Wednesday, April 22, 2009

melaka bandaraya bersejarah

Seronoknya hadi gi jalan ke melaka. Sanggup bersengkang mata sebab nak jalan2. Kesian anak ibu :-) Sepanjang kat sana x dapat berjalan beria-ia sangat. Yelah babah kena kerja kan. Itu pun nasib baik babah & kawan dia rotate jaga booth. Kalau x jwbnya lewat petang atau malam je la kita dapat jalan2.

Masa kat melaka, hadi dapat dua present dari ibu & babah. Hadi dapat cap yang bersulam huruf H dan rocking chair dari rotan & buluh. Cukup suka si hadi dapat present.



Sepanjang kat melaka, dapat la hadi melawat beberapa tempat. Ni la tempat-tempatnyer:-

A Famosa


Taman Rama-Rama
Khusyuknya tengok burung2 tu. Masa ni dah tahap penat yang amat sangat si hadi ni. Tapi sanggup tahan mata dia sebab nak jalan2 punya pasal.




Menara Tamingsari
Relax je si hadi ni. X takut pun naik tinggi2. Agaknye x paham lagi kot. Best gak naik menara ni, sambil naik sambil berpusing.




Bangunan Stadhuys
Masa ke bandar hilir, dapat la hadi merasa naik beca. Pelik sungguh dia tengok banyak sgt bunga-bunga kat beca tu. Mahal le juga kena bayar. RM40 untuk 2 beca. Tapi x pe la. Sekali sekala kan.



Sempat la posing jap kat air pancut depan bangunan stadhuys ni masa ronda2 dengan beca.


A Famosa Water World
Ini kira second time la hadi berendam. Dapat la test pelampung yang ibu belikan tu. Bagus la pelampung ni. Hadi pun x takut & relax je lepak dalam pelampung tu. Yang tensionnye, hadi x dapat pakai swimming trunk yg ibu & babah beli kat jusco dulu. Yelah, cari dalam beg x jumpa. Pastu beli je yang baru. Itu pun saiznya besar, gelebeh je hadi pakai. Bila nak balik baru le jumpa swimming trunk hadi tu. Sabar je la.


Umbai
Memula macam x nak je gi umbai. Sebab x tau jalan. Tapi gamble je la cari jalan guna peta melaka yang ibu & babah beli zaman2 hadi x de lagi. Nasib baik jumpa umbai. X la susah sangat, ikut je signage. Signage kat melaka ni kira bagus la untuk tourist.

Ni la menu yang ibu pilih....sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, ketam goreng cili dan udang goreng telur & butter. Selain tu ada gak kedai tu bagi jeli kelapa & otak2. Ok gak masakannya walau pun x sesedap seafood kat Tanjung Harapan, Port Klang.


Sempat gak pegi makan kat Mydin Ayer Keroh. Babah x sempat tukar baju keja pun.


Ok la...next time kalau babah / ibu gi outstation bleh la kita gi jalan-jalan lagi :-)

0 comments: