Wednesday, September 15, 2010

DESTINASI: PETROSAINS & AQUARIA

Disebabkan cuti raya yang panjang, ibu pun ajak babah bawa hadi pergi petrosains & aquaria. babah suggest pergi klcc naik putra lrt sebab nak bagi hadi naik train. Memula tu takut la jugak kalau hadi lasak dalam train. Yelah mana tau kot hadi nak panjat & lari sana sini. Tapi rupa2nyer hadi takut plak naik lrt. Siap peluk babah kuat2 sebab takut dengar bunyi train tu & lagi2 bila lalu terowong. dah la dalam train tu kita berdiri kat kepala train tu. bergenang airmata hadi sebab takut. tapi bila trip balik, nampak hadi dah x nangis lagi. Tapi still tak nak berdiri dalam train. nak babah dukung jugak.


lepas makan, kita pergi petrosains dulu. seronok la hadi main & cuba macam2 benda kat dalam tu. rasanya petrosains ni dah ada macam2 lagi barang compare dgn 1st time ibu pergi dulu.


dalam banyak2 tempat kat dalam petrosains tu, hadi paling suka main kat area lego. siap tak mau balik sebab seronok dok panjat sana sini, sepah2kan logo & naik turun gelongsor.


settle je ronda2 petrosains, hadi pun dah ngantuk. siap tido dulu sebelum masuk aquaria. ada la dekat sejam lebih menunggu hadi bangun tido. itupun ibu kejutkan hadi. kalau x, mau tido lagi & alamatnyer mcm x dpt la masuk aquaria. entrance fee aquaria ni mahal la skit. satu kepala dewasa dah RM35. sib baik hadi bawah umur lagi. seronok hadi tengok2 fish, walaupun takut bila tengok ikan besar2 tu.


untuk kenang2an, sebelum balik sempat la beli fridge magnet aquaria & petrosains. puas hati ibu & babah tengok hadi seronok berjalan2 kat petrosains & aquaria. kalau ada masa lagi, nanti kita pergi jalan2 tempat lain plak ye.

0 comments: