Wednesday, June 10, 2009

hadi @ 7 months


ari ni hadi dah 7 bulan. badan pun dah makin semangat. sebab ari2 ibu masakan bubur nasi campur carrot @ kentang @ brokoli dengan isi ayam @ ikan bilis. seronok tengok hadi makan. hadi x suka sangat makan nestum. dah beberapa jenis ibu belikan, tapi hadi x makan sgt. jadi ibu buatkan bubur nasi. nasib baik la hadi suka.

sebab tu la mcm mana penat @ ngantuk pun, pagi2 ibu kena bangun gak masakkan bubur nasi untuk hadi. bubur tu ibu masukkan dalam thermos. jadi bila hadi nak makan x la sejuk buburnya.

kadang2 hadi makan gak biskut farley. hadi suka makan biskut macam org besar. pecahkan kecik2 pastu suap kat mulut. kalau cairkan dengan air, hadi makan main2. sabtu ni (13/6/2009) hadi ada appointment dengan dr. koshy. ibu & babah x sabar nak tau berapa berat hadi sekarang. 3 minggu lepas berat hadi 8kg.

0 comments: