Monday, August 10, 2009

hadi @ 9 months


hmmm...rasanye baru je tulis pasal hadi masuk umur 8 bulan. hari ni, hadi dah 9 bulan. sekarang hadi ni makin aktif @ ibu patut kata hyperaktif. merangkak ke sana sini, x mau dipegang. dah pandai jelir2 lidah, pandai nak berdiri kat grill umah. apa yang orang lain makan semua hadi nak makan. yang paling penting, hadi dah pandai mengamuk. itu la babah manjakan sangat :-)

gigi hadi pun dah banyak yang tumbuh. sekarang ni hadi ada 2 gigi sebelah bawah dan empat gigi sebelah atas. itu yang suka mengigit tu.

macam x percaya je, 3 bulan lagi hadi dah nak masuk 1 tahun. hmmm...apa yang ibu nak buat untuk 1st birthday hadi ye. nak bawa jalan2 @ buat parti kat mcDonald, sekarang ni tengah 'panas' pasal H1N1. kalau bleh x nak la bawa hadi keluar sgt ke tempat2 public ni.

x pe la, nanti ibu cuba fikirkan apa yang sesuai k. mungkin birthday party kat umah baru kita la.

0 comments: