Thursday, August 25, 2011

Hadi & Aiskrim

Lepas berbuka pergi Tesco Setia Alam. Niatnye nak cari lampin pakai buang untuk Hana. tapi saiznye dah abis stock. So, dapat beli sikit2 barang dapur & rumah aje la.

Seperti biasa, barang2 makanan Hadi memang x bleh x beli punye. Macam2 diambiknyer. kali ni beli lagi aiskrim Fruitare yang siap packing 3 batang dalam kotak. Ingatkan bila balik nanti nak terus masuk peti ais. Biar hadi makan hujung minggu waktu petang.

Tapi seperti biasa la hadi ni. Ingatan dia kuat. Sampai je rumah, babah keluarkan hadi dari kereta. Dari dalam kereta, ibu nampak Hadi terus menuju ke muka pintu rumah & duduk kat situ. Masa tu ibu x tau lagi nape hadi gi duduk kat muka pintu tu. ibu pun tanya la babah masa babah nak ambik hana plak. Babah kata hadi dah bebel & tunggu nak makan aiskrim.

10 malam: Tengah khusyuk makan aiskrim laici Fruitare
Sabar aje la....ibu ingatkan hadi dah x ingat kita ada beli aiskrim. Rupa2nya dia ingat. Memang ibu ajar hadi, kalau nak makan aiskrim x boleh makan kat dalam rumah. Kena duduk kat muka pintu depan. Bertuah betul anak ibu sorang ni.

Monday, August 15, 2011

Apa la keja budak2 ni...

Tengok tv sambil nyotnyot botol

Ni la keja budak dua org ni. Masa ni ibu & babah baru lepas sahur. Belum masuk subuh lagi.

Apa yang ditengoknye tu? Apa lagi Baby tv kat Astro tu la. Yang si kecik tu pun dah pandai tengok tv.

p/s:Its a blessing having & seeing both of them.

Wednesday, August 10, 2011

stuntman in action

ini la keja hadi sekarang


bukan main lasak lagi, tak pasal2 tilam Hana jadi mangsa. Tilam tu dia yng tarik & adjust ke situ. Pastu siap suruh ibu ambik gambar lagi.

Saturday, August 6, 2011

abg & adik

Masa memula dulu hadi selalu lepuk adik dia. Jeles agaknya tengok semua org dok layan adik dia :-) Kesian hadi...ibu & babah still loves u sama macam dulu la. Adik kecik lagi so kena bg attention lebih skit.

Sekarang ni hadi dah pandai sayang adik dia & selalu suruh ambik gambar bila dia baring sebelah adik.

Tengok la ni...memula cakap dengan ibu nak ambik gambar dengan adik. Lepas tu abis digomolnye adik ye :-) Hadi suka sangat cium & genggam tangan & kaki adik. Geram tengok jari tangan & kaki adik yg kiut miut tu.