Tuesday, August 11, 2009

holiday in awana porto malai, langkawi

seronok jugak pegi langkawi. Ini la first time hadi naik aeroplane.


cuma masalah masa je la. sebab babah ada seminar, so kena curi-curi masa nak jalan-jalan. sempat la jugak hadi gi dataran lang, naik cable car, jalan-jalan pekan kuah & underwater world. masa kat langkawi, kita stay kat awana porto malai langkawi. disebabkan hotel ni amatla jauh ke dalam, babah pun sewa la keta supaya senang nak ke mana-mana. nasib baik la keta ni auto & senang nak dibawa.

ibu pun dapat la bershopping sakan pinggan mangkuk kat pekan kuah, nasib la nenek x dapat ikut. sampai overweight la & kena bawa naik kapal terbang. ini la pics hadi sepanjang di langkawi.

UNDERWATER WORLD
DATARAN LANG
CABLE CAR

kat hotel sempat la hadi pakai bathrobe yang ibu beli online. comel tak hadi? :-)

ada satu cerita x boleh lupa masa nak balik. flight pukul 9.20 malam. pukul 7 hadi, ibu & babah dah sampai airport. tapi kita gi lepak2 & makan kat kenny rogers. sebab malas nak check in awal & nak mandikan hadi dulu. lagipun nanti kena duduk lama kat balai berlepas.

leka makan kat kenny rogers, tengok2 jam dah 10 minit nak masuk pukul 9 malam. apa lagi, gerak la gi kaunter check in dengan selamba & relaksnye. bila sampai kat kaunter, staf kaunter tu kata yang check in dah tutup dah. dia kata sepatutnya 1 jam sebelum flight dah kena check in. he..he..he..apa lagi kena la staf kaunter tu call org2 yang angkat2 luggage tu standby untuk angkat luggage kita yang berlambak ni. nasib baik la x terlepas flight. dah la ibu & babah kena keja esok. haru betul...next time jangan la kita buat camni lagi ye babah :-)

0 comments: