Thursday, January 5, 2012

HADI DAH MASUK TADIKA

Posing dengan beg baru
Tahun ni hadi dah nak masuk 4 tahun. So, ibu & babah decide nak hantar pergi tadika. lagipun kalau duduk dengan nenek, nanti hadi gaduh dengan Haziq je kejanya. Pening plak kepala nenek nanti.

Jom pergi tadika
Cari punye cari, ibu & babah setuju nak antar Hadi ke CIC Presint 18, Putrajaya. Memang la jauh dari rumah, tapi dekat dengan ofis ibu, so kalau ada apa2 senang ibu nak pergi jenguk. Sebelum masuk tadika ada orientasi 3 hari. 1st day orientasi Hadi suka. Menonong je masuk tadika tu, siap tinggalkan ibu kat luar. Senang hati ibu bila tengok hadi macam tu. Tapi.......bila 2nd day orientasi dah mula melalak sampai la dah masuk tadika 2 hari pun masih menangis & meraung nak balik. Nasib baik cikgu cepat2 ambik Hadi & pujuk. So, boleh la ibu terus pergi kerja balik.

1st day orientasi bukan main suka dapat pergi tadika
Salah seorang cikgu tu kata Hadi ni garang & aktif a.k.a lasak. Sampaikan budak 5 tahun pun takut dengan Hadi. Cikgu siap bagi tau ibu, bila cikgu letak cucur yang dimasak dalam pinggan kat atas meja, Hadi terus pegang pinggan tu x bagi kawan2 lain makan. Hahaha..Hadi...Hadi dah biasa x berkongsi dengan orang kan?? Itu la sebabnya.

0 comments: