Saturday, February 27, 2010

trip to McD

disebabkan jalan jem teruk nak ke i-city, makanye tukar la plan ke mcdonalds. bukan makan apa pun. makan aiskrim je & bw bebudak ni main kat situ je. alang2 dah kluar ni, takkan nak balik plak.


hadi, kak long & kak ngah seperti biasa la. main kat playland McD tu. tak padan dengan kecik si hadi ni. nak main kejar2 gak. dia ingat budak2 besar tu main dengan dia kut. penat ibu tengok dia dok lari keliling gelongsor tu.



haziq plak, on the way ke i-city tadi dah tertido dalam keta. sampai kat McD pun x bangun2. sudahnye baring la kat atas meja McD tu hehehe...


hadi ni plak kalau dapat berjalan @ berlari, tak mau dipegang. babah pun puas la ikut hadi lari sekali sebab takut hadi jatuh. suka betul hadi :-) kelakar plak ibu tengok.


bila babah pun dah penat, terpaksa dukung hadi bawa lari keluar dari playland tu :-)

Tuesday, February 23, 2010

THISTLE: Port Dickson lagi....

hehehe...kali yang kedua dalam minggu ni kita gi Port Dickson. kali ni kita stay kat Thistle untuk 3 hari 2 malam (19-22 Februari 2010), dulu tempat ni hotel guoman. best la hotel ni, maklum la baru diubahsuai lepas Thistle ambik alih. swimming pool pun luas, laut bersih jadi boleh la mandi laut, ada buaian kat pokok di tepi laut, bilik air selesa & dapat plak bilik yang menghadap laut & swimming pool. dapat le tengok matahari terbenam.



satu masalah je dengan bilik hotel ni, perabot2 nya berbucu tajam. x sesuai la untuk family yang ada anak yang lasak @ hyperaktif macam hadi ni. jadi terpaksa la disekat bucu2 perabot dengan kerusi yang ada dalam bilik.

sampai kat bilik, hadi bukan main suka lagi berjalan sana sini. abis sampai bilik air pun dia keluar masuk. bila ibu tutup lampu bilik air tu, hadi pun macam lipas kudung keluar. hahaha...tau pun takut. bukan apa, bilik air kan licin. takut hadi jatuh nanti. lagipun hadi belum pandai sangat jalan lagi.

makanan plak x dapat la nak komen sedap ke tidak. sebab kita selalu makan kat luar je. rasanya rate dia mahal kalau tengok rate yang company babah kena bayar untuk kursus kat situ selama 3 hari 2 malam.

sepanjang kat sana, babah tak sempat pun teman hadi mandi swimming pool @ laut. jadual babah packed. lunch pun tak sempat nak singgah bilik. nasib baik la nenek & atuk ikut kita. dapat la mandi-manda, lunch kat luar & jalan2. kalau tak, duk dalam bilik aje la kita.


hadi mandi manda di swimming pool...


hadi mandi manda di laut...


hadi bercanda di tepi pantai yang indah...


hadi bercanda di tepi swimming pool... comelnyer anak ibu ;-) besar dah dia ye


nenek main buai kat tepi laut...


hadi yang takut main slide dengan ibu...kesian dia, menangis lepas masuk dalam kolam. hahaha, jahat la ibu ni kan? kekeke


atuk mengutip pasir kat pantai...


hadi main langsir kat dalam bilik...


hadi main kat kidz room...

best la stay kat sini, cuma terkilan la babah tak dapat ikut mandi swimming pool & laut sama2 :-( tak pe la. mana tau ada rezeki kita bleh datang sini lagi...

Friday, February 19, 2010

IPIN & ULTRAMAN

hahaha...rambut hadi dah panjang. naik rimas ibu tengok. dah la sekarang musim panas yang amat. bila berpeluh...bau kepala hadi punya masam. jadinye, kita posing dulu la dengan rambut ultraman sebelum gi tebas rambut hadi ye...



tadaaaaaaaa....ini la rambut baru hadi :-) senang x payah nak sikat & x la bau masam :-)comel x? hmmmm dah macam rupa IPIN hahaha...betul..betul.betul


cerita di sebalik rambut IPIN ni: hadi mula2 ok je senyum2 tengok muka dia kat cermin. pastu, mula la dia menangis2, membebel2, siap keras2kan badan. pakcik yg potongkan rambut tu plak hishhh mcm x biasa potong rambut budak & takut2. dah la gi potong no. 2, bukan nak tanya dulu kat ibu nak potongan no. berapa. sampai tobek rambut hadi dibuatnye. pastu dia berhenti potong sebab tengok hadi menangis sedu sedan & meraung. ibu x pedulik, dia kn gak settlekan potong rambut hadi. takkan nak biar tobek mcm tu je. ibu pun pergi duduk balik kat kerusi potong rambut & suruh pakcik tu potong no. 1 & betulkan rambut hadi yang tobek tu.

dah brp kali dah hadi potong rambut kat kedai ni, tp dgn orang lain. slalunya org2 yg penah potong rambut hadi tu ok je. cepat je potong nye. dpt plak pakcik ni, mcm takut2 je. slow plak tu, makin marah la si hadi ni. lain kali kalau pergi kedai rambut ni lagi, nak cari org yang sama pernah potong rambut hadi dulu la. angin je ibu tengok rambut hadi yg tobek masa memula dia potong tu.

Monday, February 15, 2010

mandi manda di Port Dickson

penatnyer....baru je balik dari Port Dickson. minggu ni cuti panjang sebab Chinese New Year. dah x tau apa nak buat. So, ibu pun bawak la gi Port Dickson. Nenek & atuk pun ikut sekali. Family pak ngah x dpt ikut sebab dia org balik kampung. katanya gi mandi air terjun kat kampung. pak su plak ada agenda sendiri. yelah plan kita nak gi Port Dickson ni pukul 10 pagi baru buat.

sampai kat Port Dickson tgk ramai org kat sana, tp rasanye penah lebih ramai lagi daripada ni. air laut pun surut skit masa tu. nak menyenangkan kita, sewa la khemah yang ada kerusi & meja sekali. Nenek yang bayar RM20, mahal gak la. tapi dah kita pun pegi tak bawa tikar nak duduk. hadi cukup main suka duduk kat kerusi ni. tengok la tu bukan main senyum lagi. gedik plak ibu tengok..hehehe

cuaca sekarang ni memang sangat la panas. pastu kat Port Dickson ni memang x ujan langsung. mau terbakar kulit memasing bila balik nanti. on the way gi Port Dickson, ibu belikan pelampung doraemon untuk hadi.



Hadi ni plak takut main air laut. bila ombak datang dia pun merengek. apa la hadi... selalu mandi kat bilik air cukup main suka air, dipulas2nya paip air tu. siap nak pegang gayung sendiri. bila bagi berendam kat laut, takut la plak. sudahnye kejap je berendam. Selebihnya lepak kat kerusi & jalan2 kat gigi laut dengan ibu & nenek.

jumaat ni kita gi Port Dickson lagi, ikut babah gi kursus kat Thistle. nampaknya x lama lagi kena la servis keta :-) walau pun keta MyVi kita ni comel sgt, tp keta ni la yg selalu bawa kita gi jalan jauh2 :-)

Sunday, February 14, 2010

hadi @ pantai remis

disebabkan kempunan nak makan seafood kat tanjung harapan, so ibu pun cadang nak bawa nenek & atuk gi pantai remis makan ikan bakar. paksu plak free, so paksu la jadi driver di pantai remis. ini first time kita semua gi pantai remis, kecuali paksu la. dia selalu lepak sana dengan kawan2 dia.

pagi sebelum pegi pantai remis, kita sarapan makan dulu kat ieman tomyam dekat dgn bengkel pak ngah. best lauk pauk dia. rambamg mata nak pilih lauk. pastu ada plak pondok kecil untuk orang yang nak makan bersila. jadi nak kelainan, ibu pun pilih nak makan bersila kat pondok la. si hadi, apa lagi sibuk la dia dok main kat situ.







lepas makan kita pun singgah umah nenek, ambik atuk & paksu. sedap la seafood kat pantai remis. tapi dapat makan ikan bakar & sotong bakar je. ketam & udang tak de. atuk sempat la main layang2 jap, sebelum layang2 tu terlepas sebab angin kuat. nenek plak sempat shopping kupang & talang ikan masin.





tapi cuaca panas sangat. maklum la kat tepi laut. jadi, membeli barang kita pun balik umah. next time kita bleh pegi lagi ye, sebab ibu dah tau jalan.

Monday, February 1, 2010

playground lagi...


pagi tadi dah main kat playground KFC setia alam. petang ibu & babah bawa hadi gi playground kat area rumah plak. biar hadi main puas2. yelah kalau ari keja, ibu & babah balik pun dah nak maghrib. tak dapat bawa hadi jalan2 pun. so, hari2 cuti ni berjalan je la keja hadi ni :-)

hadi kalau dapat main kat playground bukan main suka. tambah plak tadi dah puas tido. apa lagi bateri penuh kan, tenaga pun banyak la. hehehe



cuti hari wilayah...


hari ni 1 Feb, hari wilayah. memandangkan ibu pun dah keja putrajaya, so ibu pun dpt la sama2 cuti dengan babah. x de plan apa2 pun ari ni. cuma pagi2 dah pegi bank settlekan hutang piutang & gi breakfast cum lunch kat KFC setia alam.

kat KFC tu ada playground, apa lagi hadi pun seronok la main2. walau pun mata dia dah berat sebenarnya. mana taknye, blum pukul 8 dah kejutkan ibu & babah. x bleh la ibu & babah nak bangun lewat skit cuti2 ni.

sampai umah je, tukar pampers hadi pun tido. ibu & babah pun mula la mengemas rumah. walaupun mata ngantuk jugak la ni.

ni la gelagat si hadi main2 kat KFC...