Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, November 8, 2010

PART1: TRIP TO DANGA BAY-SINGAPORE CITY-UNIVERSAL STUDIO


28-31 Okt ari tu, hadi, ibu & babah ada trip jejalan ke danga bay, singapore & universal studio singapore. bukan main suka lagi hadi sebab dah lama ibu & babah x bawa hadi pergi jalan2.

Sampai je kat danga bay, kita check in kat tune hotel.


masuk bilik je, mula la hadi buat QC. asyik dipetiknya suis lampu tu.


pastu pergi lunch kat plaza angsana. bila masuk plaza angsana ni nampak macam x berapa meriah sangat la. kedai2nye ok la, tapi lighting x berapa terang la. x tau la kot owner plaza angsana ni nak jimat letrik (kan elok kalau diupgradekan rupanye macam Shah Alam Mall, Sek 9 tu. Dah cantik sekarang ni) X ingat dah nama kedai makan ni. Tapi kira oklah sebab dah lapar kan. Telan aje lah.


Tengok la hadi tu, bukan main feeling minum jus apple:-))


malam tu bawak la hadi pergi theme park kat danga bay tu. sampai kat situ hadi pun macam blur je sebab pelik tengok macam2 mainan & lampu lip lap sana sini. pastu babah pun bawak la hadi naik macam2 mainan yang ada kat situ. memula hadi takut tapi lama2 dah x takut dah.

sayangnye ibu x dapat nak teman hadi naik mainan tu semua sebab keadaan ibu yang x mengizinkan :-)







BIRTHDAY CAKE HADI

patutnye bukan la payah sangat nak belikan kek untuk birthday hadi ni. tapi biasa la kan. ibu dia ni memang rambang mata bab kek ni. memula ingat nak tempah kek chunggington untuk hadi. tapi owner blog yang ibu berkenan tu, x ambik tempahan plak buat masa ni. jadi beralih la plak ke kek secret recipe. ada yang hiasan ABC & ada gak yang rupa kepala keretapi. tapi itula, tengok saiz & berat kek tu nampak macam besar sangat. takut x habis nanti, berhari2 dalam peti ais sampai naik kering kek tu.

Akhirnya ibu bagi tau babah, ibu nak beli kek aiskrim kat Baskin Robbins. ibu berkenan dengan kek yang 1/2 kek & 1/2 aiskrim ni. Sure cepat habisnye sebab x la muak sangat makan kek je. Memandangkan 13/11 hadi ada appointment dr koshi untuk umur 2 thn ni, pastu malam plak kak long & kak ngah ada show tadika Krista kat Carlton Hotel, jadi elokla celebrate birthday hadi yang kedua hari Ahad 14/11. So, x la kacau bilau dengan lain2 aktiviti.

Cuma nak decide dulu nak tempah kat Baskin Robbins Jusco Bukit Raja @ Shah Alam Mall, Seksyen 9. Yelah kalau celebrate kat Klang, elok la pilih Jusco. Kalau celebrate kat umah nenek hadi, elok kalau tempah kat Shah Alam Mall. Kesudahannya kena tanya dulu 'peserta' untuk 14/11 tu baru bleh decide.

Huhuhu...nyum nyum x sabar nak rasa kek aiskrim Baskin Robbins ni. Ni antara design yg ibu dah short list untuk kek 2nd birthday hadi. mahal gak la kek aiskrim ni. tapi x pe la setahun sekali je kan :-)





Friday, November 5, 2010

Magic show babah


Gini la gayanye kalau nak bagi hadi ni dok diam skit. Sementara nak tunggu makanan kat secret recipe, babah pun buat la magic show. Lawak gak la magic show babah tu. Bukan apa, magic show menipu hihihi... tapi yang pentingnya hadi terhibur kan :-)

Wednesday, November 3, 2010

hadi pun sibuk gak

last week ibu bawak nenek gi kedai perabut kat Sect 23 sebab nenek nak cari meja makan lapan kerusi. Meja makan nenek yang lama ada 6 kerusi je, x cukup untuk anak menantu duduk. dah tu plak, meja makan yang lama tu dah uzur sangat. Memandangkan nenek dapat duit kutu bulan lepas, so nenek pun berhajat la nak tukar meja makan tu.

Dok sibuk la atuk & nenek memilih & menawar harga meja makan kat katalog, si hadi pun sibuk gak la menengok & membelek wardrobe untuk budak2 yang ada gambar2 kartun tu.





Habis dibukanya wardrobe tu & duduk kat pintu wardrobe tu. hadi..hadi...macam2 perangai. Kalau ibu x bagi nanti merajuk & menangis plak. Suka hati la. Dah abis belek2 wardrobe, nampak plak meja tulis kat depan kedai perabut tu. Apa lagi ditest nya la.