Saturday, October 31, 2009

12 Zulkaedah 1430H...



Ari ni genap la hadi 1 tahun ikut kalendar Islam. pejam celik...pejam celik, dah setahun si hadi ni. cepat betul masa berlalu. kali ni sambut birthday hadi tahun Islam sebab 10/11 jatuh hari isnin. susah la skit nak celebrate, jatuh ari kerja.

Sebab hadi baru 1 tahun & x faham apa2 pun lg, ibu & babah buat simple je. Beli kek, KFC, belon, topi party & buat sesi berenang2 di laman je :-) InsyaAllah tahun depan kita buat lagi meriah ye sayang!


Walau pun hadi dah masuk 1 tahun, tapi x pandai jalan lagi. mana x nya, badan kusss semangat. Campur plak dengan malas & manja, nampaknye merangkak je la si hadi buat masa ni.

Itu pun ibu x tau la macam mana lasaknye kalau boleh berjalan nanti. Sekarang pun dah cukup lasak. Siap makan kertas & getah ikat rambut lagi. macam2 la hadi ni.


Wednesday, October 28, 2009

sesi mandi manda di laman...



seperti yang dirancang, sesi mandi manda di laman dengan kak long, kak ngah & haziq pun jadi la. mak ngah & pak ngah hadi keja. jadi sepupu2 hadi pun lepak la kat umah kita sebab nenek pun ada nak tengokkan dia org.

bukan main suka lagi hadi & cousins mandi manda kat swimming pool baru. sampai kecut2 & berair hidung la dibuatnya. hadi mandi togel je. x pakai swimming trunk pun :-) lupa plak ibu nak bagi pakai. x pe la k. lain kali ibu pakaikan. kalau x kena la ibu censoredkan gambar hadi untuk blog. he..he..he..

Sunday, October 25, 2009

jom makan sate kajang


lepas hantar nenek gi kerja shif malam, hadi, ibu & babah gi kompleks pkns. sebab ibu terasa nak makan sate kajang hj samuri. tapi masa tu ada satay ayam & daging je. sate perut yang ibu suka tak de sebab dia orang tengah pindah kilang. jadi tak de la lain-lain jenis sate untuk sementara waktu.

hadi pun join la makan sate ayam. sate daging hadi tak makan sebab ibu takut hadi tak larat nak kunyah & tercekik plak nanti. cukup suka hadi makan sate ayam dengan nasi impit. nasib baik la hadi tak buat perangai, siap naik kaki atas kerusi & meja makan la. jadi boleh la ibu & babah makan dengan tenang sambil suapkan hadi :-)

Saturday, October 24, 2009

swimming pool


ari tu masa gi tesco, ibu & babah jumpa pool yang sesuai untuk hadi. harganye pun tak mahal. tapi problemnyer, ibu kena la tiup badan pool tu. kalau tak, tak boleh la nak tampung air. saja beli pool yang macam ni. sebab masa hadi mandi pool kak long & kak ngah dulu, hadi suka berpaut kat dinding pool. bila buat camtu, air pun mengalir la keluar.

jadi nak elakkannya, ibu pun beli la pool yang ala-ala pelampung tepinya. jadi boleh hadi berdiri sambil bersandar @ paut kat diding pool tu.

bukan main suka lagi hadi tengok ibu tiup pool. x sabar2 nak masuk & duduk kat dalam pool tu. okla, nanti esok kita ajak kak long, kak ngah & haziq mandi pool skali ok!

Tuesday, October 13, 2009

hadi @ 11 months



ye ye...bulan depan saya nak masuk 1 tahun. ye..ye..!!!

nampaknye, tinggal sebulan je lagi hadi dah nak masuk 1 tahun. sekarang ni hadi masih ada 7 batang gigi & x pandai berjalan lagi. tapi mulut becok bukan main & dah pandai nak bukak tutup kabinet dapur, oven nenek, kabinet tv, tarik kerusi meja makan. siap jengket kaki kat walker nak capai & bukak tutup bebarang tu. pantang lepa, ada de dibuatnyer. kalau main, abis satu kotak mainan ditaburnya. dah x bleh buat apa dah. ikut suka hadi la. asalkan hadi happy k :-)

p/s: kalau pecah la cermin oven nenek tu, alamat x dapat la ibu nak buat kek @ kuih raya lagi. nenek pun termenung je la tgk ovennya yg selamat dikejakan pintunyer dik hadi tu :-) sabar je la