Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, December 31, 2009

2nd trip to i-city


seperti dijanjikan, kita pergi jugak ke i-city for 2nd time. kali ni meriah skit kat situ sebab ni malam tahun baru. ada jualan & konsert untuk sambutan tahun baru malan ni. kita pergi dalam pukul 8 malam lepas hantar nenek naik bas pergi keja.


ibu & babah malas nak stay lama2 sebab orang makin ramai, lagipun hadi mengantuk plak nanti. sebenarnya ada pertunjukan bunga api, tapi ibu & babah x kuasa la nak tunggu sampai 12 malam kat situ dengan suasana sesak. hadi pun mesti x selesa dan mengantuk dah.

malam tu ibu belikan cekak mickey mouse & pedang saber yang berlampu. pelik hadi tengok mainan2 tu bekelip-kelip lampunya :-) ni le rupa hadi dengan mainan2 tu


comel betul si hadi dengan cekak mickey mouse & seluar polka dot. tapi ngape hadi masam je, ngantuk @ penat la tu :-)

Saturday, December 26, 2009

trip to i-City

tak la jauh pun i-city ni, kat seksyen 7 je. sekarang ni open untuk public sempena tahun baru & krismas. ada pertunjukan lampu LED & giant punya pokok krismas starting pukul 7 malam sampai 10 malam. jadi kita pun singgah la dengan babah, nenek, kak long, kak ngah & mak ngah.


kak long & kak ngah siap main salji buatan. tapi hadi x pergi tempat tu sebab takut habuk banyak. nanti batuk plak hadi.

suka betul hadi pergi i-city. pelik tengok banyak sangat lampu yang nampak macam salji berguguran. sayangnyer kali ni x bawa kamera, so gambar pun x berapa bagus la. lain kali kita datang lagi bawa kamera ye hadi!



Saturday, December 19, 2009

makan-makan di johnny's

ibu bawa nenek & atuk gi shopping kat jusco bukit raja. nenek kata nak cari purse baru. atuk pun tumpan g sekaki la bershopping. dapat la t shirt beberapa helai.


lepas shopping, singgah makan kat johnny's. nenek & atuk suka makan kat tempat ni. jadi ibu ajak le dia org makan kat sini. steamboat dia memang best especially sos nyer. hadi plak makan aiskrim vanilla, berkerut2 muka sebab sejuk.

nanti hadi dah besar, bleh la makan steamboat ni. sekarang ibu x berani bagi sebab takut plak kalau hadi allergic makan seafood.

Friday, December 18, 2009

ziarah tok babah...

2 minggu lepas, tok babah dah dtg ziarah hadi kat DEMC. so, ari ni babah, ibu & hadi pergi ziarah tok babah plak kat ampang. tok babah selalu telefon babah tanya pasal hadi. suka sangat dia kat hadi.

lepas ziarah tok babah, kita pun singgah la sunway pyramid. saja singgah jalan2. masa kat situ, dapat la hadi merasa naik kereta ni. siap buat bunyi2 lagi :-) hadi..hadi..




amboi bukan main suka si hadi. sampai nak berdiri kat dalam kereta tu. tapi sekejap je hadi duk kat dalam kereta tu. sebabnye susah nak turun naik sunway pyramid tu dengan kereta ni. tak pe la, lain kali kita datang lagi hadi ye.

sambil jalan2 sempat la bw hadi gi tengok tempat org main ice skating. muka macam pelik je si hadi. dok pikir kot apa benda la yg org2 tu buat ye :-)


late lunch plak kat chicken hartz. hadi siap muntah sebab x bleh makan whipped potatonyer. sebab whipped potatonyer yg segera punya. macam2 la hadi ni. bleh tau plak dia whipped potato tu yg tepung punye. ibu terpaksa gi beli t shirt utk hadi. bila ibu sampai balik kat chicken hartz...rupa2nyer hadi dah tido. so, tukarkan gak la baju & tidokan kat dlm stroller

yang sebenarnya...si hadi ni kepenatan. dari tengahari ke senja, x tido2. tapi disebabkan jalan2 punye pasal, sanggup tahan mata. tapi bila dah x tahan sangat, ini la kesudahannya.

Monday, December 14, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

kali ni ibu nak masuk Cutest Baby Smiling Contest kat MomBloggers Planet . ni kira pertandingan yg last skali untuk tahun ni. bagus la ada pertandingan camni. bleh la ibu2 ni tumpang glamer anak2 kan??? kah..kah..kah..

selain dari pertandingan ni, MomBloggers Planet ada mcm2 tips, artikel & dll. lagi yg bagus untuk ibu baca. maklum la pertama kali jadi ibu. tima kacih banyak2 MomBloggers Planet .

hadiah2 untuk pertandingan ni memang menarik sangat sumbangan photobook dan alicewonders jadi, ibu pun dengan jayanya cari la dalam fail2 kat komputer ni. Payah gak nak cari gambar hadi senyum dengan comelnyer. sebab ibu rasa memang semua gambar tu comel. rambang mata la nak pilih gambar yg comel skali. he..he..he..

cari punya cari....ini la hasilnyer...



nama: ikhwan hadi bin syed hazni
tarikh lahir: 10 November 2008 / 12 Zulhijjah 1430H

gambar ni diambil masa hadi kena tahan kat DEMC sebab batuk berkahak. tiap2 pagi & petang kena buat fisio. tapi seperti biasa la, hadi ni sakit pun macam tak sakit. tengok la tu siap bleh senyum lebar. maklum la beraya korban kat hospital.

bila HADI senyum,
ibu & babah hilang rasa penat bekerja;
bila HADI senyum,
ibu & babah x jadi nak marah;
bila HADI senyum,
ibu & babah tau yang HADI gembira berada di samping kami;
bila HADI senyum,
rasa nak gigit2 pipi HADI;
bila HADI senyum,
nampak semua gigi2 comel tu;
bila HADI senyum,
ibu & babah rasa bahagia;
bila HADI senyum,
ibu & babah tau yang kami dah buat yang terbaik untuk HADI

ibu & babah sayangkan hadi...muaaaghhhh :-)

Friday, December 11, 2009

hadi kulum duit 50 sen!!!!

nak di jadikan cerita...11/12/2009 selangor cuti sempena birthday sultan selangor. so, babah kena la keja. ibu & hadi tinggal kat umah la.

sejak dua menjak pandai berdiri ni memang bukan main buas & lasak lagi si hadi ni. dia pun berdiri la kat coffe table main handbag ibu kat situ.dah biasa tengok dia gigit2handbag ibu tu. jadi ibu biarkan je la, sambil tu ibu pun tengok la tv.

bila ibu tengok balik, ibu nampak hadi tengah main air liur dia yang banyak kat atas lantai kat pintu depan umah. ibu pun pelik la, ngape banyak sangat air liurnye. pastu nampak mulutnyer macam tembam semacam, macam ada benda kat dalam mulut. ibu pun masukkan la jari dalam mulut hadi. nak tengok kalau ada apa2 kat dalamnyer. rupa2nyer, ada duit 50sen!

ya Allah! terkejut besar ibu dibuatnyer. rasa macam nak gugur jantung ni. agaknya punggah punya punggah...dalam diam masa ibu tengah leka tengok tv, si hadi ni dah buka zip handbag ibu. ibu pun x tau la sejak bila plak dia pandai bukak zip ni.

ibu pun SMS la babah bagi tau. apa lagi, babah pun call la ibu. babah pun pelik camne hadi bleh bukak zip handbag ibu. hish...macam2 la hadi ni. lain kali jgn main lagi tau.

ini la saat2 awal hadi menggigit handbag ibu...bukan main lagi ye! abis la handbag ibu tu berbekas dengan gigi2 hadi


Saturday, December 5, 2009

ye..ye..hadi dah pandai berdiri


1st time hadi berdiri tanpa sokong on 2 Disember 2009, selepas keluar hospital. bukan main suka dia, siap suruh org tengok dia bila dia berdiri. macam2 la hadi. syukur alhamdullillah...langkah pertama hadi untuk belajar berjalan nampaknye. walaupun susah skit nak berdiri untuk tempoh masa lama sebab badannyer semangat.



lepas ni hadi kena belajar jalan pulak k. senang ibu & babah nak bawa hadi jalan2 tau. nanti ibu bleh belikan hadi kasut yang cute untuk hadi pakai.

doraemon...

ramai yang dah mengadu, semput nak dukung hadi ni. dah la tu, x nak duduk dalam stroller. bila letak dalam stroller, mula la senyap & muncung je mulut tu. apa lagi merajuk la si hadi ni. kekadang kesian plak tengok. itu la, hadi malas nak belajar jalan.

jadi untuk memudahkan nenek, atuk, ibu & babah bawa hadi jalan2 kat umah memasing, babah belikan basikal tolak doraemon untuk hadi. basikal ni boleh dikayuh plak bila hadi dah besar nanti. hadi pun suka naik basikal ni sebab ada lagu twinkle twinkle little star.



nenek pun bila ambik hadi kat rumah nenek normah guna basikal ni gak. nenek kata x larat nak dukung hadi lama sgt. jadi sekarang semua org dah senang & hadi pun suka hati.

1st bday present

ibu & babah decide untuk beli walker sebagai hadiah bday hadi sebab hadi x boleh jalan lagi. walker ni boleh ditukar jadi wagon bila hadi dah besar nanti. harap2nyer hadi rajin la nak belajar jalan dengan adanya walker ni :-)



suka betul hadi dapat hadiah baru. habis ditunggang terbaliknyer walker ni. x kisah la hadi nak buat apa. tapi kalau hadi pandai jaga barang2 mainan hadi, ibu & babah x kisah nak beli mainan yang berharga. nanti boleh simpan & kongsi dengan adik2 hadi akan dtg.

Friday, December 4, 2009

online shopping


ini la gap sleepwear yang ibu belikan online untuk hadi. ibu & babah suka la baju ni. comel la hadi pakai. nanti ibu beli lagi, tapi babah bayar ye. ok ke mcm tu :-) tq, babah.

hadi admitted ke DEMC lagik....

buat kali kedua, hadi di admitted ke DEMC lagi sebab penyakit yang sama. alahai...kesiannya anak ibu. tapi kali ni x seserius dulu, sebab hadi x sampai tahap demam lagi & masih ada selera makan & minum. jadi x payah la kena masuk air. kali ni hadi kena tahan wad dari 25/11/2009 sampai la 30/11/2009.
nampaknya beraya korban di hospital la tahun ni. nasib baik raya korban, kalau raya puasa mau ibu meraung. mana taknye, kesian kat nenek sorang2 buat persiapan. ini la gambar hadi beraya di hospital. suka plak dia....sudah2 la hadi. x larat ibu & babah duk hospital. bak kata babah bukan mati kutu dah, kutu kat kepala pun bleh mati..




sepanjang kat hospital ramai gak yang melawat hadi antaranya:-

a) atuk & makcik (abah);
b) pak long sekeluarga;
c) aunty ernie & mak;
d) paksu;
e) nenek; dan
f) mak ngah & haqiq.

dan inilah pelawat setia hadi tiap kali masuk wad, kak long & kak ngah :-)