Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, January 27, 2012

Piknik di Sg. Congkak

Cuti Raya Cina yang lepas, Hadi, Hana & Cousin2nya mandi manda kat Sg. Congkak. Memula, Hadi ingat ibu & babah nak bawak mandi air terjun kat Gold Coast Resort Morib tu. Sampai2 tengok masuk hutan plak. Terus Hadi cakap x nak mandi dalam hutan. Dah mula la melompat2 dalam keta sebab x puas hati. Tapi agaknya sebab Kak Long, Kak Ngah & Haziq ada, Hadi pun ikut la join dia org main air. Bila dah seronok, mula la x mo kluar dari sungai tu. Sampai makan pun x ingat. Bila dah lama berendam baru la ingat lapar.

Layan la gambar Hadi, Hana & cousin2nye mandi manda..

Suka la dapat berendam sampai kecut

Babah melayan budak manja

Dalam hutan pun babah kena 'pau' beli pelampung. Padahal ada bawak pelampung untuk Hadi

Hana biasa la penakut air....sejukkkk

Dua budak botak. Dah macam ballerina plak sekali imbas

Paksu melayan si kembar

Tauke makanan

Kak Long & Kak Ngah sampai lebam2 bibir mandi air sungai

Amboi bukan main lagi posing ye Kak Ngah

Air sungai x berapa dalam, bukan main suka la bebudak berendam.

Hadi dah lapar la tu. Sambil makan sambil jengok orang dok berendam dalam sungai
Lepas balik tu beberapa hari la Hadi dok sibuk cakap nak pergi mandi sungai lagi. Ok la...kalau ada masa lain kali kita pergi la ye sayang :-)

4 comments:

Ms Pearl said...

tengok sungai entah kenapa la auntie hani teringat ikan sepat ?

p/s: hadi dah besar ye....

Chech said...

Dapat aku bayangkan macam mana Hadi lompat-lompat tak puas hati, tapi, akhirnya mandi tak ingat dunia :D.

ibuaries said...

Ms Pearl: Ikan sepat??? Apsal? Pernah ke menangkap ikan sepat kat sg? Aku slalu 'tangkap' ikan sepat masin kat pasar je. Ikan sepat fresh x bleh masuk tekak la ;-)

ibuaries said...

Chech: sila bayangkan dah macam naik kuda kat dalam keta comel tu hihihi