Tuesday, September 22, 2009

aidilfitri bersama hadi..


ibu, babah, hadi, pak su & nenek


kak ngah, mak ngah, haziq, pak ngah & kak long


nenek & cucu2 kesayangannya

seronok betul ibu & babah dapat beraya dengan hadi tahun ni. comel betul ibu tengok hadi pakai baju melayu. tapi tengah hari dah tukar baju lain. kesian tengok hadi berpeluh-peluh. pagi raya lepas sembahyang raya, ibu, babah & hadi gi ampang jengok atok hadi. atok hadi ni memang suka sangat dengan budak lelaki. boleh kata tiap2 hari atok telefon babah tanya pasal hadi. walau pun atok dah x larat nak dukung hadi, tapi atok tetap nak dukung hadi & bawa jalan-jalan.

lepas pergi ampang, kita pegi banting plak. pergi umah mak ngah & abah alang babah. dia org ni adik-beradik ibu babah. penat gak la. sebab pukul 9 lebih baru sampai shah alam. tapi seronok la bawa hadi jalan-jalan kutip duit raya.

ibu & babah bersyukur sangat dapat sambut raya dengan hadi buat pertama kalinya. harap2nya akan datang dapat la beraya berempat plak :-) insyaAllah...

tahun ni baju kita temanya warna purple. walau pun baju ibu x la begitu purple. ada la sejemput warna purple, tapi tudung tetap purple :-) kebetulan family pak ngah pun tema warna purple gak. takpe la, tahun depan kita pilih satu warna untuk semua orang pakai sama. ok tak? ok la tu...

0 comments: