Thursday, April 9, 2009

story telling by hadi...

hadi skrg ni suka berborak. ntah apa la yang dia cite kat ibu, ibu pun x faham. layan je la. ni kalau bleh bercakap nanti, byk la soalan2 menduga minda yg ibu & abah kena jawab ye. abis je keja, ibu x sabar nak balik. sebab nak dengar cite hadi & tengok hadi giggle sampai nampak gusi. comel nyer anak ibu ni. macam2 bunyian & mimik muka yang dibuatnya.

skrg malam2 hadi tidur dalam buai @ baby cot. dekat baby cot hadi tu ada mainan musical berpusing2. ingatkan bila pasang tu, hadi bleh la tido bila dah leka. tapi nampaknya hadi bleh menyanyi plak dengan muzik tu. bila berhenti je muziknya, hadi pun gedik2 minta pasang lagi lagu & mainan tu. alamatnyer, x tida la gak si tembam ibu ni.

last weekend, ibu bagi hadi makan heinz pumpkin & sweet corn yg sesuai untuk baby 4 bulan ke atas. suka sgt hadi makan, comot2 mulut & baju. tapi nampaknya hadi x pandai sgt nak makan lagi. byk makanan yg comot kat luar dari yang masuk kat dalam mulut.

kecil2 lagi hadi ni dah pandai memilih makanan. ada sekali tu, nenek bagi hadi rasa bubur nasi kosong. hadi siap sembur keluar mulut lagi. maklum la x rasa apa2 kan. bila ibu bagi rasa whipped potato KFC, hadi suka plak. bukan main demand lagi hadi ni ye.

ok la....nanti esok ibu tulis panjang2 ye. special untuk hadi sempena 5 bulan. muaghhhh

0 comments: