Friday, September 17, 2010

macam2 karenah hadi beraya...


ini la perangai hadi yang x bleh tahan sungguh masa2 raya ni. cukup main suka kalau dapat sampul, pastu nak terus koyak @ buka sampul. malu betul la ibu & babah. apa lagi terpaksa la ibu cepat2 rampas sampul raya tu sebelum dia koyak & keluarkan duit dalam sampul tu. bukan itu aje, kekadang tu salam x nak, tapi duit raya dah ambik. ambik plak bukan yang orang hulur dengan tangan kanan, tapi yang orang dok genggam kat tangan kiri untuk bagi kat bebudak lain. aduhai...sape la punye anak ni. bikin malu la hadi :-)))

ni lagi satu perangai hadi... suka makan maruku. mulanya citer suka makan maruku nibila babah selalu beli maruku yang jual kat tesco. so, bila babah makan, hadi pun join skali. suka makan maruku punye pasal, siap bleh sebut uku..uku (maksudnye maruku la tu) tapi susu still x pandai nak mintak & sebut. mesti nak mengamuk jugak dulu.

masa beraya kat umah abah alang kat banting, terjumpa la plak maruku satu balang. apa lagi...hadi pun layan la maruku. kuih lain dia x sentuh

tengok la gaya duduknye tu, macam org besar

Wednesday, September 15, 2010

DESTINASI: PETROSAINS & AQUARIA

Disebabkan cuti raya yang panjang, ibu pun ajak babah bawa hadi pergi petrosains & aquaria. babah suggest pergi klcc naik putra lrt sebab nak bagi hadi naik train. Memula tu takut la jugak kalau hadi lasak dalam train. Yelah mana tau kot hadi nak panjat & lari sana sini. Tapi rupa2nyer hadi takut plak naik lrt. Siap peluk babah kuat2 sebab takut dengar bunyi train tu & lagi2 bila lalu terowong. dah la dalam train tu kita berdiri kat kepala train tu. bergenang airmata hadi sebab takut. tapi bila trip balik, nampak hadi dah x nangis lagi. Tapi still tak nak berdiri dalam train. nak babah dukung jugak.


lepas makan, kita pergi petrosains dulu. seronok la hadi main & cuba macam2 benda kat dalam tu. rasanya petrosains ni dah ada macam2 lagi barang compare dgn 1st time ibu pergi dulu.


dalam banyak2 tempat kat dalam petrosains tu, hadi paling suka main kat area lego. siap tak mau balik sebab seronok dok panjat sana sini, sepah2kan logo & naik turun gelongsor.


settle je ronda2 petrosains, hadi pun dah ngantuk. siap tido dulu sebelum masuk aquaria. ada la dekat sejam lebih menunggu hadi bangun tido. itupun ibu kejutkan hadi. kalau x, mau tido lagi & alamatnyer mcm x dpt la masuk aquaria. entrance fee aquaria ni mahal la skit. satu kepala dewasa dah RM35. sib baik hadi bawah umur lagi. seronok hadi tengok2 fish, walaupun takut bila tengok ikan besar2 tu.


untuk kenang2an, sebelum balik sempat la beli fridge magnet aquaria & petrosains. puas hati ibu & babah tengok hadi seronok berjalan2 kat petrosains & aquaria. kalau ada masa lagi, nanti kita pergi jalan2 tempat lain plak ye.

Monday, September 13, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H


ini kali kedua ibu & babah sambut raya dengan hadi. tahun ni temanya biru turqoise.

1st day raya, pergi ziarah kubur mak babah kat jln kuari. pastu pergi kg tasik ziarah tok babah. dlm pkl 3 plak gerak pergi banting. nak beraya kat rumah mak ngah dan abah alang babah. cukup main suka hadi pergi beraya kat banting. maklumla ramai kawan2 sebaya. tp kawan sebaya tu bukan nak main dengan hadi pun. yelah dia org dah besar nak main pun dengan yg sama besar la. tapi si hadi ni memang x tau malu. dia nak main gak dengan bebudak lain tu. bagus la anak ibu ni, peramah sesangat dengan bebudak & baby.

2nd day raya plak gi sg merab. ziarah kubur atuk ibu. lepas tu siap ronda2 kat area kampung tu dengan kereta sebab nak tengok byk rumah2 banglo yang tengah bina kat situ. cantik2 sungguh. on d way balik kita singgah makan kat retoran ayam penyet kat summit.

3rd day raya dah x tau apa nak buat apa sebab nenek dah start keja. so, kita pun balik la rumah.

tahun ni dapat la ambik family picture, walau pun punye la payah & lawak nak ambik gambar. maklum la bila dah ramai2, macam2 la yang x kena. ada yang terpejam mata la. ada yang x pandang kamera la. lawak betul. nasib baik la masa tu hadi x buat perangai.



kesian kak ngah, masa2 raya ni kena chicken pox la plak. dah x pasal2 muka pun bercapuk la dengan losyen calamine. sebelum ni kak long yang kena.