Monday, March 30, 2009

ahad yang santai

semalam plak ibu, abah, hadi & nenek gi pasar tani kat stadium shah alam. pukul 9 lebih baru nak pegi, apa lagi panas bukan main la masa tu.

saja je pergi, nak sarapan kat situ & jamu mata dengan barang2 jualan. nenek sempat la beli pucuk paku untuk makan malam, beli pokok limau kasturi & baja.

ibu ingat nak beli tudung atau baju. tapi kesian tengok hadi kepanasan & hari pun nak hujan. tapi bila on d way nak balik, ternampak plak ada satu baju yg cute & sesuai untuk hadi. harganye pun murah, RM10 je. apa lagi sempat gak la ibu sambar baju tu.

comel x baju ni? kat baju ada tulis "b is for bear" & "b is for baseball".



malamnya, hadi habiskan masa main2 dengan abah, atuk & nenek. seronoknya hadi kalau ibu & abah cuti ye. bleh bawa jalan2 dan layan hadi main2 ye.

0 comments: