Friday, September 11, 2009

hadi@10 months


hmmm...hadi pun dah masuk 10 bulan. x lama lagi nak raya. ibu dah pun tempahkan baju melayu teluk belanga warna purple untuk hadi. sedondon dengan baju melayu babah. berat hadi dah nak masuk 10 kilo. kussss...semangat ibu & babah nak dukung.

hadi sekarang dah makin lasak. asyik nak berdiri sambil pegang kerusi @ meja. merangkak dah makin laju. mulut pun dah makin becok. macam-macam bunyi-bunyian la yang kluar. dah suka menggigit sekarang ni, mentang2 la dah nak masuk 7 batang giginyer.

tahun ni first time la ibu & babah sambut raya dengan hadi. excited betul ibu, sampai lima helai baju raya hadi kali ni. kasut pun ada dua pasang. sepasang tu kawan ibu yang bagi masa hadi lahir dulu.

genap setahun nanti, ibu nak cari frame gambar yg boleh letak gambar hadi dari first day sampai la 12 bulan. beza betul muka hadi dari lahir sampai sekarang ni.

0 comments: