Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, January 27, 2012

Piknik di Sg. Congkak

Cuti Raya Cina yang lepas, Hadi, Hana & Cousin2nya mandi manda kat Sg. Congkak. Memula, Hadi ingat ibu & babah nak bawak mandi air terjun kat Gold Coast Resort Morib tu. Sampai2 tengok masuk hutan plak. Terus Hadi cakap x nak mandi dalam hutan. Dah mula la melompat2 dalam keta sebab x puas hati. Tapi agaknya sebab Kak Long, Kak Ngah & Haziq ada, Hadi pun ikut la join dia org main air. Bila dah seronok, mula la x mo kluar dari sungai tu. Sampai makan pun x ingat. Bila dah lama berendam baru la ingat lapar.

Layan la gambar Hadi, Hana & cousin2nye mandi manda..

Suka la dapat berendam sampai kecut

Babah melayan budak manja

Dalam hutan pun babah kena 'pau' beli pelampung. Padahal ada bawak pelampung untuk Hadi

Hana biasa la penakut air....sejukkkk

Dua budak botak. Dah macam ballerina plak sekali imbas

Paksu melayan si kembar

Tauke makanan

Kak Long & Kak Ngah sampai lebam2 bibir mandi air sungai

Amboi bukan main lagi posing ye Kak Ngah

Air sungai x berapa dalam, bukan main suka la bebudak berendam.

Hadi dah lapar la tu. Sambil makan sambil jengok orang dok berendam dalam sungai
Lepas balik tu beberapa hari la Hadi dok sibuk cakap nak pergi mandi sungai lagi. Ok la...kalau ada masa lain kali kita pergi la ye sayang :-)

Thursday, January 5, 2012

HADI DAH MASUK TADIKA

Posing dengan beg baru
Tahun ni hadi dah nak masuk 4 tahun. So, ibu & babah decide nak hantar pergi tadika. lagipun kalau duduk dengan nenek, nanti hadi gaduh dengan Haziq je kejanya. Pening plak kepala nenek nanti.

Jom pergi tadika
Cari punye cari, ibu & babah setuju nak antar Hadi ke CIC Presint 18, Putrajaya. Memang la jauh dari rumah, tapi dekat dengan ofis ibu, so kalau ada apa2 senang ibu nak pergi jenguk. Sebelum masuk tadika ada orientasi 3 hari. 1st day orientasi Hadi suka. Menonong je masuk tadika tu, siap tinggalkan ibu kat luar. Senang hati ibu bila tengok hadi macam tu. Tapi.......bila 2nd day orientasi dah mula melalak sampai la dah masuk tadika 2 hari pun masih menangis & meraung nak balik. Nasib baik cikgu cepat2 ambik Hadi & pujuk. So, boleh la ibu terus pergi kerja balik.

1st day orientasi bukan main suka dapat pergi tadika
Salah seorang cikgu tu kata Hadi ni garang & aktif a.k.a lasak. Sampaikan budak 5 tahun pun takut dengan Hadi. Cikgu siap bagi tau ibu, bila cikgu letak cucur yang dimasak dalam pinggan kat atas meja, Hadi terus pegang pinggan tu x bagi kawan2 lain makan. Hahaha..Hadi...Hadi dah biasa x berkongsi dengan orang kan?? Itu la sebabnya.

Tuesday, January 3, 2012

Sebelum mula tadika...

Sebelum mula tadika, sempena nak sambut ulangtahun perkahwinan ibu & babah ke-6 & tahun baru 2012, kita pergi bercuti pada 1-2 Januari, 2 hari 1 malam kat Gold Coast Resort Morib. Tak sangka plak kat Morib ni ada tempat yang menarik untuk bawa anak-anak bercuti.
Macam biasa la ibu ni dah x berapa nak celoteh panjang. Layankan gambar2 kat Morib ni ye. Oh ye, sebelum ke Gold Coast Resort Morib kita jalan2 kat pantai Morib yang berwajah baru dulu.

Arca baru kat Morib

Hadi dengan kipas Angry Bird nye

Gaya Hip Hop...Ceria sungguh

Hana Dibab tu muka cuak ke apa???

Dok kutip kacang tanah goreng


Muka excited

View dari bilik

Muka cuak baru lepas turun gelongsor air kat belakang tu

QC kat bilik air

Apsal plak buat muka camtu ;-)

Alaaaa Hana, nape pandang bawah plak?? Siap berkerut keningnya

Ni posing gaya apa plak Hadi

Pelampung Hana jadi mangsa Hadi. Babah plak jadi mangsa tukang sorong

Berehat japppp

Peluk babah kuat2 ye Hadi

Ok..landing time

Posing jap

Berenang la konon...Padahal telentang kat lantai pool tu hihihi
Hadi bila suka pergi satu2 tempat tu siap buat permintaan lain kali mintak ibu & babah bawak lagi pergi mandi air terjun a.k.a gelongsor air. Orait...