Tuesday, March 24, 2009

hadi berendam...




13 - 15 Mac lepas, ibu ada bengkel SKT kat holiday villa hotel & suites, subang jaya. jadi ibu bawak abah & hadi sekali. sabtu plak nenek dgn kak long & kak ngah datang nak mandi swimming pool. tapi disebabkan hujan, ahad pagi baru bleh mandi kat swimming pool.

bestnyer hotel ni. biliknyer besar sungguh & swimming pool pun banyak (ada 5 saiz swimming pool). apa lagi last day kat hotel, ibu pun join abah, kak long, kak ngah & haziq mandi.

mula-mula ibu letakkan kaki hadi kat tepi swimming pool, hadi menangis. tak tahan air sejuk kot. jadi hadi lepak dengan nenek kat kerusi bawah pokok. tapi ibu x puas hati. ibu cuba lagi basahkan kaki hadi dengan air swimming pool. pun hadi menangis lagi. yelah hadi x pernah mandi air sejuk. selalu mandi air suam. nenek pun cuba gak beberapa kali nak basahkan kaki hadi.

lepas tu mak ngah suruh cuba dukung hadi kat dalam swimming pool sekejap walaupun hadi menangis. dengan harapan hadi nangis kejap je. memang betul la. x lama lepas nangis, hadi pun senyap je. dah mula seronok dapat berendam kot. hadi asyik tengok air kolam. agaknya sebab airnya cerah & boleh nampak kaki hadi & air berkocak. lepas tu, abah pun dukung hadi sambil jalan-jalan kat dalam swimming pool. apa lagi, ibu pun ambik la gambar hadi mandi swimming pool. comelnyer anak ibu.

nanti ibu belikan seluar mandi kat hadi ye. x delah telanjang bulat je hadi. lain kali boleh la kita mandi swimming pool lagi atau cuba kat tepi pantai plak ye abah.

0 comments: