Monday, June 21, 2010

1st time mandi sungai

semalam ada kenduri kawin kat Dusun Tua, Hulu Langat. Umah kawan kat UiTM dulu. Adik lelakinye kawin. Cuaca kat sana sangat la panas. Hadi siap mandi peluh & muka merah padam macam udang kena bakar. Macam2 lauk pauk ada. Sampai x larat nak makan. Selesai je makan, duduk & borak2 jap dengan kawan2 lama. Lepas tu pergi la sg. congkak. Asalnye nak gi sg gabai, tapi dah terlepas simpang malas nak patah balik. jadi terus je la ke sg. congkak. Bukan la nak mandi sangat pun. Saja nak bawa hadi & nenek jalan2.

x dalam pun air sg congkak. air pun agak keruh skit, mungkin sebab orang ramai, ataupun malam tadi ujan kat sini. Orang pun boleh tahan la ramai. Mungkin sebab musim panas. Jadi ramai la yang bawa anak2 berendam. Hadi masa mula2 dicecahkan kaki ke dalam air sungai, punya la takut. Nak kata sejuk, x la sejuk sangat airnye. Marah betul dia, siap berpaut kat babah, x nak turun dalam air.


Tapi lama-lama mula la dia suka. siap main air & berendam sekejap sampai kecut. Bila dah seronok, mula la x nak balik.


0 comments: