Lilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, May 29, 2010

Hadi Budak Notti!

Ari ni nak pergi kenduri kahwin kat Bandar Manjalara, Kepong dengan nenek. Sementara tunggu babah bersiap, hadi pun mula la cari idea nak main. Tengok la ni, boleh lg dia main kat sliding door. Siap ajak main cak cak dengan ibu lagi...

Dah berapa kali ibu bagi tau & alihkan dia hadi dari sliding door, tapi x lama lepas tu hadi gi lagi main kat sliding door tu. Malas la ibu nak kata apa dah. Biarkan dia, bila dah tersepit tangan nanti baru la sedar kan.

Badan tu dah la tembam & semangat, ada hati nak menyempit kat celah sliding door & grill tu. Hadi...hadi, memang la notti ye.


Friday, May 28, 2010

Shopping on Wesak Day


Ari ni Jumaat , cuti ari wesak. So, ibu & Babah pun bawa hadi pergi AEON Bukit Tinggi. Saja nak makan2 & shopping. Hadi macam biasa la bila dapat gi shopping complex mula la macam jakun. Abis merata di rondanya. Nak pulak kat AEON tu ada hiasan bola sepak sebab nak World Cup dah kan. Suka betul dia tengok bola2 tu bergantung sana sini. Sempat juga hadi naik teksi mainan.


Kita makan kat Boston Restaurant sebab ibu & babah dah lama x makan steamboat kat situ & mixed seafood fried rice. Memang best la, tapi x larat nak abiskan. Siap tapau lagi nasi goreng tu.

Bila dah penat macam biasa la hadi, kena berhenti isi minyak dulu. Tengok la tu, plastik pun bleh jadi mainan bila dah bosan.


Wednesday, May 26, 2010

Ikhwan Hadi's 1st year....


puas la ibu belek2 gambar dalam folder nak cari gambar yang sesuai. pastu nak susun plak lg. bila bandingkan muka hadi baru lahir dengan muka sekarang, jauh betul bezanya. masa mula2 lahir, hadi x kena jaundice. tapi hari ke-3 nak kuar spital, tengok jaundice dah ada. tp doktor kata x teruk sangat kuningnya. jadi doktor pun bg la balik umah dulu. yelah doktor pun kesian kat kita dok terperap kat demc.

tapi 2 @ 3 hari lepas tu hadi kena tahan wad jugak sebab jaundice dah naik. sedih la gak ibu. menangis sorang2 senyap2 kat bilik nenek. nenek siap pujuk kata hadi x de apa2 & kata biasa la budak baru lahir kena jaundice. nenek x bagi ibu nangis2 sebab dalam pantang.

sebab ibu rindu gak kat hadi, ibu kuatkan semangat pegi demc dengan babah. ibu tahan je sakit operation & drive gak keta pegi tengok hadi. babah x galakkan ibu pegi sebab dia takut nanti ibu menangis tengok hadi. tapi ibu x peduli sebab ibu rindukan hadi.

memang betul kata babah, ibu menangis bila masuk nurseri & tengok hadi tidur meniarap kat bawah lampu biru & mata hadi kena tutup. sedih tengok anak ibu camtu. rasa macam nak ambik & peluk hadi je. tapi ibu x boleh buat macam tu. ibu ingat nak usap la sikit badan hadi, tapi babah kata jangan. takut hadi sedar yang ibu ada kat situ & buat hadi terjaga @ menangis plak nanti. & bila hadi dah nangis nanti ibu pun mula la x tahan tengok.

tapi syukur alhamdullillah hadi x kena tahan lama. tapi kesian kat hadi sebab kulit dah jadi gelap kena lampu punye pasal. kawan ibu, auntie rahilah yang tengah pregnant tu pun datang bagi susu kambing untuk buat ubat jaundice. ibu & babah plak kena paksa hadi minum susu setiap 1 jam. sebab masa kena jaundice hadi x nak minum susu & asyik tido je. pagi2 plak babah akan duduk berjemur dengan hadi nak bagi jaundice tu baik.

ish...ish...pengalaman betul first time jaga baby yang kena jaundice ni

Tuesday, May 25, 2010

Hobi #2


hobi hadi #2 ialah bergambar. x kisah la ambik gambar guna kamera ke @ handphone. antara sebabnye, dari kecil lagi ibu suka ambik gambar hadi & lepas tu tunjukkan kan kat hadi gambar tu. memula dulu, berkerut gak kening hadi bila tengok gambar dia kat skrin handphone @ kamera. pening kot pikir camne muka dia bleh ada kat situ :-)

sekarang ni plak, tiap kali ambik gambar dia, dia mesti mintak nak tengok @ tunggu je kita tunjuk gambar kat dia. pastu bila tengok gambar, mula la senyum2. konon hensem la muka dia tu. hadi...hadi...

ni hadi posing lepas bangun tido. masa tu babah gi kedai. tinggal ibu & hadi je kat rumah. muka hadi pun sembab lagi.

Hobi #1


Hobi #1 hadi sejak terbaring sampai la sekarang ni dah pandai jalan ialah menonton tv. Mana tak nye, tido, baring, makan semua kat living hall yang ada LCD TV paling kurang pun 32 inci (x kisah la dekat babysitter ke @ kat rumah nenek @ rumah). Puas la nengoknye, itu pun x puas ati lagi. Mesti nak tengok dekat2. Rabun la mata nanti, hadi. Dah jadi kerja pulak kena alihkan hadi jauh dari tv.

Macam biasa la hadi suka tengok cerita kartun macam Dibo The Gift Dragon, Roary the Racing Car, Kacang, Upin & Ipin, Jim Jam & Sunny. Show macam-macam Aznil pun dia suka, kekadang layan gak drama.

Yang melucukan bila hujan, siaran Astro hilang tiba2 & skrin jadi hitam, mula la hadi lari sambil menjerit cari orang yang duduk dekat dengan dia. Sebabnya dia takut skrin tu jadi hitam. Hahahaha….ingatkan berani sangat, baru macam tu dah takut 

Sunday, May 23, 2010

follow up appointment

semalam hadi ada follow up appointment dengan dr koshy. pagi2 dah bertolak gi demc sebab x mau tunggu lama. slalunye hari sabtu memang dr koshy ramai patient sebab ari cuti. nasib baik la masa sampai babah gi ambik nombor dulu sementara ibu pergi parking. dapat la no. 3. jadi dalam pukul 10.30 pagi dah settle. malas gak kalau tunggu lama2, sebab hadi ni bukannya nak duduk diam. ni pun dapat no. 3 dia dah panas punggung menunggu. dok berjalan & main kat play area tu.




masa jumpa doktor, hadi masih ada selsema & batuk sikit2 walaupun dah seminggu keluar demc. dr koshy kata 2 minggu lagi hadi kn ambil suntikan preavina & kalau hadi masih batuk & selsema masa tu, hadi kena pakai inhaler. hishhhh...ibu x berkenan betul kalau hadi kena pakai inhaler, harap la hadi sihat by that time.

lepas appointment tu, kita gi brunch kat noodle station, SACC Mall. bukan main seronok hadi dapat kluar jalan2. maklum la dah lama x kluar jalan2 sejak masuk DEMC. kesian babah, x larat babah nak mengejar hadi.


Saturday, May 22, 2010

hadi @ playground


sementara babah mengemas & membersihkan keta kesayangan kita, ibu & hadi pergi playground dekat umah. suka sgt hadi main buaian. maklumla dah lama x pergi playground. tapi kesian hadi, main sorang2 je. sebab x de kawan lagi. hadi tengok je budak2 lain main2 dengan kawan & adik beradik. nak buat camne, belum ada rezeki hadi nak dapat adik. cian dia...


nanti kalau dapat adik jangan buli2 adik plak ye. jaga adik baik2. oh ye..gi follow up appointment tadi, tengok2 berat hadi dah naik 12.5kg. patut la mengah ibu nak dukung hadi ni. sejak kluar demc memang selera makan hadi ni bertambah. naik risau plak ibu. bila main lasak, mula la mengah & berpeluh x ingat si hadi ni. masammmmm la baunye :-)

sampai je umah, layan solivite sambil tengok tv :-)))

Friday, May 21, 2010

tak sedapnye...

semalam pergi la makan satay hj samuri kat kompleks pkns. tapi kenapa la rasanya x sedap langsung. saiz satay dah makin kecik,keras x juicy, daging liat, sejuk plak tu. teruk betul kualiti sataynyer. tapi dah order punye psl, telan lah jugak. tp akhirnya mengalah juga bila tekak betul2 dah x bleh terima.

jadi sementara tunggu abah jumpa kawan ambik stock alpha lipid, ibu & hadi pun bergambar la. itu je la cara nak bagi hadi ni dok diam. kalau x meronta2 nak jalan2 dalam kedai. tgk la tu, bukan main senyum lagi.



ibu je mcm x sudah, maklum la tekak sakit. rasa mcm tonsil kat sblh kanan bengkak. nak telan air liur pun susah, apatah lagi nak makan. weekend la jumpa doktor. sehari dua ni, tahan je la minum air sejuk @ aiskrim bagi hilang bengkak.

Sunday, May 16, 2010

infection lagi

ahad ptg lepas makan kat sari ratu, ibu & babah bw hadi gi demc utk ambik neb. sementara tunggu, nurse yg lalu kat tempat menunggu pun ambik suhu badan hadi sebab tgk keadaan hadi yang lemah sangat & muka pun merah & sembab. suhu badan hadi naik sampai 39.8c. ibu & babah pun terkejut la. sebab badan hadi x la panas sangat. tapi kepala hadi panas betul. nurse pun terus bagi ubat kat buntut. x lama lepas tu hadi terus ambik neb. doktor pun dtg periksa lepas tu. doktor suggest hadi stay kat wad sebab paru2 hadi kena infection yang sebabkan demam panas.

ibu dan babah pun x pikir panjang lagi. terus je setuju dgn cadangan doktor tu. kalau bawa balik umah pun, ibu takut x terjaga hadi. yelah, sakit kat dalam bukan bleh tau elok ke tidak.

sementara tunggu bilik, suhu badan hadi pun dah turun. seperti biasa....bila dah sihat mula la x duduk diam. tengok la ni...orang kat demc pun confuse hadi ni sihat ke sakit




bila kena tahan wad, biasa la kena buat fisio untuk sedut kahak & hingus. pastu kena plak masuk antibiotik thru IV.



adoiiiii...x larat dah ibu ni. asyik kluar masuk spital je. kalau dikumpul bil2 ni, bleh beli kancil sebijik cash lagi. x pela. kalau kena thn spital, at least ibu tau la hadi dpt the best treatment yg ada dgn dr. koshy. kalau dok umah makan ubat je, ibu & babah pun x tau sejauh mana ubat2 makan tu bleh menolong. kali ni lama skit hadi kena thn spital. dari 9hb malam sampai la 15hb malam. sepanjang tempoh tu la ibu & babah bergilir2 cuti sebab nak jaga hadi kat spital. angkut la segala baju & ulang alik umah nenek untuk basuh baju. dah rupa org badwi dah ibu & babah ni.

masa treatment, dr. koshy kata bila keluar nanti hadi kena pakai inhaler untuk asma tu sebab bila hadi bernafas bleh dgr bunyi wheezing kat dada. tapi nasib baik la...pagi sabtu tu bila dr. koshy check, dah x de lagi bunyi tu dan kahak & hingus hadi pun dah warna putih dan cair. jadi x payah la hadi guna inhaler. tapai still kena makan ubat selsema, batuk & kahak sampai la selsema & batuk sama2 pulih. syukur alhamdullillah.

ini la keja hadi bila dah bosan...merenung nasib diri kat tingkap..


ibu & babah decide, nak x nak lepas ni ibu & babah akan paksa hadi minum alpha lipid. walau pun ibu & babah tau, rasanya x sedap. tapi demi kebaikan hadi & ibu & babah pun x sanggup tgk btp deritanya hadi bila buat fisio, nasib la. nak tak nak hadi kena gak minum alpha lipid. FULL STOP!

hopefully lepas ni, hadi x la kena infection lagi. ibu & babah pun nak cuba cari nurseri untuk hadi. hadi pun dah 1 thn setengah, elok la hadi pergi nurseri untuk beralih angin.

Saturday, May 15, 2010

mother's day

ni kali kedua ibu sambut mother's day. kalau tahun lepas kita sambut kat boston, bukit tinggi, tahun ni kita sambut kat sari ratu, subang parade. nenek dengan paksu pun ikut skali. ibu suka makan kat sari ratu ni pasal ada es teller, ayam pop, sambal ijo & ikan nila goreng. memang superb. jadi ibu pun ingat nak bagi hadi rasa ikan nila tu. tapi hadi dah x de mood sebab demam.


jadi x berapa meriah la mother's day kali ni. hadi pun senyap je, melekap kat babah. cian hadi. kalau hadi sihat mesti hadi suka makan ikan nila goreng tu. x pe la, lain kali kita pergi lagi ye. abang, terima kasih belikan kek tiramisu, walau pun x sempat nak potong dan merasa on mother's day sebab malamnye hadi dah kena admitted kat DEMC. apa la nasib hadi, suhu badan sampai 39.8c. nasib baik ada nurse masukkan ubat demam kat punggung.

x sronoknye dok spital.....