Tuesday, September 18, 2012

HADI @ KIDSZANIA

Cuti panjang sempena raya, ibu & babah bawa Hadi & Hana pergi Kidszania. Dah lama Hadi ajak pergi sejak ikut trip sekolah ari tu. Sebab time cuti sekolah, so nak masuk Kidszania ni ada 2 sesi. Sesi pagi & petang. Sesi pagi dah penuh, jadi kita beli tiket sesi petang. Sementara nak tunggu sesi petang tu, kita pergi tengok wayang dulu kat e-Curve. Tengok cerita Sammy 2.

Sempat la Hadi bergambar dulu dengan kartun kegemaran no.1 Hadi....



Thomas  la sape lagi....

Ok nak naik Thomas plak
Sebelum tu kat luar sempat la bergambar dengan bas mini kat stesen minyak olok2...
Hadi nak masuk dalam bas tu. Tapi sayangnya bas berkunci plak.
Habis tengok wayang...check in kat Kidszania plak

Check in kat Kaunter Air Asia..dapat cheque 50 kidszo

Cash kan cheque kat CIMB

Tengok la tu...bukan bleh suruh menunggu skit. Ni masa queue nak jadi ahli bomba

Ok..pakai baju bomba dulu

Dengar briefing dulu..Tapi sempat pandang2 ibu kat luar.
Ok...fire engine nak bergerak ke tempat kejadian. Hadi dah naik fire engine kat belakang

Hotel tengah terbakar...
Hadi bertungkus lumus padamkan api...Helmet dah hampir nak terlucut hihihi

Ok dah abis kerja..balik ke balai semula

Dah buka baju bomba, beratur plak ambik gaji.


Yeahhhh dah dapat gaji
Lepas pergi kerja kat TNB plak...Hadi yang paling kecik, nasib baik la abang2 kat situ baik.

Tengok video tentang macam mana elektrik terbentuk..Ntah faham ke tidak si Hadi tu :-) 

Dah pakai helmet, bersedia nak pergi bertugas

Disebabkan tak larat disuruh pegang toolbox, abang kat TNB olok2 tu bagi Hadi pegang lampu ni

Budak2 dok tengok camne orang TNB bertugas betulkan lampu yang rosak

Hadi dapat la merasa panjat tangga skit.
Habis kerja ni pun, dapat gaji jugak. Last kerja yang hadi belajar buat, isi minyak kereta.

Dengar briefing dulu...Ala keciknye anak ibu

Ok..tengah isi minyak kereta

Close up skit...
Ok...dengan bayaran masuk RM55, Hadi buat tiga kerja je. Huh x berbaloi ibu rasa. Ibu suruh Hadi jadi doktor, polis, kerja kilang oreo etc etc..tapi Hadi kata malas la nak kerja ibu. Abis camne nak dapat gaji. Kalau x de gaji, camne nak beli mainan sayang oiiiii.

Sudahnye main kat tempat budak2 bawah 4 tahun dengan Hana


Cukup..cukup sudah...cukup sampai di sini saja...

Oh baby baby..jangan kau marah, sebab ku tolak

Keretapi memang x boleh dipisahkan dengan Hadi

0 comments: