Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, November 8, 2010

BIRTHDAY CAKE HADI

patutnye bukan la payah sangat nak belikan kek untuk birthday hadi ni. tapi biasa la kan. ibu dia ni memang rambang mata bab kek ni. memula ingat nak tempah kek chunggington untuk hadi. tapi owner blog yang ibu berkenan tu, x ambik tempahan plak buat masa ni. jadi beralih la plak ke kek secret recipe. ada yang hiasan ABC & ada gak yang rupa kepala keretapi. tapi itula, tengok saiz & berat kek tu nampak macam besar sangat. takut x habis nanti, berhari2 dalam peti ais sampai naik kering kek tu.

Akhirnya ibu bagi tau babah, ibu nak beli kek aiskrim kat Baskin Robbins. ibu berkenan dengan kek yang 1/2 kek & 1/2 aiskrim ni. Sure cepat habisnye sebab x la muak sangat makan kek je. Memandangkan 13/11 hadi ada appointment dr koshi untuk umur 2 thn ni, pastu malam plak kak long & kak ngah ada show tadika Krista kat Carlton Hotel, jadi elokla celebrate birthday hadi yang kedua hari Ahad 14/11. So, x la kacau bilau dengan lain2 aktiviti.

Cuma nak decide dulu nak tempah kat Baskin Robbins Jusco Bukit Raja @ Shah Alam Mall, Seksyen 9. Yelah kalau celebrate kat Klang, elok la pilih Jusco. Kalau celebrate kat umah nenek hadi, elok kalau tempah kat Shah Alam Mall. Kesudahannya kena tanya dulu 'peserta' untuk 14/11 tu baru bleh decide.

Huhuhu...nyum nyum x sabar nak rasa kek aiskrim Baskin Robbins ni. Ni antara design yg ibu dah short list untuk kek 2nd birthday hadi. mahal gak la kek aiskrim ni. tapi x pe la setahun sekali je kan :-)





2 comments:

Raisah @ echah said...

sedapnyaaaa.....tetibe teringin juge...hehe mengalahkan budak kicik.

ibuaries said...

itu la rupanye mmg nampak sedap, rasa x tau lg. akak pilih yg warna kuning ada kon2 aisrim kecik tu. slalu beli kek x abis makan, so tukar selera beli yg 1/2 ice cream & 1/2 kek ni.