Friday, July 23, 2010

Hadi & Mamut

Last weekend pergi IKEA sebab nak cari barang2 hiasan rumah skit. Jadi ambil kesempatan la belikan hadi set meja & kerusi Mamut. Bukan main suka lagi dia. Balik je dari IKEA ibu & babah terus pasangkan meja & kerusi tu. x sabar2 hadi nak nengok ibu & babah siap pasangkan meja & kerusi tu. Siap je pasang terus nak duduk, konon2 nak baca buku la.

Ni kira step pertama la nak galakkan hadi baca buku. Memula belikan meja & kerusi, pastu belikan kan plak buku2 yang colorful & banyak image. Ini la gambar hadi yang tersangattttt la gembira dapat meja & kerusi Mamut tu. Habis semua gigi bleh nampak :-))


*maaf la ye, mutu gambar kurang memuaskan.

Monday, July 19, 2010

budak notti


gini la gaya nyer kalau ibu mula je nak lipat kain. mentang2 la kain membukit disebabkan kerajinan ibu yg teramat sangat, hadi siap melompat lompat & golek2 kat atas kain2 tu. bila ibu dah lipat plak, abis di punggahnyer. nak x nak, babah kena tunggu la sampai ibu abis lipat kain baru bleh bergerak. kalau x, alamatnye x payah la ibu lipat baju.

sabar je la dengan si tembun sorang ni...

Friday, July 16, 2010

happy 5th birthday Yasmins


11 Julai lepas...ada birthday party utk kak Long & kak Ngah. walau pun ibu sibuk nak prepare untuk exam, kita pergi la jugak rumah pak ngah. Yelah bukan jauh mana pun. x sampai 5 minit pun naik kereta pergi rumah pak ngah.

Alhamdullilah cuaca ok, tapi panas skit la sebelah petang. yang paling menonjolnye birthday party ni, kek nya lah. Sebabkan kak long & kak ngah ni kembar, jadi kek pun kena la ada 2 barbie doll. kalau x, mau gaduh dibuatnya. Kek ni ibu & mak ngah tempat kat Inhouse Cake. Nasib baik la dia org ada buat delivery, kalau x payah la nak gi ambik.

Bila dah dapat kek ni, parah la plak nak jaga & selamatkan kek ni. Maklumla budak2 ramai sangat, masing2 jakun tengok kek besar dengan 2 barbie doll.


Lepas potong kek & makan2 bebudak yang ada, main pasir berwarna kat luar. maaf la ye, ibu x tau apa nama mainan tu. Hihihi..Hadi x dapat la main, tengok je la. kalau bagi kat hadi nanti, ibu sure punye hadi mesti masukkan dalam mulut.

Sunday, July 11, 2010

mata hadi sembab

dalam ibu sibuk2 nak prepare untuk exam, hadi sakit mata plak. mata hadi x merah @ berair @ bertahi mata, tapi mata dia sembab. rupa mcm org yg x tido berhari2. risau gak sebab sembabnye x surut2. jadi 10hb ari tu bawa la dia pergi jumpa dr koshy. yelah mana tau serius ke sakitnye. sebab hadi nampaknya asyik tenyeh mata dia.

bila gi demc, dr. koshy nak test air kencing hadi. so, nurse pun pasangkan la plastik kat bird hadi. punye la marah si hadi. x selesa la agaknya tu. dr.koshy kata dalam 1 jam bleh la dapat air kencing dia. pastu kena antar lab plak untuk testing. tungu punye tunggu..idaknya si hadi ni nak kencing siap tidur bangun balik pun x kencing2 lagi. ibu rasa hadi tahan kencing sebab dia tau ada benda asing kat bird dia tu. sabar je la. dah la ibu x prepare lagi nak exam ni.

dari pukul 11 jumpa doktor sampai la pukul 1 setengah hadi x kencing2 jugak. dr. koshy pun panggil la sebab nak ambik darah plak sebab hadi x nak kencing. pastu tunggu la plak result test darah tu. syukur la, dr. koshy kata blood dia ok. tapi dr. koshy nak jumpa hadi balik, ari selasa depan. so, ibu pun tanya la ada kemungkinan ke hadi ni kena allergic. dr. koshy kata, "Maybe". tapi bukan sebab makanan, tapi habuk 2 debu yang kena kat mata sahaja. sebab lain2 bahagian badan hadi x de apa2 pun.

ni satu lg nak bagi tau...sakit2 mata pun, lasaknye sama je. tengok la ni, tengah jakun kat klinik pediatrik baru kat demc ni. memang cantik & selesa sungguh, sebab ID & ada taman kat luar klinik untuk lepak2 kalau bebudak dah boring tunggu kat luar.