Thursday, August 25, 2011

Hadi & Aiskrim

Lepas berbuka pergi Tesco Setia Alam. Niatnye nak cari lampin pakai buang untuk Hana. tapi saiznye dah abis stock. So, dapat beli sikit2 barang dapur & rumah aje la.

Seperti biasa, barang2 makanan Hadi memang x bleh x beli punye. Macam2 diambiknyer. kali ni beli lagi aiskrim Fruitare yang siap packing 3 batang dalam kotak. Ingatkan bila balik nanti nak terus masuk peti ais. Biar hadi makan hujung minggu waktu petang.

Tapi seperti biasa la hadi ni. Ingatan dia kuat. Sampai je rumah, babah keluarkan hadi dari kereta. Dari dalam kereta, ibu nampak Hadi terus menuju ke muka pintu rumah & duduk kat situ. Masa tu ibu x tau lagi nape hadi gi duduk kat muka pintu tu. ibu pun tanya la babah masa babah nak ambik hana plak. Babah kata hadi dah bebel & tunggu nak makan aiskrim.

10 malam: Tengah khusyuk makan aiskrim laici Fruitare
Sabar aje la....ibu ingatkan hadi dah x ingat kita ada beli aiskrim. Rupa2nya dia ingat. Memang ibu ajar hadi, kalau nak makan aiskrim x boleh makan kat dalam rumah. Kena duduk kat muka pintu depan. Bertuah betul anak ibu sorang ni.

0 comments: