Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, April 4, 2012

Sports Day CIC 2012 @ Stadium Titiwangsa

31 Mac lepas ada Sports Day CIC kat Stadium Titiwangsa. CIC P18 sesi 2 waktu petang dari pukul 2-5. Sempena nak eksitedkan Hadi gi Sports Day, ibu belikan trakcsuit, tshirt & kasut sukan baru. CIC P18 kumpulan merah a.k.a Red Dragon. Punye la hensem anak ibu hari tu. Hihihi...Babah Hadi x dapat datang sebab bos suruh kerja kat Cyberjaya. 

Memula ada acara nyanyi2 dulu..pastu ada perarakan. Dah tu baru la start sukannye. Hadi masuk 2 acara. Acara yang pertama group Hadi dapat no. 3. Acara yang kedua plak group Hadi dapat no. 1. Yeahhhhhh!!!

Ini la gambar yang ibu dapat tangkap...tapi sori la gambarnye blur sikit sebab ibu tak tau la nak setting kamera baru ni. Lagipun ibu eksited sangat sampai goyang2 pegang kamera.

Ok..beratur dulu ye.
Minum vitagen ibu belikan dulu ye. So, boleh lari laju2
Nyanyi2 buat persembahan dulu
Hadi & Red Dragon
Perarakan pulak...
Wisel belum bunyi lagi Hadi dah lari...dua 3 kali gak macam tu. So, teacher tahan Hadi dulu. Hihihi
Ala ala sayang anak ibu lari..comelnyer. Eh bukan ke teacher ajar suruh lompat kanggaru. Camne semua bleh berlari plak ni.
Ok...dah kutip gambar masuk dalam bakul kena tunggu turn org lain plak.
Penyokong setia di tepi court. Walaupun sebenarnya x faham pun apa la yang abang dia buat tu
Ok. Acara kedua plak.
Selesai dah berlari2..Fuh penat la gaknya anak ibu tu
Aikkk dah tertido plak penyokong setia ni. Tak bleh harap betul kah kah kah
Sambil menunggu acara sukan budak2 lain settle plak.
Ambik hadiah plak
Ok..last picture sebelum balik. Cayang Hadi...Ibu loves u so much sayang

Gold Coast Resort @ Morib Lagi

Lama betul ibu x update blog Hadi ni...

Ni nak cerita kali kedua Hadi pergi Gold Coast Morib. Dulu pergi sebab sambut Anniversary ibu & babah kan. Kali ni pergi sebab ibu nak ajAk family pak ngah & nenek join sekali. Paksu x dapat join sebab keja & atuk plak biasa la ada agenda sendiri.

Stay 1 malam je kat sana dari 24-25 Mac. Kesian Hadi sebab masa tu demam plak. Tapi nak buat camne. Hotel & dibooking & dibayar. Nak tukar date, punye la penuh date hotel tu. So, bawa aje la. Mana tau kot sejuk skit kepala & badan tu dapat berendam kat pool.


Layankan gambar2 kat sana ye.

Nenek layan Hana Ropol2 (nama baru Babah bagi)
Babah plak layan Hadi
Kak Long...relax je dia
Kak Ngah siap berbaring
Haziq & Pak Ngah..tak aci slow je turun sebab Pak Ngah berpaut dua2 belah tangan kat tepi :-))
Puas ibu pujuk naik gelongsor kuning sama2...tapi Hadi tak nak naik. Takut!!!
Kak long posing jap
Hadi plak
Kak Ngah pun nak posing gak
Hana duk mengayuh pelampungnya guna tangan kiri.
p/s: Untuk kos penginapan satu malam agak mahal la kat sini, dalam RM280++. Tapi dapat la complimentary 2 tiket water park & breakfast for 2. Kalau x nak tido kat sini tapi nak main kat waper park dia pun boleh. Tiket dewasa RM25, kanak2 plak RM15. Untuk warga emas plak kalau tak x silap dalam RM12.50. Kalau berminat boleh la book online samada kat website hotel @ agoda. Kalau telefon memanjang je x de kosong.

Monday, February 20, 2012

Dari Swimming Pool Ke Tepi Pantai

Mana x berbelang badan...dah abis swimming pool g jejalan kat tepi pantai plak.

Jom nenek kita jalan2
Nak balik dah ke Hadi???
Cantik la kulit kerang yang hadi jumpa ni kan???
Hana Dibab dok tekun main pasir
Hadi x mandi laut pun. Ombak pun kuat & red flag. Sekejap je Hadi main kat tepi laut. Pastu sibuk nak gi sambung mandi kat swimming pool balik.

Monday, February 13, 2012

BERENDAM X SUDAH-SUDAH

 Hadi kalau dapat berendam, sampai x mo balik bilik dah. Puas la ibu & babah berlakon konon nak tinggalkan dia kat pool. Dia buat x reti je senyum2 siap cakap 'babai ibu..babai abah'. Sabor je la. Lakonan ibu & babahnye x mantap kot hihihi.

Sampai Swiss Garden kulit Hadi tu cerah skit la dari babah. Bila time nak balik Shah Alam, dah kena sunburn. Merah2 dah kulitnya, dah berbelang2 badan tu. Ibu plak rupa nak pakaikan sunblock. Sudahnya kulit Hadi dah jadi lebih gelap dari Babah.

Dah masuk time lunch. Bebudak lain dah selesai berendam. Hadi masih tak mau naik lagi.
Sekarang dah berani main air sendiri kat pool kanak-kanak. Nanti bleh la ibu hantar pergi kelas berenang.
Dah berapa banyak pelampung yang Hadi ada. Tapi macam dah kira wajib mesti beli pelampung baru bila sampai kat tempat lain.
Lepak jap kat tangga
Apa plak dibuatnye tu?? Air masuk mata kot.

Wednesday, February 8, 2012

SUNBURN


Muka kena sunburn akibat berjemur dekat swimming pool....Pagi ni dah kena pergi sekolah. Senyum kelat je, baru terjaga dari tido :-))

Friday, January 27, 2012

Piknik di Sg. Congkak

Cuti Raya Cina yang lepas, Hadi, Hana & Cousin2nya mandi manda kat Sg. Congkak. Memula, Hadi ingat ibu & babah nak bawak mandi air terjun kat Gold Coast Resort Morib tu. Sampai2 tengok masuk hutan plak. Terus Hadi cakap x nak mandi dalam hutan. Dah mula la melompat2 dalam keta sebab x puas hati. Tapi agaknya sebab Kak Long, Kak Ngah & Haziq ada, Hadi pun ikut la join dia org main air. Bila dah seronok, mula la x mo kluar dari sungai tu. Sampai makan pun x ingat. Bila dah lama berendam baru la ingat lapar.

Layan la gambar Hadi, Hana & cousin2nye mandi manda..

Suka la dapat berendam sampai kecut

Babah melayan budak manja

Dalam hutan pun babah kena 'pau' beli pelampung. Padahal ada bawak pelampung untuk Hadi

Hana biasa la penakut air....sejukkkk

Dua budak botak. Dah macam ballerina plak sekali imbas

Paksu melayan si kembar

Tauke makanan

Kak Long & Kak Ngah sampai lebam2 bibir mandi air sungai

Amboi bukan main lagi posing ye Kak Ngah

Air sungai x berapa dalam, bukan main suka la bebudak berendam.

Hadi dah lapar la tu. Sambil makan sambil jengok orang dok berendam dalam sungai
Lepas balik tu beberapa hari la Hadi dok sibuk cakap nak pergi mandi sungai lagi. Ok la...kalau ada masa lain kali kita pergi la ye sayang :-)