Tuesday, July 7, 2009

hadi @ zoo negara



ahad lepas, hadi ikut ibu, babah & nenek gi kenduri kahwin di taman batu muda, batu caves. kak long & kak ngah pun ikut. dah lama betul ibu tak pergi zoo negara ni. rasanya last time pegi masa sekolah rendah. tiket masuk pun dah mahal skrg ni.

masa sampai zoo negara, hadi dah kepenatan sebenarnya. tapi ibu saja nak singgah, sebab lama x pergi. tapi masa kat zoo tak larat nak jalan kaki. jadi kita org semua naik tram je. tak lama pun kat zoo negara, dalam 1 jam je. lagipun hari macam nak hujan. hadi suka betul naik tram, siap nak pegang handle besi tram.


lepas minum susu, hadi bertenaga semula. bukan main suka lagi bila babah timang2 dia. sempat la jugak beli sepasang baju zoo negara kat hadi & fridge magnet. ibu nak kumpul fridge magnet sebab nak simpan kenangan tempat2 yang hadi pernah pergi.

lain kali, bila hadi dah boleh berjalan kita pegi zoo lagi ye sebab hadi bukan nak duduk dalam stroller. penat babah nak dukung hadi yang semangat ni tau.

1 comments:

mamazana said...

salam.... hi siti!!! mestila kenal ko lg. x sangka kita leh berjumpa kat alam cyber kan. keep in touch ya!!!

anak br sorang ye...??