Wednesday, December 22, 2010

AQIQAH UNTUK HADI

Hadi pun dah masuk 2 tahun. Baru ni lah ibu & babah nak buatkan aqiqah untuk hadi. Syukur alhamdulillah kali ni ada rezeki lebih skit. Pastu kena plak dengan program raya haji kat surau umah nenek ni. Jadi senang la skit kerja. Semuanya buat kat surau.

pagi2 lagi lepas solat raya, beramai2 la kita gi surau sebab nak tunggu turn untuk aqiqah k2 ekor kambing untuk hadi. lagi pun turn hadi no. 1, sebab kali ni aqiqah untuk kambing ada sorang je. hadi punye la tu.


kali ni kalau x silap ada 9 ekor lembu untuk korban & aqiqah. Memula nak ambik lembu 2 bhgn untuk aqiqah hadi. tapi sebab kt org pun dah lewat dapat tau & buat booking, jadi nak selesaikan jugak aqiqah hadi, ambiklah kambing 2 ekor.

Nak jadikan cerita, masa org surau dok sibuk tengah nak sembelih kambing yg pertama, kambing yang kedua dapat melepaskan diri.


(tengok pakcik yang baju merah putih tu dok tengok kambing no. 2 melarikan diri)
apa lagi kambing tu pun lari ala2 manja la pegi tuju kwsn rumah2 orang. bebudak & org2 lelaki yg ada kat situ pun sibuk la mengejar. Nasib baik la kambing no 2 tu x lari jauh, kalau x parah gak la pi tangkap balik. Ini la dia kambing no. 2 yg dapat melarikan diri tu. Lepas tu, pak ngah dok jaga kambing ni sebab takut lari skali lagi :-) Kambing no. 2 ni sama notti la macam tuannye si IKHWAN HADI ni hihihi...


Sudahnye selamat jugak la kambing no. 2 tu diaqiqahkan...


Ini la gambar2 masa program korban & aqiqah masa raya haji kali ni...




kak long & kak ngah sempat lagi main buaian



p/s: nak bagi tau ni...babah x berani nak pegang @ tengok kambing 2 ekor tu kena sembelih sebab takut dengan darah hahaha..tengok dari jauh je.

0 comments: