagi la Hadi ikut trip tu. mahal gak entrance fee dia. RM55 per head. X pe la asalkan Hadi gembira. Tapi dalam hati ibu punye la risau & bordoa macam2 masa kat ofis. Harap2 semuanya selamat & Hadi pun gembira.

Sebelum pergi siap singgah 7-11. Hadi nak beli air & biskut. tu dok pegang chewing gum. Ibu ingatkan coklat. Sib baik ibu sempat ambik sebelum Hadi naik bas.
Alhamdulillah..semuanya selamat. Masuk je kereta sibuk la Hadi cerita ada rumah terbakar lepas tu ada kawan yang jadi bomba & tolong padamkan api. Hadi pulak dapat jadi doktor. Bersihkan luka pesakit & balut luka. Lepas tu inject pesakit. Suka ibu dengar.

Masalahnye sekarang, ari2 plak dok ulang nak pergi Kidszania lagi. Hahaha...pening dibuatnye. Macam2 alasan ibu kena bagi. Okla la Hadi, ibu dah bagi tau babah. Babah kata nanti ada masa babah bawa Hadi & Hana pergi Kidszania lagi ye :-)