Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, July 11, 2010

mata hadi sembab

dalam ibu sibuk2 nak prepare untuk exam, hadi sakit mata plak. mata hadi x merah @ berair @ bertahi mata, tapi mata dia sembab. rupa mcm org yg x tido berhari2. risau gak sebab sembabnye x surut2. jadi 10hb ari tu bawa la dia pergi jumpa dr koshy. yelah mana tau serius ke sakitnye. sebab hadi nampaknya asyik tenyeh mata dia.

bila gi demc, dr. koshy nak test air kencing hadi. so, nurse pun pasangkan la plastik kat bird hadi. punye la marah si hadi. x selesa la agaknya tu. dr.koshy kata dalam 1 jam bleh la dapat air kencing dia. pastu kena antar lab plak untuk testing. tungu punye tunggu..idaknya si hadi ni nak kencing siap tidur bangun balik pun x kencing2 lagi. ibu rasa hadi tahan kencing sebab dia tau ada benda asing kat bird dia tu. sabar je la. dah la ibu x prepare lagi nak exam ni.

dari pukul 11 jumpa doktor sampai la pukul 1 setengah hadi x kencing2 jugak. dr. koshy pun panggil la sebab nak ambik darah plak sebab hadi x nak kencing. pastu tunggu la plak result test darah tu. syukur la, dr. koshy kata blood dia ok. tapi dr. koshy nak jumpa hadi balik, ari selasa depan. so, ibu pun tanya la ada kemungkinan ke hadi ni kena allergic. dr. koshy kata, "Maybe". tapi bukan sebab makanan, tapi habuk 2 debu yang kena kat mata sahaja. sebab lain2 bahagian badan hadi x de apa2 pun.

ni satu lg nak bagi tau...sakit2 mata pun, lasaknye sama je. tengok la ni, tengah jakun kat klinik pediatrik baru kat demc ni. memang cantik & selesa sungguh, sebab ID & ada taman kat luar klinik untuk lepak2 kalau bebudak dah boring tunggu kat luar.


0 comments: