Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, April 27, 2009

hadi & walker



ari ni first time hadi guna walker hadiah ofismate2 ibu. bukan main suka lagi dia. Pandai gerak2 kan kaki & gerak sana sini & melonjak2 kan kaki dia yg tembam tu. Hadi punye geram kat walker tu sampai digigitnya stereng.

comel betul anak ibu dgn walkernya. Bila dapat mainan baru apa lagi, x mau la baring kat atas tilam. Merengek la nak duk jugak dalam walker ni. Hadi...hadi senyum bukan main lagi dapat naik walker ye... Tima kasih la byk2 kat ofismate2 ibu yang bermurah hati tu ye.

Wednesday, April 22, 2009

melaka bandaraya bersejarah

Seronoknya hadi gi jalan ke melaka. Sanggup bersengkang mata sebab nak jalan2. Kesian anak ibu :-) Sepanjang kat sana x dapat berjalan beria-ia sangat. Yelah babah kena kerja kan. Itu pun nasib baik babah & kawan dia rotate jaga booth. Kalau x jwbnya lewat petang atau malam je la kita dapat jalan2.

Masa kat melaka, hadi dapat dua present dari ibu & babah. Hadi dapat cap yang bersulam huruf H dan rocking chair dari rotan & buluh. Cukup suka si hadi dapat present.



Sepanjang kat melaka, dapat la hadi melawat beberapa tempat. Ni la tempat-tempatnyer:-

A Famosa


Taman Rama-Rama
Khusyuknya tengok burung2 tu. Masa ni dah tahap penat yang amat sangat si hadi ni. Tapi sanggup tahan mata dia sebab nak jalan2 punya pasal.




Menara Tamingsari
Relax je si hadi ni. X takut pun naik tinggi2. Agaknye x paham lagi kot. Best gak naik menara ni, sambil naik sambil berpusing.




Bangunan Stadhuys
Masa ke bandar hilir, dapat la hadi merasa naik beca. Pelik sungguh dia tengok banyak sgt bunga-bunga kat beca tu. Mahal le juga kena bayar. RM40 untuk 2 beca. Tapi x pe la. Sekali sekala kan.



Sempat la posing jap kat air pancut depan bangunan stadhuys ni masa ronda2 dengan beca.


A Famosa Water World
Ini kira second time la hadi berendam. Dapat la test pelampung yang ibu belikan tu. Bagus la pelampung ni. Hadi pun x takut & relax je lepak dalam pelampung tu. Yang tensionnye, hadi x dapat pakai swimming trunk yg ibu & babah beli kat jusco dulu. Yelah, cari dalam beg x jumpa. Pastu beli je yang baru. Itu pun saiznya besar, gelebeh je hadi pakai. Bila nak balik baru le jumpa swimming trunk hadi tu. Sabar je la.


Umbai
Memula macam x nak je gi umbai. Sebab x tau jalan. Tapi gamble je la cari jalan guna peta melaka yang ibu & babah beli zaman2 hadi x de lagi. Nasib baik jumpa umbai. X la susah sangat, ikut je signage. Signage kat melaka ni kira bagus la untuk tourist.

Ni la menu yang ibu pilih....sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, ketam goreng cili dan udang goreng telur & butter. Selain tu ada gak kedai tu bagi jeli kelapa & otak2. Ok gak masakannya walau pun x sesedap seafood kat Tanjung Harapan, Port Klang.


Sempat gak pegi makan kat Mydin Ayer Keroh. Babah x sempat tukar baju keja pun.


Ok la...next time kalau babah / ibu gi outstation bleh la kita gi jalan-jalan lagi :-)

Tuesday, April 14, 2009

#1st time hadi outstation#

esok hadi & ibu ikut babah gi melaka. babah kena jg booth utk exhibition kat MITC. seronok la hadi, ibu cuti 5 hari jaga dia. bertambah la manja anak ibu & babah ni.

ibu x abis lagi kemas barang ni. yelah, biasanya kalau outstation pun, ibu & babah berdua utk 3 hari 2 malam je. Kali ni 5 hari 4 malam plus hadi. mcm2 la barang yang nak dibawa. beg baju, beg susu, beg pampers, laptop, brg pameran babah & segala macam la. x tau la camne nak sumbat dalam keta Myvi kita yang comel & byk berjasa tu.

ini la 1st time ibu jln jauh2 sejak pregnantkan hadi & 1st time hadi jln2 kluar s'gor. kalau sempat nanti kita ajak babah singgah zoo melaka ye. tp kita naik train je la kat dalam zoo tu. x larat la nak dukung hadi keliling zoo. hadi bukannye nak duduk dalam stroller. lagipun, dengan brg2 yang banyak tu, rasanya x muat nak bw stroller hadi dalam keta comel tu.



okla....nanti ibu tulis lagi pasal hadi oustation ke Melaka Bandaraya Bersejarah k!

Monday, April 13, 2009

hadi vs pao

tepi la skit...hadi nak posing ni



pao ni suka la kacau hadi nak ambik gambar. dia plak yg senyum lebih



kan hadi dah marah...




akhirnya....dapat la hadi posing. comel tak? mestila comel. tengok la sape ibu & babah hadi.

Saturday, April 11, 2009

bday ibu ke 30

ari ni bday ibu ke 30. tua dah, masuk angka 3 plak. syukur alhamdullillah...pada umur 30 thn ni, bleh kata ibu dah dapat semua yang ibu inginkan (suami yang penyayang, anak yang comel, rumah dan kereta yang selesa, kerja yang stabil).

untuk bday ibu kali ni, babah tempahkan kek heart-shaped & bagi kad ucapan. bagi ibu itu pun dah mencukupi, lebih2 lagi ucapan tulisan tangan babah yang dah lama ibu x dapat sejak kahwin ni.

sebelum gi ambik kek, sempat la ibu & babah posing dgn hadi.




ni la gambar keknya...sedap sungguh. abis diet ibu. tima kasih babah. luv u till my last breath.

Friday, April 10, 2009

5 month's ikhwan hadi



ari ni hadi dah 5 bulan. hadi dah pandai meniarap, pegang benda sambil tengok apa yang dipegangnya, pandai menegur & giggle. sekejap je, rasanya baru lagi ibu lahirkan hadi. muaaghhh...ibu & babah sayang hadi.

Thursday, April 9, 2009

story telling by hadi...

hadi skrg ni suka berborak. ntah apa la yang dia cite kat ibu, ibu pun x faham. layan je la. ni kalau bleh bercakap nanti, byk la soalan2 menduga minda yg ibu & abah kena jawab ye. abis je keja, ibu x sabar nak balik. sebab nak dengar cite hadi & tengok hadi giggle sampai nampak gusi. comel nyer anak ibu ni. macam2 bunyian & mimik muka yang dibuatnya.

skrg malam2 hadi tidur dalam buai @ baby cot. dekat baby cot hadi tu ada mainan musical berpusing2. ingatkan bila pasang tu, hadi bleh la tido bila dah leka. tapi nampaknya hadi bleh menyanyi plak dengan muzik tu. bila berhenti je muziknya, hadi pun gedik2 minta pasang lagi lagu & mainan tu. alamatnyer, x tida la gak si tembam ibu ni.

last weekend, ibu bagi hadi makan heinz pumpkin & sweet corn yg sesuai untuk baby 4 bulan ke atas. suka sgt hadi makan, comot2 mulut & baju. tapi nampaknya hadi x pandai sgt nak makan lagi. byk makanan yg comot kat luar dari yang masuk kat dalam mulut.

kecil2 lagi hadi ni dah pandai memilih makanan. ada sekali tu, nenek bagi hadi rasa bubur nasi kosong. hadi siap sembur keluar mulut lagi. maklum la x rasa apa2 kan. bila ibu bagi rasa whipped potato KFC, hadi suka plak. bukan main demand lagi hadi ni ye.

ok la....nanti esok ibu tulis panjang2 ye. special untuk hadi sempena 5 bulan. muaghhhh

Thursday, April 2, 2009

hadi dah ada akaun bank...


25 Mac yang lepas, babah sempat buka akuan simpanan Tabung Haji untuk hadi. duit yang dimasukkan tu duit yang org2 bagi masa dtg tengok hadi.

sekarang ni, ibu & babah tengah survey insurans yang sesuai utk hadi. yelah, kalau hadi x sihat ke @ emergency, senang la nak bw terus gi hospital swasta. sebab kt shah alam ni blum ada hospital kerajaan. kat kelang ada satu je hospital kerajaan, itu pun ibu dengar selalu sesak. yelah, sebab hospital kerajaan x banyak & kosnye pun murah berbanding hospital swasta. cuma yang x tahannye kat hospital kerajaan ni, waktu menunggunya.

ibu & babah pikir nak ambik insurans yang ada medical card + education. nanti senang la hadi nak sambung belajar lepas SPM nanti. uih...berpandangan jauh sungguh ibu & babah ni :-)

hadi yang makin pandai meniarap...




semenjak dua menjak pandai meniarap ni, leceh plak ibu nak pakaikan pampers @ tukar baju hadi. lepa skit je, dah meniarap. seronok agaknya berbogel pas tu meniarap. sejuk ye, hadi ni kan kuat berpeluh.

comel la baby ibu ni. esok2 kalau dah pandai merangkak @ berjalan, x tau la mcm mana nak pakaikan baju @ suap makanan hadi. bleh kurus ibu & abah mengejar si hadi ni :-)