Wednesday, July 29, 2009

langkawi.....here we come


3-6 hb ogos, babah ada seminar kat langkawi. so, babah nak bw hadi & ibu sekali. x sabar rasanya ibu nak bw hadi ronda2 langkawi. kita gi naik cable car nanti ye.

ibu pun dah siapkan packing list. yelah takut ada barang2 yang tertinggal nanti. yang payah nye nak pastikan x bawa terlalu banyak barang & x de barang penting yang tertinggal. kali ni pegi langkawi x tinggal kat pekan kuah. so, kena la sewa kereta untuk gi pekan kuah shopping2.

sebenarnya risau gak nak gi langkawi. sebab sekarang ni tengah sibuk pasal selsema babi H1N1 tu. seminar yg babah nak pergi ni involve org2 asian & european. harap2 x de apa2 la. insyAllah....

Ya Allah! lindungi kami sekeluarga daripada penyakit yang berbahaya ini.

Monday, July 27, 2009

babah ke colmar tropical

24 - 26 hb Julai, babah ada bengkel kat colmar tropical. ibu & hadi tak ikut sebab keta x sempat servis & nak save duit gi langkawi nanti. lagipun kat colmar tu jauh ke dalam. takde tempat yang menarik & sesuai pun nak g jalan-jalan. jadual babah pun pack.

kesian kat babah. selalu rindu kat hadi. hadi pun malam2 bila tidur sempat bangun & cari babah dia. yelah selalu bila tidur ibu & babah tidur sebelah hadi. ni bila hadi bangun, tengok sebelah kiri ada bantal je.




kesian anak ibu...rindu kat babah ye. penat gak ibu jaga hadi yang makin lasak ni. teruk ibu kena buli dengan hadi :-) bleh kurus ibu macam ni. tapi masalahnya tak kurus2 pun :-)

bila babah balik, blum sempat masuk umah, hadi dah melonjak2 & membebel2. nak mintak babah dukung dia la tu. tapi babah terus gi mandi. apa lagi bila babah nak ambik hadi, hadi pun merajuk la. buat tak layan. pandai betul anak ibu ni. pandai merajuk ye!!! hadi...hadi...

happy 29th birthday babah!



22 Julai lepas, genap la babah hadi berusia 29 tahun. tak celebrate beria-ia pun. sebab nak save duit gi langkawi awal bulan depan. ibu belikan kek kat babah. tahun ni dpt la babah sambut dengan hadi. itu la hadiah ibu untuk babah tahun ni. ok la kan? susah tu nak dapat anak sebagai hadiah bday :-).

tengok la si hadi tu. tak sabar2 nak mencekup kek bday babahnya. sabar ye hadi. hadi tak boleh makan kek lagi. nanti 1st bday hadi, ibu & babah belikan kek special k.

Monday, July 13, 2009

hadi @ 8 months



wah...hadi dah 8 bulan. 4 bulan je lagi hadi dah nak masuk 1 tahun. excitednyer ibu. Banyak perkembangan hadi sekarang ni. Antaranya HADI:-
* bila ibu pegang hphone, hadi senyum2. ingat ibu nak ambik pics dia
* dah cekap merangkak
* dah pandai mencapai2 barang a.k.a mengemas
* dah pandai marah & mengamuk
* dah pandai geram & gigit orang
* pandai mintak dukung bila ibu @ babah @ nenek balik keja
* dah pandai duduk
* suka makan durian :-) x sampai hati plak tgk hadi terliur
dan yang paling penting....hadi dah tumbuh GIGI. ye! ye! ye! abis la lepas ni calar balar la ibu & babah kena gigit dgn hadi.

Wednesday, July 8, 2009

curiosity...

ada la satu hari tu, nenek dah angkat baju2 hadi yang dijemur & letakkan dalam bakul. Lepas balik keja, ibu ambik la bakul tu, nak lipat baju2 hadi tu. Nak dijadikan cerita, si hadi ni punye la curious nyer nak tengok apa ada dalam bakul tu. bakul tu plak warnanye merah. bulat la mata si hadi nengoknyer.

asyik2 ditariknya bakul tu dgn jari2 kecil lagi tembam tu. susah la ibu nak melipat baju. last-last ibu ambik hadi & letakkan dalam bakul tu. ingat kot hadi nak marah @ nangis. rupanye seronok plak dia kat dalam tu. siap main2 dengan baju2 tu.




hadi...hadi..macam2 perangai la.

Tuesday, July 7, 2009

hadi @ zoo negara



ahad lepas, hadi ikut ibu, babah & nenek gi kenduri kahwin di taman batu muda, batu caves. kak long & kak ngah pun ikut. dah lama betul ibu tak pergi zoo negara ni. rasanya last time pegi masa sekolah rendah. tiket masuk pun dah mahal skrg ni.

masa sampai zoo negara, hadi dah kepenatan sebenarnya. tapi ibu saja nak singgah, sebab lama x pergi. tapi masa kat zoo tak larat nak jalan kaki. jadi kita org semua naik tram je. tak lama pun kat zoo negara, dalam 1 jam je. lagipun hari macam nak hujan. hadi suka betul naik tram, siap nak pegang handle besi tram.


lepas minum susu, hadi bertenaga semula. bukan main suka lagi bila babah timang2 dia. sempat la jugak beli sepasang baju zoo negara kat hadi & fridge magnet. ibu nak kumpul fridge magnet sebab nak simpan kenangan tempat2 yang hadi pernah pergi.

lain kali, bila hadi dah boleh berjalan kita pegi zoo lagi ye sebab hadi bukan nak duduk dalam stroller. penat babah nak dukung hadi yang semangat ni tau.

hadi memandu???


hadi ni tiap kali naik kereta ini la kejanya. dia memang suka kalau tengok ibu memandu. suka sgt tengok stereng keta tu. siap berkerut kening & dahinya. jadi boleh kata setiap kali naik keta, kena la bagi peluang kat hadi ni pegang stereng. kekadang tu siap di tekannya hon.

tengok la tu. bukan main suka lagi bila dapat pegang stereng tu. ok la hadi...nanti dah besar ibu ajar bawa keta ye. tapi jgn bawa keta gi racing plak tau.