Dapat gak la jumpa dr. koshy walau pun patient dia punye la ramai dok tunggu giliran. Sampai kat hospital hadi ala2 sihat je nampaknye. biasala kalau bawa keluar @ jalan2 sihat je. Bila sampai umah @ masuk kereta je mula la melepek kat babah @ ibu.
Dr. koshy kata tekak hadi merah skit, tapi x de infection sebab dada ok je. x de bunyi apa2. Tapi balik makan ubat demam pun macam x jalan je. Kepala memang panas betul. Bila letak ubat kat buntut tu baru le ada respon skit. Itu pun sekejap je. Lepas tu panas balik badannye. Hari ahad dah mula muntah2 ada la dekat 3 @ 4 kali. Makan, minum @ susu pun x berapa nak. Minum air putih & air barli nak bagi sejuk badan pun, kejap lagi muntah balik.
Sudahnye pagi isnin, bawa gi DEMC skali lagi. sampai kat sana, nurse ambik suhu dah kena masuk ubat kat buntut lagi. Pastu doktor kata tonsil dah mula kena infection. So, dapat la antibiotik. Bila dah makan antibiotik tu nampak la ok skit. Ada la selera makan & x muntah2 lagi dah.
So, ibu decide, bawa hadi gi ofis je. Sampai kat ofis mula la main & sepah2 kan bilik. Bila bosan sibuk dok ajak ibu bawa dia jalan2 keliling ofis. Masa tu kepala panas lagi, badan & kaki sejuk. Tu yang larat lagi dok main.
Ni dah ari Selasa, pagi tadi dah muntah balik plak. Adoiii..lama plak kali ni hadi demam. Kesian ibu tengok. Dah lembik & susut nampak badan hadi. Cepat la sembuh sayang ye. Sihat nanti, ibu & babah bawa pergi tengok kartun kat wayang sambil makan popcorn ye
0 comments:
Post a Comment