Monday, August 24, 2009

belon..belon..



semalam, hadi ikut ibu, babah, nenek & atuk berbuka kat umah pak ngah hadi. dekat je umahnyer dengan umah kita. kebetulan kat bilik kak long & kak ngah ada banyak belon kat atas katilnye. ibu pun letak la hadi kat atas katil tu.

amboi...bukan main suka hadi main belon kat situ. siap gelak ketawa mengilai-ngilai. kelakar ibu & babah tengok hadi main. dah x peduli org sekeliling dah. abis satu rumah bleh dengar suara hadi.

ala comel nyer anak ibu & babah


ini le rupanye si hadi bila tido lepas penat bermain. comel nyer...geram ibu tengok. cuba le tengok jari2nyer yang tembam dan kakinya yang debab. siap bersilang kaki lagi. rasa cam nak gigit je kakinya :-)

Tuesday, August 11, 2009

holiday in awana porto malai, langkawi

seronok jugak pegi langkawi. Ini la first time hadi naik aeroplane.


cuma masalah masa je la. sebab babah ada seminar, so kena curi-curi masa nak jalan-jalan. sempat la jugak hadi gi dataran lang, naik cable car, jalan-jalan pekan kuah & underwater world. masa kat langkawi, kita stay kat awana porto malai langkawi. disebabkan hotel ni amatla jauh ke dalam, babah pun sewa la keta supaya senang nak ke mana-mana. nasib baik la keta ni auto & senang nak dibawa.

ibu pun dapat la bershopping sakan pinggan mangkuk kat pekan kuah, nasib la nenek x dapat ikut. sampai overweight la & kena bawa naik kapal terbang. ini la pics hadi sepanjang di langkawi.

UNDERWATER WORLD
DATARAN LANG
CABLE CAR

kat hotel sempat la hadi pakai bathrobe yang ibu beli online. comel tak hadi? :-)

ada satu cerita x boleh lupa masa nak balik. flight pukul 9.20 malam. pukul 7 hadi, ibu & babah dah sampai airport. tapi kita gi lepak2 & makan kat kenny rogers. sebab malas nak check in awal & nak mandikan hadi dulu. lagipun nanti kena duduk lama kat balai berlepas.

leka makan kat kenny rogers, tengok2 jam dah 10 minit nak masuk pukul 9 malam. apa lagi, gerak la gi kaunter check in dengan selamba & relaksnye. bila sampai kat kaunter, staf kaunter tu kata yang check in dah tutup dah. dia kata sepatutnya 1 jam sebelum flight dah kena check in. he..he..he..apa lagi kena la staf kaunter tu call org2 yang angkat2 luggage tu standby untuk angkat luggage kita yang berlambak ni. nasib baik la x terlepas flight. dah la ibu & babah kena keja esok. haru betul...next time jangan la kita buat camni lagi ye babah :-)

Monday, August 10, 2009

hadi @ 9 months


hmmm...rasanye baru je tulis pasal hadi masuk umur 8 bulan. hari ni, hadi dah 9 bulan. sekarang hadi ni makin aktif @ ibu patut kata hyperaktif. merangkak ke sana sini, x mau dipegang. dah pandai jelir2 lidah, pandai nak berdiri kat grill umah. apa yang orang lain makan semua hadi nak makan. yang paling penting, hadi dah pandai mengamuk. itu la babah manjakan sangat :-)

gigi hadi pun dah banyak yang tumbuh. sekarang ni hadi ada 2 gigi sebelah bawah dan empat gigi sebelah atas. itu yang suka mengigit tu.

macam x percaya je, 3 bulan lagi hadi dah nak masuk 1 tahun. hmmm...apa yang ibu nak buat untuk 1st birthday hadi ye. nak bawa jalan2 @ buat parti kat mcDonald, sekarang ni tengah 'panas' pasal H1N1. kalau bleh x nak la bawa hadi keluar sgt ke tempat2 public ni.

x pe la, nanti ibu cuba fikirkan apa yang sesuai k. mungkin birthday party kat umah baru kita la.

Saturday, August 1, 2009

jalan-jalan di tasik shah alam

disebabkan rambut hadi & haziq dah panjang, so ibu & babah bawa la dia org gi potong rambut. mak ngah, nenek, kak long & kak ngah pun ikut skali. macam upin & ipin la hadi & haziq lepas potong rambut.


selesai potong rambut, singgah jap kat taman tasik shah alam. ramai betul orang hujung2 minggu ni. walau pun masa tu dah nak dekat pukul 7 malam. x sempat hadi nak tengok ikan2 dalam akuarium kat kedai ikan tasik shah alam tu. x pe la, lain kali kita pegi ye hadi...