Monday, March 30, 2009

shopping & jalan-jalan

sabtu lepas (28/3/2009), hadi ada appointment cucuk pneumococal dgn dr khosy. ni second dose rasanya. lepas appointment, gi hantar barang kat umah baru. yelah, kalau x penuh la umah nenek dgn barang2 kita.


lepas hantar barang gi ambik nenek kat umah. sebab nak blanje nenek makan johnny's kat jusco, bukit raja. nenek suka makan johnny's. abah pun suka gak. sambil tunggu order sampai, si hadi ni dok dlm strollernya. apa lagi main selimut & isap jari je la kejanya.

x sangka plak masa pergi tu, jusco tengah sale gila2. apa lagi kena dgn timing la, baru dapat gaji. ibu pun beli la langsir 2 pasang untuk 2 bilik kecil kat umah baru.

pas tu jalan2 jumpa plak carpet & langsir yang sesuai untuk bilik hadi. ibu & abah suka sgt dengan carpet hadi tu. hadi pun bkn main suka lagi, sebab colour & gambar2 yang ada kat carpet tu.


ada satu lagi yang ibu & abah beli kat hadi. kan ari tu ibu & abah ada janji nak beli sluar mandi hadi. ini la dia, sluar mandi hadi. bleh la hadi pakai bila kita mandi swimming pool @ kat tepi pantai nanti kan? comel betul sluar tu. abah yang pilih, dia kata nampak macho pakai sluar macam tu. apa kata abah yg pakai:-) kuang..kuang..kuang..

0 comments: