Monday, June 29, 2009

alahai...sabar je la


semalam (28/6/2009), ibu & babah & hadi pegi umah kita kat klang. babah nak settlekan kerja-kerja mengecat umah. nak dijadikan cerita, pak ngah & mak ngah pun nak mengecat umah dia org. jadi ibu kena la tolong jagakan kak long, kak ngah & haziq skali. lagi pun nenek keja pagi.

ya Allah...penatnyer x tau nak kata camne. ibu rasa lagi senang jaga hadi & haziq. lasak betul kak long & kak ngah sampai patah kaki sofa baru. apa lagi marah betul la babah hadi. ibu dah x kuasa nak kata apa. dah x larat terjerit pekik melayan kakak yg dua orang tu. bleh kena darah tinggi cam ni la.

babah siap kata dia bleh dengar suara ibu dari tingkat atas & mesti jiran-jiran pun bleh dengar suara 'merdu' ibu. abah kata lagi yg ibu dah macam org kena histeria :-) kah..kah..kah..nasib baik la hadi x buat perangai. baik betul anak ibu ni, pandai bawak diri.

1 comments:

babah said...

itu le babah tgk mcm cerita bawang putih dan bawang merah...heheheh...hadi bdk baik...tak susahkan ibu dan babah kan...sayang sangat kat hadi