Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, December 24, 2010

perkataan favorite hadi sekarang


sekarang dah pandai mengadu sakit...

bila sakit mesti sebut: SAKIT AHHHH!!! siap dengan mimik muka & intonasi ala2 manja gitew

bila tengok ramai orang mesti sebut: RAMAINYEEEE

bila tengok kereta banyak kat atas jalam: BANYAKNYEEE

(wajib ye tang hujung tu panjang skit bunyiNYEEEE)

OPPPSSSS...ibu lupa plak. ada satu lagi. ini yg paling comel la ibu rasa

perkataannya...jeng jeng jeng

AYOOOKK TAK TAU

CHUGGINGTON: HADI'S FAVORITE CARTOON

CHUGGINGTON...CHUGGA CHUGGA CHUGGA CHUGGINGTON


ini la kartun kegemaran hadi. kalau dipasangkan dvd, memang menganga la dia dok terpaku depan tv tu. cakap la apa pun dah x dengar. hadi dalam dunia dia sendiri ms tu :-) bila kuar lagu tema chuggington mula la tergedik2 kegembiraan. hadi ...hadi. tapi x pela sebab kartun ni pun bagus sebab byk moral of the story & ajar benda yang baik2 je. lagi pun bahasanye x la kesat. macam ari tu, aku tengok ben 10 in malay. siap ada cakap perkataan bodoh la...mcm2 lagi la. sungguh x sesuai aku nak bagi hadi tengok. tapi masalahnye kat umah babysitter dia tengok rasanya. sebab dia bleh kenal ben 10 tu, walaupun ibu sekali je bukak cerita ben 10 tu kat dia. itu pun 1/2 cerita je.

ok, balik pd chuggington tadi. ni la watak2 utamanya yang hadi dah kenal & boleh sebut plak tu. memang fanatik chuggington la hadi ni.




yang ni plak character2 lain


dari kiri atas: DUNBAR, IRVING, ACTION CHUGGER HARRISON, OLD PUFFER PETE & OLWIN.
dari kiri bawah: HODGE, KOKO, WILSON, BREWSTER & ZEPHY

ada jugak character lain selain train macam VEE, EDDIE, DR. GOSLING. sekarang ni hadi dah ada 3 DVD citer chuggington ni.

yang ni baru beli malam semalam kat jusco bukit raja

yang ni beli dlm 1 @ 2 minggu lepas


ni plak yg memula belikan untuk hadi


agak2 kalau nak hadi dok senyap jd boleh la ibu & babah buat keja lain, senang je. pasangkan la dvd chuggington ni. mesti aman sekejap dunia hahahaha

Thursday, December 23, 2010

HADI OH HADI


tengok la anak ibu sorang ni...cukup pandai bergaya nak ambik gambar

tengah babah dok sibuk sidai baju & ibu tengok leka tgk tv (mesti ada yg kata ibu ni queen contral plak kang. babah sukarela tau sidai baju, ibu x paksa pun hihihi), hadi dengan senyap2 nye naik duduk kat kerusi meja makan & makan bahulu yg jiran bagi.

memula ibu ingat nak marah,iyalah takut hadi jatuh plak. tapi bila tgk gelagat hadi ni, x jadi la. sudah sudah, meh ibu ambikkan gambar. apa lagi cepat la posing

sukanye dia.....

nape nyorok2 plak tu :-)

ala ala...comelnyer anak ibu ni...

makan la hadi...sedap ye bahulu tu. makanan x sampai ke mulut, tp mulut dah nganga siap2 ye


Wednesday, December 22, 2010

AQIQAH UNTUK HADI

Hadi pun dah masuk 2 tahun. Baru ni lah ibu & babah nak buatkan aqiqah untuk hadi. Syukur alhamdulillah kali ni ada rezeki lebih skit. Pastu kena plak dengan program raya haji kat surau umah nenek ni. Jadi senang la skit kerja. Semuanya buat kat surau.

pagi2 lagi lepas solat raya, beramai2 la kita gi surau sebab nak tunggu turn untuk aqiqah k2 ekor kambing untuk hadi. lagi pun turn hadi no. 1, sebab kali ni aqiqah untuk kambing ada sorang je. hadi punye la tu.


kali ni kalau x silap ada 9 ekor lembu untuk korban & aqiqah. Memula nak ambik lembu 2 bhgn untuk aqiqah hadi. tapi sebab kt org pun dah lewat dapat tau & buat booking, jadi nak selesaikan jugak aqiqah hadi, ambiklah kambing 2 ekor.

Nak jadikan cerita, masa org surau dok sibuk tengah nak sembelih kambing yg pertama, kambing yang kedua dapat melepaskan diri.


(tengok pakcik yang baju merah putih tu dok tengok kambing no. 2 melarikan diri)
apa lagi kambing tu pun lari ala2 manja la pegi tuju kwsn rumah2 orang. bebudak & org2 lelaki yg ada kat situ pun sibuk la mengejar. Nasib baik la kambing no 2 tu x lari jauh, kalau x parah gak la pi tangkap balik. Ini la dia kambing no. 2 yg dapat melarikan diri tu. Lepas tu, pak ngah dok jaga kambing ni sebab takut lari skali lagi :-) Kambing no. 2 ni sama notti la macam tuannye si IKHWAN HADI ni hihihi...


Sudahnye selamat jugak la kambing no. 2 tu diaqiqahkan...


Ini la gambar2 masa program korban & aqiqah masa raya haji kali ni...




kak long & kak ngah sempat lagi main buaian



p/s: nak bagi tau ni...babah x berani nak pegang @ tengok kambing 2 ekor tu kena sembelih sebab takut dengan darah hahaha..tengok dari jauh je.

IKHWAN HADI'S 2ND BIRTHDAY

Ni entry tertunda akibat kemalasan terlampau ibuaries ye tuan2 & puan2. Dah naik bersawang blog ni. Sori la hadi ye, ibu update la blog hadi ni pelan2 ye. banyak cerita nak bagi tau kan :-)

So, we shall start dengan cerita 2nd birthday hadi ye sayang.

Macam yang dah di plan, 2nd birthday hadi ni simple je. x jemput sape2 pun kecuali family pak ngah. Pak ngah pun x dpt dtg sebab busy dengan bengkelnya. Atuk plak busy dengan aktiviti memancing & Paksu seperti biasa sibuk dgn aktiviti sosialnye di hujung2 minggu.

Macam yang dah di bagi tau dalam entry sebelum ni, kali ni kek birthday hadi ibu beli kat Baskin Robins. Ini la rupe kek hadi.


Ada 2 masalah utama dengan kek hadi ni. First, punye la cepat kek ni cair. Mana x nye, keknya separuh kek & separuh lagi aiskrim. Pastu dicover plak dengan aiskrim, bukannya krim. Secondnye, aiskrimnye punye la manis. X tahan nak makan banyak2. tapi yg pastinya kek coklatnye sedap, walau pun sejuk x la keras & kering.

Sebabkan kemalasan yang melanda ibu babah suggest menu ari tu KFC, mihun goreng & buah2an je. Itu pun parah nak menghabiskan :-)

Seronok ibu tengok hadi excited dengan birthday cake & x sabar2 nak tiup lilin birthday (walaupun semput2 nak tiup lilin...hahaha)






HAPPY 2ND BIRTHDAY IKHWAN HADI!

Ibu sentiasa doakan kesejahteraan hadi. Moga hadi menjadi insan yang berjaya dunia akhirat, tak lupa asal usul & menjadi anak yang soleh. Babah & ibu will always love u sayang.

Monday, November 8, 2010

PART1: TRIP TO DANGA BAY-SINGAPORE CITY-UNIVERSAL STUDIO


28-31 Okt ari tu, hadi, ibu & babah ada trip jejalan ke danga bay, singapore & universal studio singapore. bukan main suka lagi hadi sebab dah lama ibu & babah x bawa hadi pergi jalan2.

Sampai je kat danga bay, kita check in kat tune hotel.


masuk bilik je, mula la hadi buat QC. asyik dipetiknya suis lampu tu.


pastu pergi lunch kat plaza angsana. bila masuk plaza angsana ni nampak macam x berapa meriah sangat la. kedai2nye ok la, tapi lighting x berapa terang la. x tau la kot owner plaza angsana ni nak jimat letrik (kan elok kalau diupgradekan rupanye macam Shah Alam Mall, Sek 9 tu. Dah cantik sekarang ni) X ingat dah nama kedai makan ni. Tapi kira oklah sebab dah lapar kan. Telan aje lah.


Tengok la hadi tu, bukan main feeling minum jus apple:-))


malam tu bawak la hadi pergi theme park kat danga bay tu. sampai kat situ hadi pun macam blur je sebab pelik tengok macam2 mainan & lampu lip lap sana sini. pastu babah pun bawak la hadi naik macam2 mainan yang ada kat situ. memula hadi takut tapi lama2 dah x takut dah.

sayangnye ibu x dapat nak teman hadi naik mainan tu semua sebab keadaan ibu yang x mengizinkan :-)







BIRTHDAY CAKE HADI

patutnye bukan la payah sangat nak belikan kek untuk birthday hadi ni. tapi biasa la kan. ibu dia ni memang rambang mata bab kek ni. memula ingat nak tempah kek chunggington untuk hadi. tapi owner blog yang ibu berkenan tu, x ambik tempahan plak buat masa ni. jadi beralih la plak ke kek secret recipe. ada yang hiasan ABC & ada gak yang rupa kepala keretapi. tapi itula, tengok saiz & berat kek tu nampak macam besar sangat. takut x habis nanti, berhari2 dalam peti ais sampai naik kering kek tu.

Akhirnya ibu bagi tau babah, ibu nak beli kek aiskrim kat Baskin Robbins. ibu berkenan dengan kek yang 1/2 kek & 1/2 aiskrim ni. Sure cepat habisnye sebab x la muak sangat makan kek je. Memandangkan 13/11 hadi ada appointment dr koshi untuk umur 2 thn ni, pastu malam plak kak long & kak ngah ada show tadika Krista kat Carlton Hotel, jadi elokla celebrate birthday hadi yang kedua hari Ahad 14/11. So, x la kacau bilau dengan lain2 aktiviti.

Cuma nak decide dulu nak tempah kat Baskin Robbins Jusco Bukit Raja @ Shah Alam Mall, Seksyen 9. Yelah kalau celebrate kat Klang, elok la pilih Jusco. Kalau celebrate kat umah nenek hadi, elok kalau tempah kat Shah Alam Mall. Kesudahannya kena tanya dulu 'peserta' untuk 14/11 tu baru bleh decide.

Huhuhu...nyum nyum x sabar nak rasa kek aiskrim Baskin Robbins ni. Ni antara design yg ibu dah short list untuk kek 2nd birthday hadi. mahal gak la kek aiskrim ni. tapi x pe la setahun sekali je kan :-)





Friday, November 5, 2010

Magic show babah


Gini la gayanye kalau nak bagi hadi ni dok diam skit. Sementara nak tunggu makanan kat secret recipe, babah pun buat la magic show. Lawak gak la magic show babah tu. Bukan apa, magic show menipu hihihi... tapi yang pentingnya hadi terhibur kan :-)

Wednesday, November 3, 2010

hadi pun sibuk gak

last week ibu bawak nenek gi kedai perabut kat Sect 23 sebab nenek nak cari meja makan lapan kerusi. Meja makan nenek yang lama ada 6 kerusi je, x cukup untuk anak menantu duduk. dah tu plak, meja makan yang lama tu dah uzur sangat. Memandangkan nenek dapat duit kutu bulan lepas, so nenek pun berhajat la nak tukar meja makan tu.

Dok sibuk la atuk & nenek memilih & menawar harga meja makan kat katalog, si hadi pun sibuk gak la menengok & membelek wardrobe untuk budak2 yang ada gambar2 kartun tu.





Habis dibukanya wardrobe tu & duduk kat pintu wardrobe tu. hadi..hadi...macam2 perangai. Kalau ibu x bagi nanti merajuk & menangis plak. Suka hati la. Dah abis belek2 wardrobe, nampak plak meja tulis kat depan kedai perabut tu. Apa lagi ditest nya la.