Monday, June 29, 2009

alahai...sabar je la


semalam (28/6/2009), ibu & babah & hadi pegi umah kita kat klang. babah nak settlekan kerja-kerja mengecat umah. nak dijadikan cerita, pak ngah & mak ngah pun nak mengecat umah dia org. jadi ibu kena la tolong jagakan kak long, kak ngah & haziq skali. lagi pun nenek keja pagi.

ya Allah...penatnyer x tau nak kata camne. ibu rasa lagi senang jaga hadi & haziq. lasak betul kak long & kak ngah sampai patah kaki sofa baru. apa lagi marah betul la babah hadi. ibu dah x kuasa nak kata apa. dah x larat terjerit pekik melayan kakak yg dua orang tu. bleh kena darah tinggi cam ni la.

babah siap kata dia bleh dengar suara ibu dari tingkat atas & mesti jiran-jiran pun bleh dengar suara 'merdu' ibu. abah kata lagi yg ibu dah macam org kena histeria :-) kah..kah..kah..nasib baik la hadi x buat perangai. baik betul anak ibu ni, pandai bawak diri.

hadi & atuk


ini la hadi & atuk (sebelah ibu). petang2 atuk selalu bawa hadi jalan2. hadi pun dah pandai, kalau nampak atuknye lalu dia pun mula pandang2 & senyum2 nak mintak atuk dukung & bawa dia jalan2.

tengok la tu bukan main suka hadi bergambar & dilayan atuknyer...

Sunday, June 28, 2009

shopping...shopping..

sabtu lepas (27/6/2009), ibu & babah & hadi gi nilai. shopping barang untuk umah baru. sambil-sambil tu sempat la beli baju raya sedondon utk ibu, babah & hadi. teman tahun ni warna purple. ni la first time ibu & babah beraya bertiga dengan hadi. sure excited punye la nak belikan hadi baju2 yang comel & cantik2.

kat nilai ni tempat makan terhad skit. food court nyer plak x sessuai...panas & x berapa memikat selera la. so, nak x nak makan la kat marrybrown, textile walk. walaupun makanannya x la sedap sgt. hadi seperti biasa, bila org nak makan, dia pun nak makan skali. so, ibu dah siap2 bawa bubur nasi dengan carrot untuk hadi.

bukan main si hadi dapat duduk kat baby chair. kalau x silap ibu baby chair ni ada jual kat ikea. nanti kita mintak babah belikan ye. nanti bleh hadi makan sama2 dengan ibu & abah kat meja makan umah kita.

sempat juga la hadi main buai dengan babah kat marrybrown tu. tengok la perut si hadi tu. ni kes x bleh duduk diam la. susah betul nak ambik gambar si hadi ni. aktif sesangat. x pe la, itu maknanyer baby ibu & babah ni cukup sihat la kan.

malamnyer...ada la dua beranak yg tertidur sebab kepenatan :-)

Wednesday, June 10, 2009

hadi @ 7 months


ari ni hadi dah 7 bulan. badan pun dah makin semangat. sebab ari2 ibu masakan bubur nasi campur carrot @ kentang @ brokoli dengan isi ayam @ ikan bilis. seronok tengok hadi makan. hadi x suka sangat makan nestum. dah beberapa jenis ibu belikan, tapi hadi x makan sgt. jadi ibu buatkan bubur nasi. nasib baik la hadi suka.

sebab tu la mcm mana penat @ ngantuk pun, pagi2 ibu kena bangun gak masakkan bubur nasi untuk hadi. bubur tu ibu masukkan dalam thermos. jadi bila hadi nak makan x la sejuk buburnya.

kadang2 hadi makan gak biskut farley. hadi suka makan biskut macam org besar. pecahkan kecik2 pastu suap kat mulut. kalau cairkan dengan air, hadi makan main2. sabtu ni (13/6/2009) hadi ada appointment dengan dr. koshy. ibu & babah x sabar nak tau berapa berat hadi sekarang. 3 minggu lepas berat hadi 8kg.

Tuesday, June 9, 2009

hadi dah mula 'mengemas'



haa...hadi buat apa tu? sejak dua menjak ni dah pandai mencapai barang2 ye. mula la nak mengemas tu. abis la barang2 nenek. dah ada orang yang pandai 'mengemas' ye. nampaknya kat umah kita nanti, ibu & babah x bleh la nak letak mcm2 hiasan. jawabnye...bersepah la umah nanti :-)

Monday, June 8, 2009

hadi bersosial

wah..wah..wah..sekarang hadi ni dah pandai nak berkawan. bukan main suka lagi kalau kak long & kak ngah ada. main sampai x ingat kat ibu & babah ye. kat umah nenek normah pun hadi kuat main dengan abg irfan & kak ina ye. tu pasal la bila petang je ngantuk, tido sampai malam. kekadang tu sampai x sempat tengok babah balik keja pun. sebab penat & ngantuk, siang2 kuat berjaga.

kalau ibu nyanyi lagu 'lompat si katak lompat' bukan main suka gelak lagi ye. nanti ibu cari lagi lagu2 untuk nyanyi kat hadi ye...hadi dah pandai cakap nanti, kita nyanyi sama2 dengan babah k..

Wednesday, June 3, 2009

new hairdo

31/05/2009, first time hadi potong rambut kat kedai. ibu rimas tengok rambut hadi yang dah panjang. lagi2 kalau hadi tengah berpeluh. hadi potong rambut guna mesin kat kedai gunting rambut Hassim, kompleks PKNS.

memula tu tersenyum tersengih la hadi tengok muka dia kat cermin. pastu bila start je mesin tu berbunyi, mula la buat muka & menangis. terpaksa la pujuk. menangis x henti la sampai abis potong rambut. tapi x lama pun potong rambut sebab pakai mesin & rambut hadi pun x lebat sangat. upah potong pun RM4 je.

hadi pun dah pandai mintak makan bila tengok orang lain makan. pas tu pandai punggah & tarik barang2. lasak sungguh anak ibu.

ni ler gambar2 hadi tgh makan biskut farley.


Monday, June 1, 2009

bath time



hadi memang suka main air. dah x muat sgt mandi dalam bath tub. leceh skit nak mandikan dia sekarang sebab makin lasak. babah pun dah pandai mandikan hadi sekarang. jadi selalunya kalau babah ada kat umah, babah la mandikan hadi. kesian babah, mengah2 mandikan si tembam ni.