Thursday, January 22, 2009

ALAHAI...IKHWAN HADI


lepas balik keja selalu kena siapkan beg hadi untuk dihantar ke rumah babysitter. kekadang rasa sedih sebab kena antar hadi ke rumah org lain untuk dijaga. lagi-lagi kalau dia berjaga masa dihantar. sayu je ibu tgk muka dia. agaknya tengah dok confuse kenapa la ibu tinggalkan hadi ye.

sayang kat baby ibu...jgn nakal2 ye. ibu & abah g keja nak cari duit untuk hadi & adik2 nanti. apa2 pun, ibu & abah sayang sangat kat hadi. selalu teringatkan hadi kat ofis. tapi x pe. ibu ada save banyak pics hadi dalam laptop. bila rindu, bleh tengok gambar2 tu.

luv u, baby....

Wednesday, January 21, 2009

kehadiran yang dinanti-nantikan

syukur alhamdulillah....

pada jam 4.20 petang, 10 November 2008 ibu & babah telah dikurniakan cahayamata sulong yang amat dinanti-nantikan kehadirannya. dari pukul 1 pagi (waktu air ketuban pecah) ibu dah ditahan di DEMC, sayangnya bukaan x lebih dari 2 cm. Akhirnya pukul 4.00ptg, ibu kena jalani c-sect. Tak lama pun dalam 10 minit lepas masuk operation theater, kedengaran suara nyaring hadi. ibu macam tak percaya yang kandungan yang ibu bawa ke sana ke mari selama 8 bulan lebih dah dilahirkan dengan selamatnya.Syukur alhamdullillah. Kesian juga kat baby ibu, lama bertarung kat dalam perut untuk keluar ke dunia. masa tu babah dah tunggu kat luar operation theater sebab nak azankan di telinga hadi.

nenek pun ada kat situ. nenek kata bibir hadi macam bibir abah :-) ibu tak dapat pun tengok muka hadi ari tu. lepas babah azankan hadi, nurse terus bawa hadi ke nursery. tapi doktor koshy datang kat ibu dan bagi tahu yang baby ibu ok.

Lepas operation, dr. zamri bagi tahu yang baby ibu tersangkut dengan tali pusat. sebab itu la baby tak turun & bukaan pun tak membesar. ibu pun ditolak ke recovery bay. dari perut ke kaki ibu rasa kebas ubat bius tak hilang lagi. disebabkan ibu teringin sangat nak tengok hadi, ibu mintak babah ambilkan gambar hadi guna handphone. dapat la ibu tengok muka hadi yang comel & tembam tu.





anakku hadi, sudah lama ibu & babah menantikan kehadiran cahayamata. banyak masa, duit, tenaga, teguran, cacian dan pengorbanan yang telah ibu & babah lalui untuk merasai nikmat ini. sesungguhnya pengorbanan itu amat bernilai dengan kehadiran hadi.

ibu & babah berdoa agar hadi menjadi insan yang berjaya, taat pada ajaran agama dan berbudi bahasa. hadi, ibu & babah sayangkan hadi. muaaghhh..

catatan pertamaku...



catatan di blog ini didedikasikan khas buat suami tercinta, syed hazni dan cahayamata sulong kami, ikhwan hadi. ibu tertarik untuk mencatat perkembangan dan aktiviti hadi di blog ini. moga satu hari nanti dapat menjadi tatapan hadi. insyaAllah satu hari nanti juga, hadi boleh membuat catatan sendiri di blog ini.

dan ibu juga akan membuat catatan di blog yang tersendiri untuk anak-anak ibu yang lain. InsyaAllah. harap-harapnyer anak-anak ibu nanti menjadi seorang yang berjaya dunia & akhirat. Amin!!!