Monday, January 31, 2011

macam macam perangai....


tengok la hadi ni. baru balik dari tesco membeli barang dapur. x sempat babah nak bukak pintu dia dah mencangkung kat depan pintu. notti notti :-))))


tengok wayang lagikkkkk



agenda utamanya nak belikan hadiah kak ipar yg baru dapat baby 2 minggu lepas. abis x kan nak balik terus lepas beli present kan. so, carik la aktiviti lain. apa lagi tengok wayang la. kali ni gi tengok THE GREEN HORNET 3D. best gak citer dia. tapi nampaknye hadi x berapa nak enjoy la citer ni. yelah banyak bercakap kan. hadi tengok bila time gaduh2 je.

baru sejam tengok dah mula dia x duduk diam. cermin mata 3d tu plak, x sampai setengah jam pakai dah dibukaknye. rimas kot


dlm setengah jam yang last plak si hadi ni dah selamat melelapkan matanya. sempat la ibu & babah makan kat kenny rogers sementara hadi buat taik mata :-)



Wednesday, January 26, 2011

MENGE 'PAU'

Yup!! sekarang ni kalau keluar jalan2 je, ibu & babah mesti kena 'pau' dengan hadi. Kalau x kena 'pau' mainan, kena 'pau' buku la. Yang x tahannye tu, kekadang buku2 x tahan lama pun, mesti koyak punye. Lagi2 kalau buku sticker. Mana x nye, sticker dah dilekatkan kat buku di kopek balik nak lekat kat tempat lain. Sudahnye koyak la buku tu.

tengok la ni...ni masa kat mahkota parade, melaka. gaya bukan main lagi. serius macam baca benda penting kat paper. padahal dok tengok gambar ben10




anak bujang ku :-))


tengah dok lepak2 kat atas katil masa babah dok gi memerah otak untuk siapkan SKT opisnye...terpandang plak gelagat budak chomel sorang ni. amboi bukan main lagi meniarap sambil tengok chuggington dengan ditemani omen a.ka. ultramen nye. dah besar dah rupanye anak ibu & babah ni. cepat betul masa berlalu.

Wednesday, January 19, 2011

BILA PLAK BABAH AMBIK GAMBAR NI??


dok tengok gambar2 yg ada dalam kamera terjumpa plak gambar2 hadi yang x pernah ibu tengok. tanya kat babah plak, babah kata dia yang ambikkan gambar hadi ni. bukan main lagi hadi posing kat laman rumah ye :-)






tapi bab yang gambar2 ni memang ibu x berkenan, sah sah hadi caught red handed tengah mengerjakan pokok bunga ibu. abis disiat2nye daun pokok bunga tu



ni plak, digoyang2kan besi utk tahan pokok tu. dah x pasal2 senget la pokok tu



p/s: x sempat babah nak sapu & mop lantai kat laman tu, hadi dah sibuk nak main :-)

Tuesday, January 11, 2011

nengok wayang lagi


kali ni ibu & babah bawa hadi nengok citer gulliver's travel

memang best la citer ni...lawak nengok gelagat jack black. hadi pun ok je nengok citer ni walaupun takut sikit bila gullivers tu jadi giant.

layan popcorn ye sambil khusyuk tengok wayang


mata cerah je hadi sampai abis tengok wayang...mana x nye


hadi dah tido dulu masa ibu & babah dinner kat kenny rogers

Saturday, January 1, 2011

2nd time hadi nengok wayang

hmmmm dah lama hadi x pergi tengok wayang. selalu ibu & babah pergi berdua je & tinggalkan hadi kat umah nenek. yelah takut hadi x bleh diam duduk dalam wayang tu. 1st time hadi tengok wayang masa umur 3 bulan. tp x bleh kira la kan. sebab masa tu baru 3 bulan, bukan tau pun tengok citer Upin & Ipin tu. hadi tido je dalam wayang.

second time ni, ibu & babah bawa hadi tengok citer kartun Rapunzel. Yelah nak biasakan hadi tengok wayang, cuba la tgk citer kartun dulu. lagipun kalau kat umah hadi memang suka tengok citer kartun.


sambil tengok wayang tu sempat gak hadi layan popcorn. ok la prestasi hadi tgk wayang kali ni. walaupun kekadang tu hadi takut bila tengok scene kuda & ahli sihir tu. siap jerit takut lagi, tapi mata nak tengok gak skrin wayang tu. hahaha...momel la hadi.

habis tengok wayang, hadi posing jap kat iklan Rapunzel tu.
nape la hadi suka ambik gambar sambil cangkung macam nak 'yak' je ni???


hadi as flynn rider


kalau camni, lain kali bleh la ibu & babah bawa hadi nengok wayang lagi ok!

settle bergambar kat wayang, sempat la hadi main keta jap sebelum gi dinner kat papa john pizza



khusyuk melayan youtube tengok chuggington sementara tunggu order sampai


isi minyak sebab keletihan lepas layan ibu gi shopping jap kat jusco :-))))


kejap je baring dalam tu, pastu kena gak dipangku nak menyusu..hadi biasala...manja sesangat :-)))