Monday, July 27, 2009

babah ke colmar tropical

24 - 26 hb Julai, babah ada bengkel kat colmar tropical. ibu & hadi tak ikut sebab keta x sempat servis & nak save duit gi langkawi nanti. lagipun kat colmar tu jauh ke dalam. takde tempat yang menarik & sesuai pun nak g jalan-jalan. jadual babah pun pack.

kesian kat babah. selalu rindu kat hadi. hadi pun malam2 bila tidur sempat bangun & cari babah dia. yelah selalu bila tidur ibu & babah tidur sebelah hadi. ni bila hadi bangun, tengok sebelah kiri ada bantal je.




kesian anak ibu...rindu kat babah ye. penat gak ibu jaga hadi yang makin lasak ni. teruk ibu kena buli dengan hadi :-) bleh kurus ibu macam ni. tapi masalahnya tak kurus2 pun :-)

bila babah balik, blum sempat masuk umah, hadi dah melonjak2 & membebel2. nak mintak babah dukung dia la tu. tapi babah terus gi mandi. apa lagi bila babah nak ambik hadi, hadi pun merajuk la. buat tak layan. pandai betul anak ibu ni. pandai merajuk ye!!! hadi...hadi...

0 comments: