Monday, June 21, 2010

1st time mandi sungai

semalam ada kenduri kawin kat Dusun Tua, Hulu Langat. Umah kawan kat UiTM dulu. Adik lelakinye kawin. Cuaca kat sana sangat la panas. Hadi siap mandi peluh & muka merah padam macam udang kena bakar. Macam2 lauk pauk ada. Sampai x larat nak makan. Selesai je makan, duduk & borak2 jap dengan kawan2 lama. Lepas tu pergi la sg. congkak. Asalnye nak gi sg gabai, tapi dah terlepas simpang malas nak patah balik. jadi terus je la ke sg. congkak. Bukan la nak mandi sangat pun. Saja nak bawa hadi & nenek jalan2.

x dalam pun air sg congkak. air pun agak keruh skit, mungkin sebab orang ramai, ataupun malam tadi ujan kat sini. Orang pun boleh tahan la ramai. Mungkin sebab musim panas. Jadi ramai la yang bawa anak2 berendam. Hadi masa mula2 dicecahkan kaki ke dalam air sungai, punya la takut. Nak kata sejuk, x la sejuk sangat airnye. Marah betul dia, siap berpaut kat babah, x nak turun dalam air.


Tapi lama-lama mula la dia suka. siap main air & berendam sekejap sampai kecut. Bila dah seronok, mula la x nak balik.


Saturday, June 12, 2010

lepak tepi tasik

lepas babah jumpa kawan dia, kita gi makan kat nando's SACC. masuk keta je, hadi pun mula la ngantuk & sempat tidur. ibu pun gerak la gi kedai bagus. sebab cadang nak buat kek oreo untuk fathers' day esok.


lepas tu terus gi tasik shah alam & lepak jap dalam kereta sementara tunggu hadi bangun. sukanye hadi pergi tasik sebab dapat jalan2. hadi x dapat main buai pun sebab x de buai cawat kat situ. gelongsor pun hadi x nak main. sebab tinggi sangat. sudahnye hadi jalan2 aje la & main apatah yg berpaut kat pemegang besi yang bleh bergerak tu. kesian babah penat dukung hadi main tu. hadi plak bukan main suka bila dapat bergerak main mainan tu. terkekek2 gelak

Aksi staff baru..x bergaji


ni la aksi hadi sementara tunggu babah jumpa kawan dia. masa ni kat pasaraya sri kota, kompleks pkns. ini j ecaranya nak bagi hadi duk diam kat satu tempat. dah penat ibu mengejar hadi, jadi biar la dok menyusun kejap :-)))

abis huru hara dibuatnye solivite, vitagen & calciyum kat situ. muka serius je susun, siap tepuk tangan bila rasa macam dah settle susun elok2. hadi...hadi

Tuesday, June 8, 2010

HADI & LAPTOP BABAH

Sekarang ni hadi dah pandai mintak nak guna laptop babah. Bukan pandai guna pun, ibu @ babah la jadi mangsa dia. Hadi sekarang suka tengok youtube especially lagu kanak2 la. lagu 123, ABC, i like to move it (madagascar), dibo & teletubbies.


Memang selalu la ibu kena berebut nak guna laptop babah ni. Pastu hadi bukan nak duduk kat kerusi sendiri, mesti nak duduk kat peha ibu @ babah sambil tengok youtube. lama2 bleh kebas la dibuatnye.

Jadi kalau ibu & babah nak guna laptop tanpa gangguan hadi kena la sorok2 @ tunggu hadi tidur dulu. Tapi sebenarnya bagus jugak hadi tengok youtube tu. Yelah lama2 tengok & dengar lagu ABC dan 123, mana tau hadi bleh paham & sebut plak kan. Tapi kalau hari2 dengar lagu yang sama, ibu & babah naik bosan la plak. Yelah dengar lagu kanak2. hihihi

Thursday, June 3, 2010

http://talk2me-ibuaries.blogspot.com/

sesape yang baca blog ni bleh la singgah blog aku yang lagi satu ye... http://talk2me-ibuaries.blogspot.com/ blog yg baru ni lebih citer pasal aku ler. blog skrg ni citer pasal my one & only (buat masa ni la) tembammmmm, ikhwan hadi. sudi2 sudikan la ye :-)