Tuesday, March 30, 2010

hadi & shades

aduhai.....mcm2 la perangai hadi sekarang ni. kekadang tu bleh buat ibu & babah senyum @ gelak sorang2. baru2 ni, kita pergi jusco bukit raja sebab babah nak beli kasut kat kedai BATA. sementara tunggu babah cari & test kasut, ibu & hadi pun menghiburkan hati la dengan shades (cermin mata) yang ada dekat dengan cashier BATA tu. tengok la ni...bukan main suka lagi bila dapat shades. tp hadi suka shades yg warna coklat je. yang hitam x suka, takut kot.




Saturday, March 27, 2010

hadi @ 16 months


skrg hadi dah pandai jalan. bila penat je mula la hadi duduk, x kira la atas lantai ke @ jalan raya. ikut suka dia. ibu & babah pun x larat nak kejar. laju je jalannye walaupun kengkang. itu la, dulu baby x nak kena bedung. bila ibu bedung, kejap lagi dah terjulur keluar kaki. x pun mula la bergerak kanan kiri. kalau jalan pun dah x nak dipimpin. nak jalan sendiri macam orang besar. bila x larat pandai plak buat muka kesian, mintak dukung :-)

hadi pun dah bleh makan nasi biasa. bila ibu masakkan lauk & suap hadi, hadi x bnerapa nak makan. tapi bila ibu tengah makan, hadi suka mengicak mintak makanan ibu. itu la pasal skrg kalau kat umah, ibu x masakkan dah lauk asing untuk hadi. hadi makan je la apa yg ibu & babah makan. tapi yang pedas & berempah x de la ibu bagi makan.

susu masih kuat minum. 1 bulan ada la dekat 8 kotak susu Enfagrow A+. bila beli kat pasaraya, cashier siap tegur byknye susu beli. tebalkan aje la muka. ada sekali tu beli 8 kotak sekaligus kat the store. org2 kat situ siap pandang lagi ibu yg bawa susu berkotak2 ni. satu kotak je lebih kurang RM37, kalau 8 kotak kira la sendiri berapa. x kisah la pasal duit. yg penting hadi sihat & pintar :-)

Monday, March 22, 2010

hot balloon fiesta putrajaya


akhirnya, tahun ni dapat gak pegi tengok hot air balloon fiesta kat putrajaya. tahun lepas x dapat pegi sebab hadi demam masa tu. kali ni atuk & nenek ikut kita pegi putrajaya. tapi kita pegi sebelah malam je. sebab sekarang cuaca panas sangat. takut hadi x tahan panas. pergi malam pun berbahang, sebab ramai sangat orang.

lagi pun pergi malam dapat tengok night glow & bunga api. memang best la, tapi hadi x berapa kisah pun. dia sibuk dok main kat tepi divider. puas la babah melayan. ibu & nenek seperti biasa jadi camerawoman la.

tahun depan insyaAllah kalau ada lagi, kita pergi belah siang plak. kalau ada peluang kita naik hot air ballon plak ye :-)






sebenarnya banyak lagi hot air balloon, macam2 bentuk. tapi x larat la ibu nak pusing keliling padang ambik gambar dengan keadaan orang yang sesak. gambar percikan bunga api, ibu x ambik. ibu rakam je & upload kat facebook :-)

Monday, March 15, 2010

kenduri kahwin

semalam kita pergi kenduri kahwin kawan babah. kenduri di masjid dekat rumah tok babah, Ampang. pergi sekejap je. lagipun cuaca panas sangat & orang pun ramai. hadi plak bukan boleh dok diam.

masuk keta je, ada la aktivitinye...bukannye nak dok diam2 kat babah. mesti nak berdiri atas peha babah.


pastu sampai kat kenduri, blum sempat ibu habis makan dah mula lembik2 kan badan nak turun & jalan2. kena la ibu makan sorang2 & join babah & hadi lepas makan.tengok la ni...




Friday, March 12, 2010

i-city...lagik

akhirnya kali ni dapat gi i-city skali lagi untuk ambik gambar dgn kamera. nenek pun ikut skali. 2 minggu lepas nak gi x jadi sebab org ramai sangat sampai jalan jem. ada sambutan chap goh meh rupanye masa tu. masa mula2 pegi dulu x la sebanyak ni lampu2nyer. sekarang macam lagi ada... lampu bentuk merak la, tanglung, angsa, pokok sakura etc








hadi bukan main suka lagi. yelah kali ni hadi dah boleh jalan, abis di rondanye kat kwsn pokok krismas yang kecik2 tu. kesian babah kena kejar hadi je :-)







sayangnye kali ni, kak long, kak ngah & haziq x dapat ikut sbb pak ngah kata nak gi pizza hut sebab lapar balik dari keja.

Thursday, March 11, 2010

hadi demam lagi


hadi demam plak... siap kena sawan tarik 3/03/2010 lepas. mcm nak gugur jantung ibu bila dapat call dr nenek kata yang hadi kena sawan tarik. kelam kabut ibu bertolak dari ofis kat putrajaya ke DEMC shah alam. nasib baik pak ngah ada kat bengkel. so, pak ngah la datang umah nenek, bawa hadi & nenek pegi DEMC.

sampai kat DEMC ibu tengok hadi dah terbaring kat atas katil DEMC sambil membebel. badan pun lencun sebab dibasahkan dengan air untuk sejukkan badan. sian baby ibu...lepas tu kena buat blood test plak. tp doktor kata darah ok. lega skit rasanya. cuma doktor kata tonsil hadi merah & bengkak. mungkin sebab tu la suhu badan hadi naik mendadak sampai kena sawan tarik. doktor kata selalunya bila kena sawan tarik, doktor akan tahan kat wad. tapi sebab bilik penuh, so doktor bagi ubat dan mintak supaya jaga hadi kat rumah je.

jadi, ibu pun ambik la cuti jaga hadi kat rumah. hadi ni biasa la demam pun macam x demam. tengok la ni...sibuk tengok tv & main kat grill





payah gak nak sejukkan badan hadi ni. sebab hadi tak mau duduk diam. berjalan & main je. terpaksa la ibu balut kepala dengan lampin basah. itu pun kejap je tahannye. bila dah rimas, hadi pun tanggalkan la lampin tu.

sampai hari sabtu 6/10/2010, demam hadi masih tak kebah lagi. suhu badan asyik naik turun je. ibu pun rasa tak larat dah nak berjaga je. lagipun hadi tak mau makan ubat. asyik muntahkan aje. macam mana nak sihat. jadi pagi sabtu, ibu ajak babah bawa hadi pergi DEMC jumpa dr. koshy. biar la hadi kena tahan wad pun takpe. asalkan ibu tau hadi sihat nanti. seperti yang dijangkakan, dr. koshy advise untuk admit hadi supaya bleh masuk ubat ikut IV. lepas tu kena la buat physio dan sedut kahak. hadi seperti biasa seronok je duduk kat DEMC. agaknya dia ingat bilik tu bilik hotel sebab siap ada tv dan bilik air lagi khas untuk dia. sabar je la.

jadi ibu dan babah gilir2 la cuti. hari ahad malam, demam hadi pun dah kebah. tapi batuk, selsema & kahak ada lagi. hari rabu (10/3/2010) doktor bagi hadi keluar wad. tapi hadi kena jugak makan ubat lebih kurang 5 jenis sebab batuk dan selsema tak baik sepenuhnya.

bila ibu tengok2 balik gambar hadi ni...mcm rupa kartun smurf la plak. bezanya hadi x la warna biru kan :-))) comel betul la anak ibu ni. geram!!! mcm nak gigit2 je si tembam ibu sorang ni. cepat baik ye sayang ...

Wednesday, March 3, 2010

"CUTEST BABY WITH CUTE MOM_by MaMa_Aqish"


Anak
Nama: IKHWAN HADI BIN SYED HAZNI
Nama Panggilan: Hadi
Umur: 1 tahun 4 bulan
Ibu
Nama: SITI ZUBAIDAH BINTI MOHAMAD
Nama Panggilan Ibu: Ibu / Siti
Umur: 30 tahun

Contest yang mama_aqish offer ni sangat la menarik hati para ibu :-)sebab byk sponsor yg offer hadiah untuk ibu & baby yg menang contest ni. lagipun bleh la ibu tumpang sekaki masuk contest ni dgn hadi :-)sesape yg berminat nak join bleh lawat blog mama_aqish kat http://damiaqish.blogspot.com/ ye

tima kasih la kat mama_aqish dan semua sponsor So Lovely Collection @ http://solovelycollection.blogspot.com/, LuvBabyfashion @ http://luvbabyfashion.blogspot.com/ dnurboutique @ http://dnurboutique.blogspot.com/, dnurjusmate5 @ http://nur-jusmate5.blogspot.com/ & addacutecloth @ http://addacutecloth.blogspot.com

ibu memang suka terjah blog mama_aqish ni, maklum la sekapal i.e. status ibu & isteri. mama_aqish ni rajin update info pasal pemakanan baby termasuk la resepi yg ibu boleh cuba masak untuk hadi. x la pening kepala ibu nak pikir apa la nak bagi hadi makan ni ye. maklum la ibu ni first time ada anak. mama_aqish pun ada inform / update pasal sale2 yg ada from time to time. jadi, bleh la gi beli barang2 ibu & hadi at discounted price kan. dan yang paling ibu suka & lain dr yg lain blog mama_aqish ni ada bg tutorial untuk setting layout blog & mcm2 lagi la pasal blog ni. amat la sesuai untuk ibu yg x brp nak pandai IT ni :-) sambil lawat blog mama_aqish ibu bleh gak lawat blog kawan2 lain kat blogroll mama_aqish tu.

jadi untuk contest ni ibu pertandingkan gambar kat atas tu. gambar ni diambil di KFC Setia Alam on 1st February 2010 yg lepas. tengok la hadi tu, bukan main suka lagi ambik gambar. ibu loves hadi tau! muaaaaggghhhhh

Monday, March 1, 2010

Hadi makin lasak...

Sekarang ni hadi dah pandai jalan. Kalau bawa gi mana2 kena pakaikan kasut sebab di tak nak didukung. Nak berjalan je. Ada masanye x nak dipimpin langsung. Sambil jalan, mulut pun membebel. Ntah apa yang dicakapnye pun ibu & babah tak faham. Sabar aje la. Ibu & babah geleng kepala aje la tengok perangai budak sorang ni. Mentang2 dah dapat kaki, tak mau duduk diam. Kalau diangkat nak dukung, mula la dia lembikkan badan & melawan tak nak didukung.

16/02/2010, ibu & babah bawa hadi gi DEMC sebab hadi batuk & selsema. Orang dah la ramai dengan muka memasing yg ketat je sebab tak sihat. Ibu, babah & hadi muka sihat je, senyum2 melayan hadi yg dah jalan merata2 kat area klinik DEMC tu. Mesti orang2 kat klinik tu tertanya2, siapa la yang sakit sebenarnya antara 3 beranak ni :-) Yelah org yang sakitnyer, sihat walafiat je berjalan ke hulu ke hilir. Gelak gelak sambil membebel. Puas la babah kejar hadi. Tapi ditepisnya tangan babah yang nak pimpin dia. Hadi…hadi..notti betul ye.