Friday, September 25, 2009

hadi mandi kolam...



amboi bukan main suka hadi mandi kolam kat laman rumah pak ngah dengan kak long, kak ngah & haziq. x sangka plak ibu hadi pandai mandi kolam. nanti ibu & babah carikan kolam untuk hadi. bleh kita ajak kak long, kak ngah & haziq mandi kolam kat umah kita plak ye...

Tuesday, September 22, 2009

aidilfitri bersama hadi..


ibu, babah, hadi, pak su & nenek


kak ngah, mak ngah, haziq, pak ngah & kak long


nenek & cucu2 kesayangannya

seronok betul ibu & babah dapat beraya dengan hadi tahun ni. comel betul ibu tengok hadi pakai baju melayu. tapi tengah hari dah tukar baju lain. kesian tengok hadi berpeluh-peluh. pagi raya lepas sembahyang raya, ibu, babah & hadi gi ampang jengok atok hadi. atok hadi ni memang suka sangat dengan budak lelaki. boleh kata tiap2 hari atok telefon babah tanya pasal hadi. walau pun atok dah x larat nak dukung hadi, tapi atok tetap nak dukung hadi & bawa jalan-jalan.

lepas pergi ampang, kita pegi banting plak. pergi umah mak ngah & abah alang babah. dia org ni adik-beradik ibu babah. penat gak la. sebab pukul 9 lebih baru sampai shah alam. tapi seronok la bawa hadi jalan-jalan kutip duit raya.

ibu & babah bersyukur sangat dapat sambut raya dengan hadi buat pertama kalinya. harap2nya akan datang dapat la beraya berempat plak :-) insyaAllah...

tahun ni baju kita temanya warna purple. walau pun baju ibu x la begitu purple. ada la sejemput warna purple, tapi tudung tetap purple :-) kebetulan family pak ngah pun tema warna purple gak. takpe la, tahun depan kita pilih satu warna untuk semua orang pakai sama. ok tak? ok la tu...

Friday, September 18, 2009

berbuka di bluewave


semalam kita semua buka di bluewave. ni semua aunty rahila ofismate ibu yang uruskan. bukan main banyaknye makanan kat situ. sampai tak larat nak makan. nenek yang keja shif malam pun lambat pegi keja sebab nak berbuka puas2 dulu.

sempit gak lobi hotel tu sebab orang ramai. ingatkan dah hujung-hujung puasa tak de orang nak buka kat luar. rupanye ramai jugak sebab ada promotion diskaun 50%. kesian hadi sebab tak dapat nak merasa macam-macam makanan. tak pe la, tahun depan kita buka kat luar lagi ye. masa tu hadi dah boleh nak makan aiskrim, kek & macam2 lagi :-)

Friday, September 11, 2009

hadi@10 months


hmmm...hadi pun dah masuk 10 bulan. x lama lagi nak raya. ibu dah pun tempahkan baju melayu teluk belanga warna purple untuk hadi. sedondon dengan baju melayu babah. berat hadi dah nak masuk 10 kilo. kussss...semangat ibu & babah nak dukung.

hadi sekarang dah makin lasak. asyik nak berdiri sambil pegang kerusi @ meja. merangkak dah makin laju. mulut pun dah makin becok. macam-macam bunyi-bunyian la yang kluar. dah suka menggigit sekarang ni, mentang2 la dah nak masuk 7 batang giginyer.

tahun ni first time la ibu & babah sambut raya dengan hadi. excited betul ibu, sampai lima helai baju raya hadi kali ni. kasut pun ada dua pasang. sepasang tu kawan ibu yang bagi masa hadi lahir dulu.

genap setahun nanti, ibu nak cari frame gambar yg boleh letak gambar hadi dari first day sampai la 12 bulan. beza betul muka hadi dari lahir sampai sekarang ni.

Thursday, September 10, 2009

sukanye dia...

dah lama ibu x update blog hadi ni ye. bukan apa, banyak keja la. lagipun pak su selalu guna camera, jadi x dapat nak ambik gambar hadi.

sekarang ni hadi cukup payah nak tido. main aje kejanya. aktif betul sampai masam baunye berpeluh-peluh. bila nak masukkan dalam buaian, mula la dia berpusing2 dan mengagah orang kat luar ni. bila tengok muka comel dia, nak marah pun x jadi. Layan aje la keletah dia...

ini la rupenyer budak hyperaktif sorang ni....ikut perangai sape la ni agaknya???? ibu la kan? lasak, adventurous, manja, gelak x ingat, garang... wa ka ka...